Isytihar harta: Ketidakhadiran pemimpin DAP, Bersatu timbul tanda tanya – Rizal

KUALA LUMPUR, 21 Nov: Pegawai Khas Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor berkata tindakan pemimpin DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang tidak menyertai perjanjian isytihar harta Invoke anjuran Naib Presiden PKR Rafizi Ramli menimbulkan tanda tanya.

“Apabila Rafizi umum akan mengadakan majlis mengisytihar harta calon-calon Pakatan Harapan untuk PRU 14, ramai yang terbayangkan wajah-wajah yang akan berada di kiri kanan Rafizi untuk menandatangani pengisytiharan harta mereka adalah, Lim Guan Eng, Mukhriz Mahathir, Nurul Izzah, Tony Pua, Azmin Ali dan Tan Sri Muhyiddin.

“Selama ini wajah-wajah itulah yang lantang mencabar orang lain mengisytiharkan harta dan menuduh orang lain rasuah. Namun bayang Guan Eng atau kelibat Mukhriz, atau wakil Nurul Izzah pun tidak kelihatan.

“Sebaliknya wajah-wajah recycle seperti Khalid Samad, Fuziah Salleh, Saifuddin Nasution dan Mahfuz Omar yang mendominasi majlis. Dari 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi Dun (kecuali Sarawak) yang dipertandingkan dalam PRU, hanya 30 orang sahaja calon mereka yang sanggup isytihar harta. Itu pun tidak semua hadir.

“Begitulah kisahnya orang-orang yang selama ini lantang menuduh orang lain melakukan rasuah. Kononnya berlagak mereka suci, telus dan mulus. Itulah parti-parti yang selalu melaung-laungkan prinsip ketelusan dan keterbukaan dalam politiknya tetapi apabila tiba giliran mereka berdolak-dalih dengan seribu satu alasan pula.

Rizal berkata tindakan tidak mahu isytiharkan harta itu sekaligus menimbulkan tanda tanya apakah kebanyakan pimpinan DAP, PKR dan PPBM ini kaya raya sehingga terpaksa bergelut dengan bermacam-macam alasan untuk mengelak isytiharkan harta mereka.

“Kita pun tahu ramai pemimpin PPBM hari ini adalah bekas pemimpin utama kerajaan yang dahulunya sering dituduh oleh DAP dan PKR sendiri sebagai salah guna kuasa dan rasuah tetapi hari ini DAP pula yang lindungi mereka. Bukankah itu pelik ?

“Saifuddin Nasution yang hanya menjadi ahli parlimen sepenggal sahaja, dalam pengisytiharan hartanya dua hari lepas mengisytiharkan jumlah harta sebanyak RM 1.6 juta. Itu hanya ahli parlimen biasa sahaja yang sering membawa cerita rakyat hidup susah, serta menuduh pemimpin negara rasuah.

“Itu Saifuddin yang hanya ahli parlimen sepenggal. Cuba kita fikirkan pula jika Lim Guan Eng selaku orang yang berkuasa meluluskan kos kajian terowong ratusan juta ringgit, serta bukit mana yang hendak ditarah untuk projek mewah di Pulau Pinang, isytiharkan hartanya.

“Agaknya berapakah bilangan rumah yang ada kolam renang dan yang tiada kolam renang yang akan beliau isytiharkan ? Kita pun tertunggu-tunggu juga berapakah bilangan bot dan kapal yang akan diisytiharkan oleh Mukhriz, dan berapa banyak yang telah dihadiahkan kepada anak-anaknya?

“Namun Mukhriz belum bersedia untuk berkongsi dengan kita. Mungkinkah beliau akan buat satu majlis pengisytiharan harta tertutup di depan Rafizi sahaja?” soal beliau.

Post a Comment

Video

[Video][video]
[blogger]

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget