Datuk Seri Dr Wong Soon Koh |
Presidennya, Datuk Seri Dr Wong Soon Koh berkata beliau berasa pelik apabila Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) terutama Presidennya Datuk Dr Sim Kui Hian selalu mengatakan hanya empat parti komponen BN (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Demokratik Progresif (PDP) dan SUPP) bekerjasama dan UPP ditinggalkan.
SUPP mempunyai tujuh wakil rakyat manakala UPP, parti mesra BN mempunyai lima wakil rakyat.
“Parti politik adalah penting tetapi akhirnya, sokongan rakyat yang menjadi sesebuah parti politik relevan. Dalam politik, semua kumpulan perlu saling membantu dan bukannya dipinggirkan,” katanya pada sidang media di luar sidang Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini hari ini.
Wong berkata dalam memenangi hati rakyat dan memenangi pilihan raya, beliau mahu UPP turut dilibatkan sama kerana parti itu menjamin sokongan orang ramai untuk kebaikan keluarga besar BN.
Katanya keputusan akhir mengenai peruntukan kerusi bagaimanapun akan dibuat oleh perdana menteri dan ketua menteri.
“Janganlah kita berkelahi tentang perkara ini, marilah kita bekerja keras dan memenangi hati rakyat,” katanya.- BERNAMA
Post a Comment