Articles by "Ekonomi"

NEW YORK: Saham Amerika Syarikat (AS) ditutup rendah sedikit pada Rabu dengan saham perkhidmatan telekomunikasi masih menjadi sektor yang mengalami keuntungan terbesar.

Selain itu, sektor tenaga juga meningkat seiring dengan keuntungan dalam niaga hadapan minyak mentah.

Indeks Purata Perindustrian Dow Jones susut 64.65 mata atau 0.27 peratus kepada 23,526.18, S&P 500 susut 1.96 mata atau 0.08 peratus kepada 2,597.07 dan Indeks Komposit Nasdaq menokok 4.88 mata atau 0.07 peratus kepada 6,867.36.

Sebanyak 5.05 bilion saham bertukar tangan dalam dagangan di AS berbanding dengan purata harian 6.66 bilion dalam tempoh 20 sesi terdahulu.

Jumlah dagangan menyusut berikutan cuti umum Thanksgiving pada Khamis dan penutup awal pada Jumaat. - Reuters

Sejak 3 tahun kebelakangan Malaysia mengalami penyusutan nilai ringgit yang ketara. Ringgit mula mengalami penyusutan semenjak Ogos tahun 2014. Nilai tukaran pada ketika itu ialah RM3.16 berbanding USD. Nilai ringgit terus menyusut pada tahun 2015 iaitu pada RM4.29/USD. Pada akhir tahun 2016 ringgit Malaysia jatuh ke paras yang terendah iaitu pada RM4.49/USD sejak krisis kewangan Asia pada 1998 yang bersamaan RM3.8718 berbanding USD. Pada hari ini 23 November, nilai matawang ringgit telah naik ke paras tertinggi dalam 14 bulan berbanding US dolariaitu pada RM4.1100/USD didorong daripada sentimen tempatan yang positif.

Kukuh atau tidak sesebuah ekonomi bergantung pada banyak faktor seperti KDNK,kadar pengangguran, inflasi dan sebagainya. Turun naik sesuatu matawang adalah disbebakan pergerakan yang berlaku pada kadar pertukaran.
Kadar tukaran wang asing atau ‘foreign exchange’ adalah transaksi yang melibatkan tukaran matawang sesebuah negara kepada matawang negara lain. Nilai matawang itu menjadi naik atau turun ialah bergantung kepada faktor-faktor permintaan dan tawaran terhadap kadar tukaran tersebut. Antara faktor-faktor lain yang mempengaruhi kadar tukaran ialah kadar inflasi negara, kadar bunga, spekulator, kestabilan politik, campurtangan kerajaan dan pelabur asing .

Faktor penyusutan matawang ringgit sejak 2014 adalah berdasarkan faktor-faktor berikut ;

1. Kejatuhan harga minyak dunia.

Pada akhir tahun 2014, harga minyak dunia mula mengalami kejatuhan yang mendadak. Pada November 2014, harga minyak berada pada paras USD89.08 setong dan secara beransur-ansur menurun sehingga ke paras bawah USD40 setong pada tahun 2016. Hal ini telah menjejaskan pendapatan Malaysia yang merupakan negara pengeksport minyak mentah. Apabila minyak mentah jatuh maka hasil eksport petroleum Malaysia akan berkurangan kesannya ia akan menjejaskan matawang komoditi seperti ringgit Malaysia. Ringgit Malaysia sangat berkait rapat dengan harga minyak mentah global kerana pergantungan negara yang tinggi terhadap bahan mentah.

Formula mudah, apabila harga minyak mentah jatuh, ringgit juga akan jatuh dan apabila harga minyak mentah naik ringgit juga akan naik. (tanpa mengambil kira faktor-faktor lain)

Keadaan ini bukan sahaja memberi kesan kepada ekonomi Malaysia, malahan kepada ekonomi utama dunia dan ekonomi negara membangun turut terkesan sehingga memnyebabkan kejatuhan matawang.

2. Pengukuhan nilai Dolar Amerika Syarikat (USD)

Sejak tahun 2006, Federal Reserve (Fed) mula menurunkan kadar faedah (Federal Funds Rate) secara perlahan-lahan sehinggalah pada tahun 2008. Hal inilah bertujuan untuk membangunkan ekonomi Amerika Syarikat akibat krisis kewangan tahun 2008 yang menimpa ekonomi US. Penuran kadar faedah bermaksud US sedang melaksanakan monetari polisi yang longgar. Namun perlaksanaan monetari ini tidak kekal lama kerana tidak mencapai kriteria yang diharapkan.

Tindakan lanjutan yang seterusnya ialah melaksanakan dasar ‘Quantitative Easing (QE)’ iaitu pembelian semula aset kewangan yang beratus billion seperti hutang rumah. Kesannya nilai matawang US mula melemah ketika ini akibat tarikan modal daripada pelabur. Proses ini terus berlangsung sehingga akhir 2013. Pada tahun 2014, Fed mula mengurang QE secara berperingkat dan menamatkannya pada suku terakhir tahun 2014 .

Pada tahun 2015, Fed telah mengetakan dasar monetari polisi dengan menaikkan kadar faedah. Pada tahun 2017 sehingga kini, kadar faedah telah dinaikkan kepada 1.25% dan dijangka akan dinaikkan lagi pada bulan hadapan dan beberapa kali secara bertahap pada tahun 2018. Hal ini menyebabkan para pelabur mula mengalihkan pelaburan mereka ke U.S seperti dengan membeli bon Amerika Syarikat. Ini menyebabkan nilai matawang US dolar semakin kukuh.

Tidak dinafikan juga dengan faktor politik seperti kemenangan Donald Trump pada November 2016, sentimen Brexit, kelembapan beberapa ekonomi dunia seperti China mempengaruhi pergerakan matawang ringgit.

3. Penarafan negatif kepada ujuran kredit Malaysia oleh Fitch

Fitch merupakan agensi Penarafan Kredit (Credit Rating Agency) iaitu syarikat yang memberi penarafan kredit terhadap tahap keupayaan penghutang untuk membayar balik pinjaman pada masanya dan kebarangkalian untuk lewat atau gagal membayar pinjaman pada waktunya. Pada julai 2014,Fitch Ratings telah melaporkan bahawa unjuran kredit (credit rating) Malaysia dilihat sebagai lemah. Fitch Rating menurunkan ramalan (outlook) credit rating Malaysia daripada stabil kepada negatif. Hal ini berdasarkan defisit perbelanjaan kerajaan yang semakin meningkat dan kemungkinan kegagalan kerajaan menepati sasaran pengurangan defisit
kepada 3% pada tahun 2015.

Namun pada Julai 2015,Fitch telah mengumumkan bahawa ramalan credit Rating Malaysia kepada unjuran stabil. Penarafan itu didorong oleh komitmen kerajaan terhadap usaha pengukuhan fiskal, kestabilan ringgit serta pertumbuhan rizab dan ekonomi yang lebih kukuh. Pada Jun 2017, Fitch dan S&P Global Ratings telah memberi ujuran A- kepada Malaysia kerana perkembangan ekonomi yang memberangsangkan.

Terkini

Pada akhir tahun 2017, ringgit Malaysia telah menunjukkan pengukuhan yang ketara sehingga mencapai RM4.1100/USD. Pengukuhan ini didorong oleh faktor-faktor ekonomi Malaysia yang mengukuh. Di tambah pula, Malaysia dijangka akan menaikkan kadar faedah buat pertama kali sejak Julai 2014 setelah pertumbuhan kukuh ekonomi negara pada 6.2 peratus yang dicatatkan pada suku ketiga tahun ini. Selain itu, peningkatan harga minyak juga merupakan faktor terhadap pengukuhan ringgit Malaysia. Adakah ringgit Malaysia akan terus mengukuh? Menurut jangkaan ya, namun masih ada risiko untuk menyusut.-MOSHED



TOKYO: Saham Asia dibuka tinggi hari ini berikutan lonjakan pasaran di Eropah dan Amerika Syarikat (AS), hasil daripada pertumbuhan global yang kukuh dan keuntungan korporat yang meningkat.

Indeks meluas saham MSCI Asia Pasifik di luar Jepun meningkat 0.3 peratus kepada kenaikan 1.3 peratus pada Rabu, peningkatan terbesar dalam tempoh lapan bulan.

Indeks berkenaan berada dalam aliran menaik untuk kebanyakan tempoh dagangan tahun ini dan hanya mencatat kerugian bulanan sekali saja dalam tahun ini.

Bagi 2017, sehingga kini ia meningkat sebanyak 33 peratus dan berada dalam landasan untuk mencatat prestasi tahunan terbaik sejak peningkatan 68 peratus pada 2009.

Pertumbuhan global yang kukuh, kadar faedah rendah, keuntungan korporat yang kukuh dan jangkaan pengurangan cukai korporat AS telah melonjakkan ekuiti di seluruh dunia.

Ketua strategi IG yang berpangkalan di Melbourne, Chris Weston berkata, pasaran baru muncul sedang berkembang dan di sinilah peniaga menunjukkan prestasi baik.

"Khususnya di Asia, ia kelihatan amat kukuh," katanya.

Sehingga kini, indeks Hang Seng di Hong Kong naik 35.5 peratus manakala CSI 300 mencatat pulangan 27.4 peratus setakat ini pada 2017. -Reuters

Forex

U.S dolar melemah dalam pasaran Asia pada hari Rabu.

USD/JPY jatuh 0.12%, manakala AUD menyusut sebanyak 0.05% kepada 0.7574 berbanding U.S dolar setakat jam 11.00 pagi.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain menyusut sedikit sebanyak 0.03% kepada 93.86 dalam sesi dagangan Asia pada hari Rabu.

Penyusutan matawang U.S dolar didorong beberapa faktor berikut ;

Perdebatan dalam kalangan pelabur berkenan impak hasil yield curve (keluk hasil) yang mendatar terhadap prospek ekonomi global.
Berdasarkan kenyataan ketua strategi di Macquarie, the Fed tidak begitu kisah dengan keluk hasil yang mendatar kerana mereka tidak mahu harga rumah semakin meningkat.
Data sektor perumahan yang kurang memberangsangkan menyebabkan pelabur ragu-ragu terhadap perutumbuhan dalam jangka masa panjang.

Matawang Aussie mengukuh daripada kejatuhan dalam pasaran Eropah semalam selepas komen hawkish oleh Gabenor Philip Lowe.

Minyak

Harga minyak mengukuh pada hari ini dalam sesi dagangan Asia.

Minyak mentah WTI (West Texas Intermediate) bagi kontak penghantaran Disember naik sebanyak 1.53% kepada $57.70 setakat jam 11.00 pagi. Harga semasa kini melepasi paras tertinggi dua tahun lalu iaitu di $56.24 setong.

Minyak Brent pula yang didagang ICE Future Exchange di London naik sebanyak 0.62% kepada $63.09 setong setakat jam 11.00 pagi. Harga kini masih tersasar daripada harga tertinggi 2 setengah tahun lalu iaitu pada $64.65 setong.

Pengukuhan harga minyak didorong oleh faktor kejatuhan inventori minyak mentah U.S dan jangkaan bahawa OPEC akan melanjutkan perjanjian pemotongan pengeluaran minyak.

Emas

Harga emas jatuh dalam pasaran Asia pada hari ini.

Pasaran hadapan emas bagi bulan Disember di Comex NYMEX jatuh sebanyak 0.1% kepada $1,279.79 per auns setakat jam 11.00 pagi.

Pelabur memberi tumpuan pada minit mesyuarat FOMC.

Forex – Matawang Australia dan New Zealand mengukuh dalam sesi dagangan Eropah. AUD mengukuh sedikit sebanyak 0.04% kepada 0.7567 berbanding U.S dolar manakala NZD mengukuh berbanding U.S dolar sebanyak 0.25% kepada 0.6856 setakat jam 04.45 petang.

Pengukuhan ini didorong oleh faktor berikut:

Penyusutan U.S dolar berikutan ketidakpastian terhadap isu reformasi cukai. Namun The House telah bersetuju dengan reformasi cukai. Hal ini akan menyebabkan pengurangan cukai korporat dan individu pada tahun 2018. Pelabur kini menanti keputusan undian pembuat dasar Senat yang akan dilaksanakan nanti.
Kekhuatiran pelabur terhadap siasatan campur tangan Russia terhadap pilihan raya 2016 yang telah berlaku.

Matawang Euro menyusut sebanyak 0.41% kepada 1.1774. GBP/USD juga mengukuh sebanyak 0.26% kepada 1.3247 setakat jam 04.45 petang.

Penyusutan euro disebabkan pemimpin tertinggi Jerman Chancellor Angela Merkel gagal untuk membentuk gabungan tiga parti bagi membentuk kerajaan. Ini telah mencetuskan ketidaktentuan (uncertainty) politik dalam ekonomi terbesar Zon-Eropah.
Sila baca lebih lanjut disini: https://moshed.com/politik-jerman-ini-sebab-kejatuhan-matawang-euro-awal-pagi-tadi/

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain meyusut keparas 93.62 setakat jam 04.45 petang.

Kejatuhan ini masih dipegaruhi oleh sentimen isu pelan reformasi cukai.

Minyak

Harga minyak terus menunjukkan kejatuhan dalam sesi dagagan Eropah.

Minyak mentah WTI (West Texas Intermediate) bagi kontak penghantaran Disember jatuh sebanyak 0.09% kepada $56.66. Harga semasa kini melepasi paras tertinggi dua tahun lalu iaitu di $56.24 setong.

Minyak Brent pula yang didagang ICE Future Exchange di London jatuh sebanyak 0.26% kepada $62.56 setong setakat jam 04.45 petang. Harga kini tersasar daripada harga tertinggi 2 setengah tahun lalu iaitu pada $64.65 setong.

Kejatuhan harga disebabkan beberapa faktor :

Pedagang mengurangkan pelaburan dalam pasaran hadapan kerana kekuatiran terhadap pasaran.
OPEC dan non-OPEC juga dijangka akan memutuskan pelanjutan pemotongan pada 30 November dalam usaha untuk menolak harga ke paras yang lebih stabil. Pelanjutan pemotongan pengeluaran minyak itu masih menjadi tanda tanya.

Menurut penganalisis OPEC dijangka akan melanjutkan pemotongan pengeluaran minyak kerana inventori minyak masih lagi tinggi walaupun terdapat kesangsian beberapa ahli keberatan untuk melanjutkan perjanjian tersebut.

Pada ketika ini tumpuan pasaran tertumpu pada perjanjian OPEC dan non-OPEC.

Emas

Harga emas jatuh dalam sesi dagangan Eropah pada hari Isnin.

Pasaran hadapan emas bagi bulan Disember di Comex NYMEX jatuh sebanyak 0.31% kepada $1,292.43 per auns setakat jam 04.45 petang.

Harga emas mencapai peningkatan 1.8% pada minggu lepas berikutan kesangsian pelabur terhadap peresetujuan Republikan terhadap reformasi cukai tersebut.

Kejatuhan ini berikutan pengukuhan U.S dolar sebelum mengalami penyusutan. The House telah bersetuju dengan reformasi cukai. Hal ini akan menyebabkan pengurangan cukai korporat dan individu pada tahun 2018. Pelabur kini khuatir dan menanti keputusan undian pembuat dasar senat yang akan dilaksanakan nanti.

Tumpuan pasaran kini pada isu reformasi cukai dan ucapan Janet Yellen pada minggu ini.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain mengukuh sebelum menyusut sedikit sebanyak 0.04% kepada 93.96 dalam sesi dagangan Asia pada hari Selasa.

U.S dolar menyusut sebanyak 0.05% kepada 112.53 berbanding yen, manakala AUD menyusut sebanyak 0.16% kepada 0.7538 berbanding U.S dolar setakat jam 11.30 pagi.

Matawang Euro menyusut sedikit sebanyak 0.01% kepada 1.1732. GBP/USD juga mengukuh sebanyak 0.08% kepada 1.3246 setakat jam 11.30 pagi.

Pengukuhan U.S dolar pada awal sesi dagangan Asia didorong oleh penyusutan matawang Euro.
Manakala penyusutan matawang U.S dolar terkini adalah disebabkan, republikan U.S yang dijangka tidak akan membawa reformasi cukai di Kongres pada tahun ini. Ramalan ini berdasarkan undian penganalisis.

Perdagangan matawang dijangka akan relatif pada minggu ini berikutan cuti ‘Thanksgiving‘ pada hari Khamis.

Tumpuan pasaran kini pada isu reformasi cukai dan ucapan Janet Yellen pada minggu ini.

Faktor yanng mendorong penyusutan matawang Euro masih lagi sama seperti semalam iaitu:

Rundingan gabungan parti CDU/CSU, parti Hijau dan parti Liberal FDP telah gagal. FDP menyatakan penarikan diri daripada rundingan tersebut pada Ahad.
Sejak semalam, risiko politik Jerman ini telah memberi kesan kepada pasaran tukaran matawang dalam sesi awal Asia pada Isnin. Matawang Euro membuat ‘gap-down’ dan melemah dalam sesi Asia.

Pengukuhan matawang pound adalah disebabkan:

Kemajuan rundingan antara kerajaan Uk dan kesatuan Eropah bekenaan perjanjian kewangan selepas Brexit.

Kejatuhan matawang Aussie adalah disebabkan tumpuan pasaran pada minit mesyuarat bank pusat pada hari ini.

Minyak

Harga minyak naik dalam pasaran Asia pada hari ini.

Minyak mentah WTI (West Texas Intermediate) bagi kontak penghantaran Disember naik sebanyak 0.11% kepada $56.48 setakat jam 11.30 pagi. Harga semasa kini melepasi paras tertinggi dua tahun lalu iaitu di $56.24 setong.

Minyak Brent pula yang didagang ICE Future Exchange di London naik sebanyak 0.19% kepada $62.34 setong setakat jam 11.30 pagi. Harga kini tersasar daripada harga tertinggi 2 setengah tahun lalu iaitu pada $64.65 setong.

Harga minyak sedikit berubah dalam sesi dagangan Asia, namun harga minyak masih lagi rendah dibandingkan semalam walaupun menunjukkan peningkatan.

Hal ini disebabkan peningkatan pengeluaran minyak di U.S.
Masalah utama yang dihapi OPEC ketika ini ialah peningkatan aktiviti penggalian minyak oleh U.S.
Aktiviti penggalian minyak U.S telah meningkat daripada 316 rig pada pertengahan tahun 2016 kepada 738 rig pada minggu lepas.

Westwood Global Energy menjangkakan akan terdapat 18% peningkatan aktiviti penggalian minyak pada tahun 2018.

Emas

Harga emas naik dalam sesi dagangan Asia pada hari Selasa.

Pasaran hadapan emas bagi bulan Disember di Comex NYMEX naik sebanyak 0.38% kepada $1,280.39 per auns setakat jam 11.30 pagi.

Walaubagaimanapun harga emas masih lagi dibawah paras harga semalam.

Hal ini disebabkan penyusutan matawang euro dan pengukuhan U.S dolar.
Selain itu yang turut mendorong kepada paras harga hari ini ialah jangkaan bahawa The Fed akan meningkatkan kadar faedah pada bulan Disember.

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini berikutan permintaan yang tinggi susulan pengumuman Bank Negara Malaysia bahawa Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia berkembang 6.2 peratus pada suku ketiga.

Pada jam 9 pagi, unit tempatan disebut harga pada 4.1560/1600 berbanding dolar daripada 4.1600/1630 pada penutupan Jumaat.

Seorang peniaga berkata, prestasi ekonomi yang lebih baik itu mendorong momentum membeli nota tempatan.

Ketua Perdagangan OANDA Asia-Pasifik, Stephen Innes, berkata para pelabur keliru terhadap ketidakpastian rang-rang undang percukaian AS.

"Dalam kedudukan mudah tunai yang terhad sempena sambutan 'Thanksgiving' serta tiada peluang ketelusan dalam pembaharuan tambahan dalam cukai oleh Senat, menjelang cuti, ketidaktentuan politik akan berterusan.

"Dengan hanya sedikit berita mengenai pembaharuan cukai, penurunan dolar AS akan berterusan," katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit lebih tinggi berbanding dolar Singapura pada 3.0640/0678 daripada 3.0656/0685 pada Jumaat lalu namun rendah berbanding yen kepada 3.7054/7096 daripada 3.6961/6998.

Unit tempatan meningkat berbanding euro kepada 4.8804/8868 daripada 4.9055/9103 dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.4876/4945 daripada 5.5120/5168 Jumaat lalu. - BERNAMA

KUALA LUMPUR: Perodua Myvi serba baharu yang dilancarkan pada 16 November lalu membuat serahan pertamanya pada Jumaat kepada pelanggan pertamanya, Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tan Sri Abdul Wahid Omar.

Myvi serba baharu itu yang menerima tempahan berjumlah 6,000 unit sehingga pukul 8.00 malam 17 November, memulakan serahannya seawal pukul 8.00 pagi pada hari yang sama, kata Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) dalam satu kenyataan di sini, Sabtu.

Syarikat kereta kompak pilihan utama rakyat Malaysia itu membuka tempahan bagi model tersebut pada 9 November lalu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh berkata syarikat itu terus komited memaksimumkan serahan kereta tersebut bagi memastikan Perodua Myvi serba baharu itu dapat diserahkan dengan cepat kepada pemilik masing-masing.

Sementara itu, Abdul Wahid berkata beliau amat berbangga menjadi pelanggan pertama membuat tempahan dan menerima serahan pertama Perodua Myvi serba baharu itu pada pagi Jumaat.

“PNB sememangnya berbangga dengan pencapaian Perodua, syarikat penerima pelaburan kami. Mereka benar-benar layak memegang status syarikat kereta nasional. Tahniah kepada pasukan di Perodua,” kata Abdul Wahid.

Generasi pertama Perodua Myvi diperkenalkan pada 2005 dan lebih sejuta unit telah dikeluarkan antara 2005 dan 2017, menjadikannya model Perodua paling popular dalam sejarah.
Sejak Agos 1994 Perodua telah mengeluarkan lebih 3.2 juta kenderaan. - BERNAMA

KUALA LUMPUR – Perjanjian konsesi bagi Express Rail Link Sdn. Bhd. (ERL) yang mengendalikan perkhidmatan KLIA Ekspres dan KLIA Transit dilanjutkan selama 30 tahun iaitu sehingga 2059.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi (gambar kecil) dalam persidangan Dewan Rakyat berkata, lanjutan tempoh konsesi berkenaan dibuat selepas kerajaan menolak permintaan Malaysia Airports Holdings Bhd. berkaitan kenaikan harga tiket ERL sebanyak tiga kali.


“Kontrak ini akan tamat pada tahun 2029 tetapi oleh kerana kita telah membuat perjanjian awal pada 2002, telah ada satu sistem di mana setiap lima tahun harga tambangnya boleh disemak.

“Apabila kita tidak membenarkan kenaikan tambang sebanyak tiga kali, sepatutnya kita memberi pampasan tetapi kita panjangkan konsesi,” katanya semasa menjawab soalan tambahan Tan Sri Khalid Ibrahim (Bebas Bandar Tun Razak) berhubung isu konsesi berkenaan.

Abdul Aziz berkata, selepas tahun 2029, kerajaan tidak lagi akan membayar caj servis penumpang sebanyak RM5 bagi setiap penumpang kepada ERL dan bayaran kepada syarikat rel berkenaan adalah bergantung kepada pasaran.

ERL dimiliki oleh YTL Corporation Bhd., Lembaga Tabung Haji, SIPP Rail Sdn. Bhd. dan Trisilco Equity Sdn. Bhd. dengan masing-masing mempunyai pegangan sebanyak 45 peratus, 36 peratus, 10 peratus dan 9 peratus.

Syarikat tersebut telah dianugerahkan konsesi untuk membiayai, mereka bentuk, membina, mengendali dan menyelenggara perkhidmatan rel KLIA Ekspres dan KLIA Transit dan aktiviti-aktiviti sampingan yang berkaitan selama 30 tahun pada 25 Ogos 1997.

Namun demikian, ia menerima kebenaran untuk memulakan operasi pada tahun 1999.

KLIA Ekspres, yang memulakan operasi pada 14 April 2002, menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, Selangor dan Stesen Kuala Lumpur Sentral dekat sini dengan perjalanan mengambil masa 28 minit, selain tambahan 3 minit untuk ke terminal tambang rendah, KLIA2.

Sementara KLIA Transit, yang beroperasi sejak 1 Jun 2002, mempunyai tiga stesen hentian iaitu Bandar Tasik Selatan, Putrajaya dan Cyberjaya serta Salak Tinggi dengan perjalanan antara Stesen Kuala Lumpur Sentral dan KLIA2 selama 39 minit.

Operasi dan penyelenggaran tren diuruskan oleh anak syarikat milik penuh ERL, ERL Maintenance Support Sdn. Bhd.

Harga minyak kembali naik selepas mencatat kejatuhan dalam sesi dagangan Asia berikutan tekanan daripada peningkatan pengeluaran U.S dan kesangsian pasaran terhadap dukungan Rusia dalam mengurangkan bekalan minyak.

Minyak mentah WTI (West Texas Intermediate) bagi kontak penghantaran Disember naik sebanyak 0.54% kepada $55.44 setakat jam 04.55 petang. Harga semasa kini mengampiri paras tertinggi dua tahun lalu iaitu di $56.24 setong.

Minyak Brent pula yang didagang ICE Future Exchange di London naik sebanyak 0.21% kepada $61.49 setong setakat jam 04.55 petang. Harga kini tersasar daripada harga tertinggi 2 setengah tahun lalu iaitu pada $64.65 setong.

Kejatuhan harga minyak jatuh hampir 5 hari berturut-turut berikutan laporan Energy Information Administration (EIA) dan American Petroleum Institute (API) yang melaporkan inventori minyak mentah mencatat peningkatan.

Selain itu, turut mendorong kejatuhan harga minyak ialah kesangsian pasaran terhadap pendirian Rusia dalam rundingan bersama OPEC dan non-OPEC bagi memutuskan pelanjutan pemotongan pada 30 November. Pasaran mengkhuatirkan bahawa Rusia tidak akan bersetuju untuk melanjutkan perjanjian tersebut.

Menurut penganalisis ABN Bank, perjanjian potongan minyak antara OPEC dan non-OPEC menodorng kepada pengurangan pengeluaran dan memulihkan kembali harga minyak. Dijangka pada tahun 2018, harga minyak mungkin mencapai $75 setong.

Pada ketika ini isu yang menjadi halangan OPEC ialah peningkatan pengeluaran minyak mentah U.S yang mencapai 9.56 juta tong pada bulan ini.-MOSHED/17/11/2017

Kenapa harga minyak naik?
Ramai tertanya di kala harga minyak dunia masih belum stabil, mengapa harga minyak di Malaysia naik 15 sen bagi bulan November? Sebenarnya harga minyak yang digunakan di Malaysia berdasarkan MOPS (Mean of Platts Singapore) dan bukannya NYMEX (New York).

Harga MOPS adalah lebih mahal berbanding NYMEX kerana harga yang didagangkan ialah untuk “refined oil”. Sebagai perbandingan, harga WTI NYMEX pada 15 Nov 2017 ialah USD55.04 manakala MOPS untuk RON97 unleaded pada 15 Nov 2017 ialah USD66.789.

Bagaimanapun, dagangan harga minyak berkenaan adalah dalam USD, justeru walaupun harga minyak masih bergelut untuk pulih, kejatuhan nilai ringgit sejak belakangan ini turut memberi impak kepada harga pasaran di Malaysia.

Pengiraan harga minyak di Malaysia:

MOPS + Kos Operasi + Alpha + Keuntungan Syarikat + Keuntungan Stesen Minyak = Harga Sebenar Petrol

MOPS + 9.58 sen + 5 sen + 5sen + 12.19sen = harga pasaran sebenar petrol di Malaysia

Kos operasi, Alpha, keuntungan syarikat dan stesen minyak adalah ditetapkan kerajaan pada nilai tersebut.

2.335 + 0.0958 + 0.05 + 0.05 + 0.1219 = RM 2.653

Harga ini adalah bersesuaian dengan harga RM2.66 minggu ini (16-22 Nov 2017) selepas mengambil kira kebarangkalian naik turun harga minyak dan tukaran wang asing dalam minggu ini.
#FaktaHargaMinyak

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Ekonomi Malaysia berada pada landasan untuk mencatat pertumbuhan yang lebih tinggi sebanyak 5.2 - 5.7 peratus pada 2017 berbanding 4.2 peratus pada 2016, berikutan prestasi kukuh yang berterusan pada suku ketiga.

Bank Negara Malaysia (BNM), dalam laporan mengenai 'Perkembangan Ekonomi dan Kewangan di Malaysia pada Suku Ketiga 2017' yang dikeluarkan di sini hari ini, berkata permintaan dalam negeri dijangka menyokong pengembangan ini.

Ia berkata permintaan domestik berkembang 6.6 peratus pada suku ketiga tahun ini (Q2 2017: 5.7 peratus), disokong oleh pengembangan perbelanjaan sektor swasta (7.3 peratus; Q2 2017: 7.2 peratus) dan perbelanjaan sektor awam (4.1 peratus; Q2 2017: 0.2 peratus).

Bank pusat berkata penggunaan swasta meningkat 7.2 peratus (Q2 2017: 7.1 peratus), berikutan keadaan pasaran pekerja yang lebih baik, khususnya, upah sektor swasta yang terus mampan dalam keadaan penambahan peluang pekerjaan.

Pelaburan swasta meningkat dengan lebih kukuh pada kadar 7.9 peratus (Q2 2017: 7.4 peratus) terutama dalam sektor perkhidmatan dan perkilangan, katanya.

"Dalam sektor perkilangan, perbelanjaan modal oleh subsektor berorientasikan eksport dan pasaran dalam negeri lebih baik pada suku itu.

"Sentimen perniagaan juga lebih optimistik, sejajar dengan keadaan permintaan luar dan dalam negeri yang menggalakkan," kata BNM.

Penggunaan awam berkembang 4.2 peratus (Q2 2017: 3.3 peratus) berikutan kadar pertumbuhan emolumen yang lebih cepat dalam keadaan perbelanjaan yang lebih berhemat untuk bekalan dan perkhidmatan, katanya.

Sementara itu, BNM berkata, pelaburan awam kembali pulih dan mencatatkan pertumbuhan positif sebanyak 4.1 peratus pada suku tersebut (Q2 2017: -5.0 peratus) berikutan perbelanjaan aset tetap yang lebih tinggi oleh Kerajaan Persekutuan dan syarikat awam.

Dari segi penawaran, katanya, pertumbuhan disokong oleh pengembangan berterusan dalam semua sektor ekonomi.

Inflasi keseluruhan menyederhana kepada 3.8 peratus pada suku ketiga 2017 (Q2 2017: 4.0 peratus) terutamanya disebabkan oleh inflasi pengangkutan yang lebih rendah pada 11.7 peratus (Q2 2017: 13.4 peratus), katanya.

"Walaupun harga bahan api domestik meningkat pada suku ketiga disebabkan kenaikan harga minyak dunia, harga minyak domestik secara purata lebih rendah berbanding suku sebelumnya (petrol RON95 pada Q3 2017: RM2.09 seliter; Q2 2017: RM2.10 seliter)," kata BNM.

Sementara itu, inflasi teras stabil pada 2.5 peratus pada suku tersebut, katanya.

Bank pusat berkata peratusan barangan dalam bakul Indeks Harga Pengguna yang kadarnya melebihi dua peratus, pada amnya tidak berubah (Q3 2017: 34 peratus; Q2 2017: 33 peratus).

Pada suku ketiga, pengembangan tenaga kerja secara relatifnya setara dengan jumlah penambahan pekerjaan bersih, yang menyebabkan kadar pengangguran yang stabil sebanyak 3.4 peratus (Q2 2017: 3.4 peratus), katanya.

Permintaan pekerja juga bertambah baik apabila jumlah kekosongan jawatan yang diiklankan di sebuah laman web carian pekerjaan utama meningkat kepada 68,794 jawatan pada suku ketiga (Q2 2017: 65,478)," katanya.

-- BERNAMA

KUALA LUMPUR – Pemilik Kumpulan Hong Leong, keluarga Kwek/Quek yang diterajui Tan Sri Quek Leng Chan menduduki tangga ketujuh senarai Forbes 50 Keluarga Terkaya Asia.

Ia merupakan satu-satunya keluarga dari Malaysia yang tersenarai dalam senarai 50 teratas dengan kekayaan bernilai AS$23.3 bilion.

Kekayaan minimum untuk layak ke senarai tersebut adalah AS$5 bilion, meningkat AS$1.6 bilion berbanding tahun lalu.

Menurut Forbes, terdapat 15 ahli keluarga yang mengawal Kumpulan Hong Leong, sebuah konglomerat yang terlibat dalam pelbagai perniagaan dari kewangan ke hartanah.

Berikut adalah 10 keluarga di Asia:

1) Ambani – India; AS$44.8 bilion;

2) Lee – Korea Selatan; AS$40.8 bilion;

3) Kwok – Hong Kong; AS$40.4 bilion;

4) Chearavanont -Thailand; AS$36.6 bilion;

5) Hartono – Indonesia; AS$32 biion;

6) Lee – Hong Kong; AS$29 biion;

7) Kwek/Quek –Malaysia/ Singapura; AS$23.3 bilion;

8) Cheng -Hong Kong; AS$22.5 bilion;

9) Sy – Filipina; AS$20.1 bilion;

10) Chirathivat -Thailand; AS$19.3 bilion

Menurut Forbes, kekayaan keluarga-keluarga berkenaan dikira bersandarkan harga saham dan kadar tukaran wang asing ketika pasaran ditutup pada 3 November lalu.- MalaysiaGazette

Harga Minyak Kembali Bernafas Setelah Jatuh Sepanjang Minggu Ini
2-3 minutes

Harga minyak kembali pulih selepas mengalami kejatuhan dalam sesi dagangan Asia pada hari Khamis. Peningkatan kembali harga minyak didorong oleh usaha OPEC bersama Rusia dan 9 pengeluar utama lain yang telah berjanji menghadkan pengeluaran kepada 1.8 juta tong sehari (bdp) sejak Januari lalu.

Minyak mentah WTI (West Texas Intermediate) bagi kontak penghantaran Disember naik sebanyak 0.20% kepada $55.44 setakat jam 5.00 petang. Harga semasa kini masih bergerak di bawah paras tertinggi dua tahun lalu iaitu di $56.24 setong.

Minyak Brent pula yang didagang ICE Future Exchange di London kini berada naik sebanyak 0.26% kepada $62.00 setong setakat jam 5.00 petang. Harga kini tersasar daripada harga tertinggi 2 setengah tahun lalu iaitu pada $64.65 setong.

Harga minyak jatuh 4 hari berturut-turut sehingga awal pagi Khamis berikutan peningkatan inventori minyak mentah U.S dan pengeluaran domestik pada minggu lepas.

Berdasarkan laporan Energy Information Administration (EIA), inventori minyak mentah U.S meningkat sebanyak 1.9 juta tong kepada 459 juta tong bagi minggu berakhir pada 10 November. Peningkatan ini merupakan peningkatan 2 minggu berturut-turut. Berbeza dengan jangkaan penganalisis yang mensasarkan kejatuhan sebanyak 2.2 juta tong.

Pengeluaran minyak domestik meningkat 25,000 tong setiap hari kepada 9.645 juta tong. Pengeluaran minyak mentah U.S telah naik 15% sejak mencatat paras terendah pada pertengahan 2016.

Menurut penganalisis, kejatuhan harga untuk menjunam lebih terhalang oleh usaha OPEC bersama Rusia dan 9 pengeluar utama lain yang telah berjanji menghadkan pengeluaran kepada 1.8 juta tong.

OPEC dan non-OPEC juga dijangka akan memutuskan pelanjutan pemotongan pada 30 November dalam usaha untuk menolak harga ke paras yang lebih stabil.

KUALA LUMPUR: Perusahaan Otomobil Sdn Bhd (Perodua) melancarkan model Myvi terbaharunya dengan rekaan terkini yang telah memperoleh tempahan sebanyak 5,000 unit sejak dibuka kepada umum 9 November lalu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Dr Aminar Rashid Salleh berkata rekaan serba baharu itu menampilkan teknologi terkini, keselamatan pintar dan dianugerahkan lima bintang bagi penarafan keselamatan ASEAN NCAP.


Katanya, pengiktirafan itu sekali gus menjadikan model baharu itu sebagai kenderaan yang berbaloi untuk dimiliki dengan lingkungan harga yang ditawarkan.

“Model terbaharu ini menampilkan teknologi yang sebelum ini hanya dimiliki oleh model premium, ia sekaligus menetapkan penanda aras kualiti bagi kami dari segi rekaan dan keseluruhan penawaran bagi model masa hadapan kami," katanya.


Model terbaharu Myvi 1.5 liter dan 1.3 liter menampilkan enjin Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) dan ditawarkan sekitar RM44,300 hingga RM55,300.

Model Myvi 1.5 liter dilengkapi enam beg udara manakala model 1.3 liter dilengkapi empat beg udara.

Antara ciri utama model terbaharu Myvi termasuk Amaran Pra Pelanggaran, dan Isyarat Pelepasan Hadapan bagi memberi isyarat kenderaan hadapan sudah bergerak ketika kesesakan lalu lintas.

Model terbaharu itu juga menampilkan penjimatan bahan bakar antara 20.1 hingga 21.2 kilometer per liter, menjadikan ia 32 peratus lebih cekap berbanding model sebelum ini.


Sejumlah enam varian warna diperkenalkan antaranya Ozzy Orange, Mystical Purple, Glittering Silver dan Ivory White.

Mengulas lanjut, Aminar memberitahu, sasaran pengeluaran bagi kenderaan Myvi baharu itu dijangka mencapai 75,000 hingga 80,000 unit setahun bermula tahun depan dengan sasaran 6,000 unit kereta berkenaan dijual setiap bulan.-mStar


KUALA LUMPUR: Malaysia menerima pelaburan sebanyak RM6.7 bilion daripada 340 syarikat bioteknologi yang diselaraskan Bioeconomy Corporation, setakat ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, berkata daripada jumlah itu, RM4.6 bilion atau 69 peratus adalah pelaburan langsung asing (FDI).

Katanya, Syarikat Biocon Ltd dari India yang terbabit dalam pembangunan dan pembuatan produk biofarmaseutikal antara contoh pelaburan asing yang beroperasi sepenuhnya sejak 2016 di Bio-XCell Malaysia di Nusajaya, Johor Bahru.

Beliau berkata, antara inisiatif dilaksanakan adalah penawaran persekitaran kondusif untuk syarikat asing menempatkan kilang mereka berasaskan pembuatan dan perindustrian bio di Bio-XCell Malaysia.

"Model perniagaan dijalankan di Bio-XCell Malaysia adalah melalui kaedah pembinaan dan penjualan kilang serta penyewaan tapak dengan tawaran penggunaan seperti Central Utilities Facilities (CUF), X-Sentral untuk makmal dan perniagaan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini ketika menjawab soalan Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim (BN-Kuala Selangor).

Dalam pada itu, Madius berkata, fokus MOSTI bagi strategi jangka panjang adalah terus menggalakkan pembabitan syarikat tempatan dalam industri bioteknologi.

Ia, katanya, bagi memastikan pembangunan industri yang lestari dengan menyasarkan 20 syarikat BioNexus berstatus global.

"Pada masa ini, sebanyak 11 syarikat berstatus BioNexus mencapai status global dan menjadi perintis dalam mengukuhkan lagi daya saing industri tempatan dalam pembangunan teknologi dan inovasi antarabangsa," katanya.-Berita Harian

KOTA KINABALU: Majlis Amanah Rakyat (MARA) berperanan penting dalam membantu mengukuhkan ekonomi negeri dan rakyat Sabah, termasuk membangunkan lebih 18,000 usahawan di negeri ini.

Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman, berkata pencapaian itu dilaksanakan menerusi menerusi latihan keusahawanan, pendidikan kewangan perniagaan dan berkaitan premis perniagaan dengan peruntukan dana lebih RM1 bilion.

Musa berkata, usaha MARA itu adalah antara inisiatif ke arah melahirkan lebih ramai usahawan tempatan dalam pelbagai bidang di Sabah.

"MARA mewujudkan pelbagai kemudahan dan ilmu keusahawanan, selain mengambil berat aspek pendidikan di Sabah menerusi penubuhan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) termasuk di Ranau yang dirasmikan bulan lalu, iaitu MRSM kelima di negeri ini.

"Institusi pendidikan lain ialah Kolej Teknikal MARA dan Kolej Polytech MARA, selain menyediakan peluang kemahiran di 28 pusat GiatMara di seluruh negeri," katanya pada Makan Malam dan Penutup Forum Perniagaan Antarabangsa MARA-OISCA 2017, malam tadi.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin.

Yang turut hadir ialah Pengerusi MARA, Datuk Dr Awang Adek Hussin; Naib Presiden Eksekutif OISCA Antarabangsa, Toshihiro Nakano dan Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA, Zulkifli Osman.

Musa berkata, kerajaan negeri menyokong penuh hubungan baik antara MARA dan Pertubuhan Perindustrian, Lanjutan Rohaniah dan Kebudayaan Antarabangsa (OISCA) yang terjalin selama 50 tahun.

"Program Latihan Kemahiran Lanjutan OISCA sejak sekian lama memberi manfaat kepada pelatih Bumiputera dan membuka pintu dalam rangkaian perniagaan membabitkan pelbagai bidang. Kerjasama ini meningkatkan keupayaan teknikal dan keusahawanan belia serta usahawan Malaysia," katanya.

Terdahulu, Forum Perniagaan Antarabangsa MARA-OISCA 2017 berlangsung selama dua hari bermula kelmarin.

Forum yang dianjurkan buat kali keenam itu disertai kira-kira 1,500 peserta terdiri daripada usahawan tempatan dan antarabangsa seperti Jepun, Korea, Brunei serta Azerbaijan.

Sempena majlis itu, Yahya turut menyampaikan Anugerah Kepemimpinan MARA-OISCA kepada bekas Ketua Pengarah MARA, Datuk Mohd Ridzuan Abdul Halim; Naib Presiden OISCA International, Datuk Seri Ibrahim Ahmad dan Presiden OISCA International, Datuk Dr Yoshiko Nakano.-Berita Harian

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -Harga runcit mingguan bagi petrol RON95 naik tujuh sen kepada RM2.38 seliter manakala RON97 naik enam sen kepada RM2.66 seliter berkuat kuasa tengah malam ini hingga 22 Nov.

Harga runcit diesel pula naik lima sen kepada RM2.25 seliter, demikian menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan hari ini.

Bagi minggu sebelum ini dari 9 Nov-15 Nov, harga runcit mingguan petrol RON95 ialah RM2.31 seliter, RON97 RM2.60 seliter dan diesel RM2.20 seliter.

- BERNAMA


Terbukti, pembentangan Bajet 2018 oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Mohd Najib Razak pada petang Jumaat semalam benar-benar memberi manfaat dan menjaga kebajikan rakyat di Malaysia.

Semua golongan dapat. Dari nelayan, petani, orang yang jual satay, jual "coconut shake", orang yang berniaga food truck dan motorsikal tiga roda. Semua dapat dan ianya menyeluruh. Jauh bagai langit dan bumi, bajet BN dengan bajet omong kosong pembangkang.

Bajet ini bukan sahaja menambahbaik daripada bajet tahun lalu, malah pelbagai perkara baharu telah diperkenalkan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Razak yang segak berbaju biru semasa membentangkan Bajet 2018 semalam.

Antara perkara baharu yang diperkenalkan oleh beliau adalah seperti berikut ;

1.Pulau Pangkor menjadi Pulau Bebas Cukai

Bajet ini juga mengisytiharkan bahawa Pulau Pangkor di Perak sebagai Pulau Bebas Cukai. Walau bagaimanapun, ini tidak termasuk barang-barang seperti minuman keras, rokok dan kenderaan bermotor.

2.Jambatan Labuan ke tanah besar Borneo

Untuk merancakkan pembangunan di Labuan, kerajaan pimpinan Najib akan membuat "feasibility study" bagi membina jambatan menghubungkan Labuan dengan tanah besar di Sabah.

3.Ibu mengandung dan suami balik ke rumah awal sejam

Penjawat awam wanita yang mengandung lima bulan ke atas, dibenarkan pulang lebih awal sejam. Bagi melengkapi hasrat ini, suami yang bekerja dengan kerajaan juga dibenarkan pulang lebih awal sejam, dengan syarat, suami dan isteri mestilah bekerja di lokasi yang berdekatan.

4.Pembiayaan TEKUN dinaikkan sehingga setengah billion

Perdana Menteri juga dengan gembira memperuntukkan Bajet paling tinggi pernah diberi kepada TEKUN, iaitu setengah billion ringgit.

5.Mewujudkan taska di pejabat utama GLC

Bagi menyokong ibu bapa yang bekerja, GLC akan menyediakan taska di pejabat utama, dan kemudahan pengurangan waktu bekerja untuk pekerja wanita yang mengandung.

6.Amanah Dana Anak Malaysia (ADAM50)

Demi menjamin masa depan generasi TN50 yang lebih cerah, Kerajaan bersama-sama PNB telah bersetuju supaya setiap anak Malaysia yang dilahirkan bermula 1 Januari 2018 sehingga 2022, dihadiahkan Dana Tabungan Permulaan sebanyak RM200 melalui unit Amanah Saham di PNB. Skim yang pertama kali diperkenalkan di negara ini akan dinamakan sebagai Amanah Dana Anak Malaysia 2050, atau sesudahnya ini dikenali sebagai ADAM50.

7.Skim Persaraan 1Malaysia

Kerajaan akan meningkatkan sumbangan terhadap caruman kepada 15 peratus tertakluk kepada maksimum 250 ringgit setahun di dalam Skim Persaraan 1Malaysia, di bawah KWSP. Sumbangan ini bermula dari 2018 hingga 2022.

8.Pemansuhan kutipan 3 tol di Selangor, Kedah dan Johor

Pertama: Memansuhkan kutipan tol di Batu Tiga, Shah Alam dan Sungai Rasau di Selangor;

Kedua: Memansuhkan kutipan tol di Bukit Kayu Hitam, Kedah;

Ketiga: Memansuhkan kutipan tol di Eastern Dispersal Link, Johor.

9.Bantuan pesawah 3 bulan

Selain penoreh getah dan nelayan yang dikekalkan bantuan-bantuannya, pada Bajet kali ini, buat pertama kalinya, Najib Razak mengumumkan bantuan sebanyak 200 ringgit sebulan bagi tempoh 3 bulan sementara menunggu hasil tuaian padi, dengan peruntukan hampir 150 juta ringgit kepada pesawah padi.

10.Food Truck 1Malaysia dan Mobile Food Kiosk 1Malaysia

Menyediakan pinjaman mudah sebanyak 120 juta ringgit kepada seribu usahawan Food Truck 1Malaysia dan Mobile Food Kiosk 1Malaysia melalui Bank Rakyat dan Bank Simpanan Nasional, dengan Kerajaan memberi subsidi kadar faedah empat peratus.

Semua kesepuluh perkara ini adalah pemberian ‘hadiah’ daripada kerajaan yang telah diberi amanah selama 13 kali PRU oleh rakyat untuk memerintah negara.

Sudah berbelas kali, BN berjanji dan ianya telah pun ditepati. Hampir 97% peratus janji BN pada PRU13 sudah pun dilaksanakan. 3% lagi melibatkan projek infrastruktur dan pembangunan sedang dalam proses perlaksanaan.

Buat apa hendak percaya pada DAP dan Pakatan Harapan yang belum tentu lagi memenuhi janji mereka. Di Selangor dan Pulau Pinang pun banyak janji kerajaan DAP-Pakatan Harapan yang belum ditunaikan.

Bajet 2018 adalah tanda terima kasih Barisan Nasional atas kepercayaan rakyat dan terbukti bahawa ia bukanlah sebuah bajet yang omong kosong seperti DAP dan Pakatan Harapan.

Sekiranya PRU14 nanti rakyat terus memberi mandat kepada Barisan Nasional, maka semua perkara ini boleh dilaksanakan untuk kesejahteraan masyarakat bersama.

Semua dapat manfaat tanpa mengira warna kulit dan ideologi parti. Bajet 2018 komprehensif dan menyeluruh untuk semua. Terkedu habis geng DAP-Pakatan Harapan dalam parlimen semalam.

"Senyap nampak pembangkang.." kata Datuk Seri Najib semalam.


Tulisan :
Beruang Biru
BB636, Sabtu
28 Oktober 2017


Jumaat ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan membentangkan Bajet 2018. Sudah pasti ia menjadi tumpuan dan dinantikan oleh rakyat yang ingin mengetahui khabar gembira buat mereka.

#Bajet2018 kali ini akan memfokuskan kepada strategi untuk meningkatkan pendapatan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah (B40). Selama ini kita mendengar rungutan mengenai beban kenaikan kos hidup namun tahukah anda bahawa jumlah pendapatan rakyat semakin meningkat?

Tidak ramai yang mengetahuinya. Pekerja-pekerja di negara ini telah menikmati purata kenaikan gaji sebanyak 7.3 peratus sejak 42 tahun lalu berbanding purata inflasi 3.7 peratus dalam tempoh itu.

Ia adalah dapatan daripada hasil kajian yang dijalankan dua tahun lalu dan dalam tempoh dua tahun lalu, purata kenaikan gaji meningkat kepada 9.0 peratus.

Bukan itu sahaja, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara pada tahun ini diunjurkan sebanyak dua kali. Kali ini pada 5.1 peratus berbanding 4.9 peratus sebelum ini berdasarkan beberapa faktor yang mendorong kepada prestasi yang lebih baik terutama dalam aktiviti perdagangan.

Menurut MIDF Research, semakan unjuran itu dibuat setelah menyaksikan dagangan global antara Januari hingga April yang kukuh dengan trend yang positif dan dijangka kekal sepanjang tahun ini dengan eksport merekodkan pertumbuhan dua digit bagi lima bulan berturut-turut.

Faktor-faktor inilah yang bakal menjadikan Bajet 2018 sebagai bajet yang menarik. Walaupun pembangkang menyatakan ia adalah gula-gula menjelang pilihan raya umum (PRU) namun harus diingat, rakyat mahu tahu setiap sen wang yang dibelanjakan kerajaan.

Setiap sen yang dibelanjakan oleh kerajaan adalah penting. Tidak seperti Pakatan Harapan di mana bajet alternatif mereka langsung tidak memberikan keyakinan kepada rakyat dan tidak realistik.

Ia lebih kepada "copy paste" daripada bajet-bajet alternatif yang mereka rangka pada tahun-tahun sebelumnya. Sebagai contoh lihat sahaja kepada isu cukai perkhidmatan dan barangan (GST), Pakatan Harapan pada mulanya mahu memansuhkan cukai itu tetapi akhirnya mahu menjadikan GST sifar.

Malah Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar sendiri menyatakan Pakatan Harapan tidak akan memansuhkan GST jika menang pilihan raya umum akan datang sebaliknya mengenakan sifar cukai untuk GST.

Manakala Pengerusi Pakatan Harapan pula, Mahathir Mohamad, menyatakan GST tidak akan dihapuskan kerana "itu mungkin menyebabkan beberapa masalah dengan pembiayaan kerajaan" dan mahu menaikkan cukai korporat menggantikan GST.

Kenyatan-kenyataan yang dibuat oleh pemimpin pembangkang ini sebenarnya cuba mengelirukan rakyat dan menguji kebijaksaan rakyat.

Apa yang pasti bajet alternatif Pakatan Harapan hanya bersifat populis semata-mata untuk menarik perhatian rakyat tetapi berbeza dengan Bajet yang dibentangkan oleh Perdana Menteri.

Ia adalah realistik bagi membangunkan negara selain mensejahterakan rakyat. Inilah senjata utama Barisan Nasional (BN) dalam berdepan dengan Pakatan Harapan, iaitu gabungan pembangkang yang hanya bercakap retorik dan suka memburukkan pemimpin sahaja.

Hari Jumaat ini "pintu gua" terbuka luas buat semua pemimpin dan penyokong pembangkang. Bawalah bekal siap siap bila berada dalam gua nanti. Ini kerana Bajet 2018 ini akan buat pembangkang hancur lebur sepenuhnya.

Habis modal lah pembangkang Jumaat ini. Bila rakyat sambut baik Bajet 2018 yang dibentangkan oleh Datuk Seri Najib, apa lagi ruang dan modal yang mahu pembangkang hentam lagi. Bertapalah dalam gua nanti.


Tulisan :
Beruang Biru
BB628, Selasa
24 Oktober 2017

Video

[Video][video]

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget