Demi Memujuk Hati DAP, Mahathir Sanggup Buat Apa Sahaja
Ingatkan tidak puas hati sebab tanah runtuh, rupanya ada sebab lain. Tidak puas hati dengan Mahathir rupanya. ADUN DAP Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu mendakwa kerjasama DAP dengan Mahathir menjadi punca mengapa beliau membuat keputusan mahu meninggalkan DAP.
“Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dipengerusikan Dr. Mahathir juga tidak mempunyai agenda yang jelas dan hala tuju yang boleh dipersoalkan. Sebenarnya gabungan DAP, PKR dan PAN sudah cukup baik dan tidak memerlukan penglibatan PPBM,” kata Teh Yee Cheu dalam satu sidang akhbar pada 1 November 2017.
Bukan Teh Yee Cheu sahaja yang membalun Mahathir, bekas bekas tahanan ISA semasa zaman Mahathir juga mengecamnya.
Mereka anggap Mahathir kini merapu banyak dan tidak layak bercakap soal kleptokrasi lagi. Kecaman terhadap Mahathir itu disuarakan dalam Forum Awam 'Sisi Cerita Saya' sempena tiga dekad Operasi Lalang yang diadakan pada 29 Oktober 2017.
"Sejak bersara, beliau asyik merapu saja setiap kali orang tanya mengenai Operasi Lalang yang dilancarkan pada 27 Oktober 1987.
Justeru, tiada istilah taubat dalam kamus Dr M (Tun Mahathir). Selepas 30 tahun, tiba-tiba beliau hanya tahu jawab 'eh, saya tak ingatlah apa yang terjadi'," kata Dr Kua Kia Soong, Penasihat Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
Nampaknya bukan Hadi Awang dan Nik Abduh sahaja yang desak Mahathir bertaubat, bekas tahanan ISA pun mahu Mahathir bertaubat.
Teh Yee Cheu dan Dr Kua Kia Soong dan bekas bekas tahanan ISA adalah aktivis yang punyai pengikut dan pengaruh tersendiri. Mereka menentang kuat hubungan Mahathir dalam DAP. Apa pilihan yang ada pada Kit Siang? Mahathir sudah beri derma RM1 billion, terpaksalah juga bersekongkol dengan Mahathir .
Bagi Mahathir pula, dia akan buat apa sahaja demi memujuk DAP agar tidak meminggirkannya. Parti PPBM tidak buat mesyuarat agung pada 9 September lepas tidak penting baginya. Biarlah majlis itu jadi hari jadi atau apa pun, itu tidak penting bagi Mahathir. Apa yang penting bagi Mahathir sekarang adalah hubungannya dengan DAP.
PPBM jadi haram di sisi ROS pun Mahathir tidak kisah lagi. Berapa ramai ahli PPBM pun Mahathir tidak kisah. Ahli ahli PPBM hendak bergaduh sesama sendiri pun Mahathir tidak kisah. Paling penting dan utama bagi Mahathir adalah parti DAP sahaja. Lantaklah apa hendak jadi dengan PPBM pun.
Terbaru, selepas dikritik hebat oleh bekas bekas tahanan ISA, Mahathir menyatakan dia rela dipersalahkan di atas seksaan yang dialami oleh tahanan berkenaan. Namun masih enggan memohon maaf secara terbuka kepada mereka.
Untuk rekod, sebanyak 106 orang telah ditahan tanpa bicara manakala lesen penerbitan tiga buah akhbar ditarik balik semasa Ops Lalang diadakan pada 27 Oktober 1987.
Hanya kerana mahu memujuk hati DAP, Mahathir yang sudah masuk kem pembangkang, rela pula dipersalahkan. Beliau sanggup melakukannya demi DAP.
Tapi untuk PKR, sehingga sekarang Mahathir tidak meminta maaf kepada Anwar Ibrahim dan keluarganya atas tuduhan liwat. Sampai Wan Azizah menangis nangis baru baru ini, pun Mahathir masih “buat bodoh” sahaja.
Dalam kes Anwar, Mahathir yang juga pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyifatkan ia sebagai satu “kejadian masa lalu”. Bila ditanya hal liwat ini, Mahathir merapu dan alih topik lain.
Sementara dalam isu Ops Lalang, Mahathir sekali lagi cuba mengelak diri dengan memberitahu bahawa keputusan untuk menangkap seseorang bukan terletak di tangannya dan kononnya beliau sendiri pernah bertanya kepada polis sama ada ISA wajar dihapuskan atau tempoh penahanan dipendekkan menjadi setahun.
"Mereka (polis) tidak setuju," kata Mahathir dalam catatan terbaru di blog beliau. Mahathir mula reka cerita dan cakap merapu.
Jika Mahathir betul-betul serius, sudah lama beliau memansuhkan ISA. Namun beliau tidak berbuat demikian hingga digelar sebagai maha zalim dan maha firaun serta diktator.
Yang menggelarnya diktator itu pula kini duduk semeja dengan Mahathir iaitu Lim Guan Eng yang pernah menjadi mangsa tahanan Op Lalang itu. Hanya pada 2011, ISA dan Akta Buang Negeri 1959 telah dimansuhkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Datuk Seri Najib yang hapuskan ISA ini. Apa lagi yang hendak aktivis aktivis hak asasi ini hendak kata? Tentulah Najib lebih demokratik berbanding Mahathir. Usahlah bekas bekas tahanan ISA ini percaya dengan pujuk rayu dan helah Mahathir itu.
Diktator yang sebenar adalah Kit Siang dan Mahathir. Mereka berdua ini sudah ada perjanjian sulit untuk kesenangan anak dan kroni mereka sahaja. Oleh itu, Mahathir akan sanggup buat apa sahaja untuk pujuk hati Kit Siang dan DAP.
Tulisan :
Beruang Biru
BB644, Khamis
2 November 2017
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.