Datuk Halimaton Saadiah Bohan |
Sebaliknya, menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara, Datuk Halimaton Saadiah Bohan, tanah itu adalah milik Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB), tetapi pada masa sama, bidang kuasa untuk merobohkan keduaman itu bawah pihak berkuasa tempatan (PBT).
“Sebagaimana Mohamed Azmin dakwa tanah itu milik Kerajaan Persekutuan adalah tidak betul. Tanah itu milik MAHB, tetapi bidang kuasa untuk merobohkan rumah berkenaan adalah bidang kuasa pihak Majlis Daerah dan juga kerajaan negeri.
“Ini yang kita pertikaikan, sedangkan bidang kuasa di pihak kerajaan negeri, tetapi mengapa tidak diadakan proses rundingan awal dengan pemilik rumah berkenaan, yang akhirnya dirobohkan begitu saja.
“Selepas kerja merobohkan kediaman itu dilakukan dan dua keluarga kehilangan tempat tinggal, baharulah kerajaan negeri kata ini semuanya tidak dapat diselesaikan dan tindakan roboh perlu diambil kerana tanah itu milik Kerajaan Persekutuan,” katanya pada sidang media di lobi Bangunan Annec Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di sini, hari ini.
Pada awal Oktober lalu, satu operasi merobohkan rumah berkenaan oleh petugas dari Pejabat Tanah dan Galian Selangor, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Syarikat Bekalan air Selangor (Syabas) dan polis dengan perintah mahkamah.
Rumah yang diduduki bilal masjid berkenaan, Abdul Razak Said terpaksa dirobohkan kerana didakwa menduduki secara tidak sah.
Menurut Halimaton Saadiah, kerajaan negeri pimpinan Mohamed Azmin boleh main peranan membantu dan menangguhkan proses perobohan itu kerana ianya di bawah bidang kuasa beliau.
“Tetapi saya tidak diberi ruang untuk menjelaskan keadaan mengenai apa yang berlaku terhadap dua buah rumah yang dirobohkan itu.
“Sebenarnya, masalah ini telah diajukan kepada kerajaan negeri, memohon kepada Menteri Besar untuk meminta bantuan, tetapi tidak dilayan.
“Apa yang berlaku, apabila saya mendapat maklumat itu, saya pergi ziarah kedua keluarga berkenaan dan atas keprihatinan dan keperimanusiaan saya telah memohon kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk membantu keluarga ini,” katanya.
Katanya, jalan penyelesiannya ialah kementerian telah meluluskan dua unit rumah Projek Pembangunan Rakyat (PPR) di Lembah Subang 2.
Menurutnya, apa yang mendukacitakan, pihaknya meminta kerajaan negeri memberi tempoh 10 hari dari tarikh rumah itu dirobohkan, tetapi ianya tidak berlaku. – MalaysiaGazette
Post a Comment