Batalkan Pendaftaran PPBM-ARMADA Pahang

BENTONG: Anggota Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Pahang menggesa supaya Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk membatalkan pendaftaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) selepas mendakwa ditipu kepimpinan parti.

Wakil Armada Lanchang, Airul Amir Amirudin, berkata tindakan membatalkan pendaftaran parti itu bertujuan memberi pengajaran kerana menipu mereka mengenai status kewujudan sayap terbabit.

"Kami anggota ARMADA Pahang sepakat menyatakan sudah ditipu hidup-hidup oleh Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohammad dan Ketua ARMADA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kononnya sayap ini wujud sedangkan hakikatnya ia haram serta tidak wujud dalam perlembagaan parti.

"Kami secara jujur berasa tertekan ingin mendesak ROS supaya membatalkan terus pendaftaran PPBM sebagai pengajaran.

"Pihak ROS jangan takut kerana kami sebagai rakyat di peringkat akar umbi akan tetap menyokong untuk berbuat demikian," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Airul Amir juga mendesak supaya Syed Saddiq untuk meletak jawatan ekoran kegagalannya dalam menangani isu status pendaftaran ARMADA sebagai sayap PPBM, sedangkan anggotanya sudah memberikan kerjasama sepenuhnya sejak setahun lalu.

Sementara itu, seorang lagi anggota ARMADA, Mohd Izaid Mohd Nor berkata beliau kecewa dengan tindakan Dr Mahathir dan Syed Saddiq yang disifatkannya 'tidak bertanggungjawab' dalam menyelesaikan bukan hanya isu ARMADA tetapi juga isu lain yang berbangkit dalam parti berkenaan.

"Mana Syed Saddiq sekarang? Saya dengar beliau ke Paris... ke sana dan ke mari sedangkan Armada sedang menghadapi masalah. Sampai bila hendak buat kami seperti mainan? di mana kejujuran dan perjuangan yang dilaungkan sebelum ini?," katanya.

BH pada Jumaat lalu melaporkan Ketua Pengarah ROS, Surayati Ibrahim, sebagai berkata, pihaknya mendapati ARMADA yang juga sayap pemuda PPBM tidak ada dalam perlembagaan parti itu.

Katanya, tindakan menggunakan istilah yang tiada dalam perlembagaan melanggar perlembagaan parti sendiri dan Akta Pertubuhan 1966 dan kesalahan itu adalah berat dan boleh menyebabkan sesebuah pertubuhan dibatalkan.

Post a Comment

Video

[Video][video]
[blogger]

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget