ADUN DAP Puji Kerajaan Negeri

ISKANDAR PUTERI 28 Nov. - Seorang wakil rakyat DAP hari ini memuji kerajaan negeri kerana turut memberikan perhatian, sekali gus memberi peruntukan untuk pembangunan masyarakat Cina dan India di negeri ini.

Ee Chin Li (DAP-Tangkak) semasa membahaskan ucapan Bajet Johor 2018 sebentar tadi merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana memberi peruntukan keseluruhan berjumlah RM15 juta.


“Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana sudi memperuntukkan sejumlah RM7 juta untuk pembangunan masyarakat Cina dan RM8 juta bagi masyarakat India.

“Yang menarik perhatian saya adalah peruntukan untuk sektor pendidikan masyarakat Cina RM1 juta untuk SJKC dan RM500,000 untuk Kolej Universiti Selatan tetapi kerajaan mungkin terlepas pandang peruntukan untuk sekolah menengah dan persendirian Cina,” katanya.

Advertisement

Chin Li turut memuji langkah serta usaha kerajaan negeri untuk memartabatkan masyarakat menerusi penggunaan teknologi digital supaya Johor selari dengan Revolusi Industri ke-4. - UTUSAN ONLINE

Post a Comment

Video

[Video][video]
[blogger]

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget