Articles by "Politik"

00:53



 Kekuatan Melayu tidak terletak pada keserakahan tetapi dalam budaya, moral dan integriti.


Tidak meminggirkan kemajmukan merupakan tiang yang sepatutnya di pertahan oleh seluruh lapisan masyarakat.



MENGAPA RAMAI TAK SOKONG PH ?

Firstly aku terlalu muda nak cakap soal politik ni umur aku sebaya dengan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang jadi menteri belia dan sukan hari ni termuda di malaysia selepas DS NAJIB jadi menteri termuda dalam malaysia pada zamanya . Tetapi aku ada pendapat aku sendiri tentang politik .

Pertama aku tak sokong PH kerana PH bukan lah parti politik yang di tubuhkan untk anak bangsa dan membela rakyat . Ini jauh sekali . PH tertubuh hanya nak jatuh kan DS NAJIB SAJA . Itu saja point PH. jadi adakah aku perlu sokong PH sedangkan matlamatnya bukan membela anak bangsa?
Matlamat pun tak betul jadi apa yang aku nak harapkan pada PH?

Yang kedua . PH bukan lah parti yang berjasa pada negara . PH di tubuhkan selepas PERDANA MENTERI HARI NI LANCAR PERANG DENGAN UMNO semata mata nak jatuhkan DS NAJIB itu saja point PH. Jadi kalau korang yang support PH tu boleh bagi tahu aku APA JASA PH PADA NEGARA ? Aku yakin 100% TIDAK ADA .

yang ketiga . Aku tak nak manusia yang tak kenang budi pada negara . Mengapa aku cakap macam tu . Kerana dengan menyokong PH aku rasa seolah olah telah mengkianati pejuang pejuang terdahulu yang bersusah payah membangunkan negara dengan titik peluhnya sendiri .

Ada yang kata pada aku UMNO dah rosak patut di tukar . Pada pandangan aku UMNO tak rosak . Jika certain certain pemimpin yang kau tak suka adakah kau perlu korban kan parti yang terlalu banyak jasa pada negara? Contoh jika kereta kau rosak . Rosak pun hanya 2 , 3 kompenan kau hanya perlu tukar kompenan yang rosak bukan tukar kereta baru kerana kereta masih boleh berjalan dengan lancar . Begitulah dengan UMNO .

Kita hari ni hidup selesa aman makmur kaya dengan hasil bumi mengecapi nikmat kemerdekaan melalui siapa kalau bukan melalui pejuang pejuang terdahulu . Hari ni aku lahir dalam keadaan malaysia yang serba ada mewah dengan fasaliti ekonomi nya bagus berkembang pesat rakyatnya makmur sejahtera . Jadi apa perlu lagi aku sokong PH sedangkan itu semua hasil kebijaksanaan pemerintah terdahulu iaitu UMNO .

Yang keempat . Dalam PH semua nya bekas bekas PEMIMPIN UMNO . Bekas pemimpin UMNO yang kecewa dan kena reject . Apa matlamatnya join PH tak lain tak bukan hanya inginkan kuasa semata. Nak balas dendam etc . Usah kata joint PH kita nak betulkan negara . Ini Alasan falasi . Negara sudah di pacu dengan baik aku ank muda rasa kemajuan tu yang di bawa oleh UMNO .

Malaysia adalah sebuah negara yang membangun dari masa ke semasa . Dan itu hasil daripada UMNO bukan PH .

Yang ke lima . PH kaki kencing . Sekarang sudah terang lagi bersuluh Almost setahun semua janji2 nya semua palsu dan manis di bibir saja . Jadi adakah berbaloi aku sokong PH ?

Yang ke enam . PH suka bermain dengan falasi . Dan dengan falasi itu lah UMNO jatuh . Menuduh itu dan ini . Itu korup ini korup . Tetapi tuduh hanya sekadar tuduh . Tuduh without proof . Siapa pun boleh menuduh tanpa bukti . Now PH sudah perintah malaysia masih lagi bermain dengan falasi jilaker apakah ini?

At last aku nak cakap JIKA AKU BANDING KAN PH DAN UMNO . UMNO lebih bermaruah dari PH . UMNO LAHIR DARI TANGAN TANGAN RAKYAT dan berjuang untuk anak bangsa tetapi PH lahir dari tangan tangan orang kecewa dan tamak kuasa semata .

Jadi apa perlu aku sokong PH ?

👏🏽👏🏽👏🏽berjemaah sdp lagi bunyi

Kebanyakan peka isu politik semasa mengatakan PRK DUN Semenyih pada 2 Mac ini pengukur kedudukan PH yang dilihat semakin merudum selepas gagal menunaikan manifesto PRU ke-14.

Dengan peratusan pengundi Melayu lebih besar berbanding kaum lain sudah pasti PRK kali ini menarik tumpuan ramai.

Kiranya benar seperti didakwa pengguna media sosial, bahawa rakyat semakin tertekan di bawah kerajaan PH kerana harga barang-barang keperluan semakin meningkat, nilai mata wang negara semakin memburuk sudah pasti PRK Semenyih tempat pengundi hukum kerajaan.

Sekiranya keputusan PRK itu memihak kepada PH, segala dakwaan yang dibuat pengguna media sosial pro pembangkang adalah membuang masa.

Mendengar dengan dua telinga, dan melihat dengan dua mata adalah lebih penting dari membuat penilaian mengikut nafsu.

Pastinya PRK Semenyih cabaran besar buat PH yang suka cakap besar, semuga pengundi di Semenyih memberi pengajaran.

Bukan masalah pendidikan, tetapi kebodohan

Manusia abad ini bukan tidak tahu maklumat mudah diperolehi.

Tidak kira siapa mereka, samaada ketua kerajaan, petani, penoreh, pekebun, malah pengangkut najis sekalipun tahu dunia hari ini para penebang kayu tidak lagi menggunakan kapak diperbuat dari batu.

Bukan tidak sedar. Malahan memang tahu teknologi terkini jadikan dunia tanpa sempadan.

Sikap segelintir manusia yang merasakan orang lain lebih bodoh, atau boleh diperbodohkan dengan mudah, sanggup melakukan apa sahaja termasuk mendapatkan ijazah palsu untuk menampakkan dirinya lebih cerdik.

Dalam konteks menuntut ilmu, manusia boleh menggali/menuntut ilmu setinggi mana sekalipun, tetapi jangan lupa kefahaman yang diperolehi adalah kurniaan Allah.

Jahil dengan pintu kefahaman sebenar terjadilah isiden tali gantung jerut leher sendiri.

Abad yang kita hidup ni, bermacam sumber boleh didapati samaada benar atau palsu.

Apa yang viral sehari dua ini bukan berpunca dari pendidikan, ia berpunca dari kebodohan, kerana diri mahu lebih daripada orang lain.

Mungkin juga mereka ini jahil dengan pesanan orang tua, jangan ingat orang diatas sahaja pandang orang dibawah kecil, kerana orang dibawah memandang orang diatas juga kecil.

Akhirnya gelabah sendiri.

Tua-tua pun bodoh

KUALA LUMPUR: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Azhar Azizan Harun berkuasa untuk menentukan tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Dewan Undangan Negeri Semenyih yang bakal diadakan, walaupun tanpa kehadiran ahli-ahli suruhanjaya yang lain.

Azhar, ketika mendedahkan perkara itu berkata, SPR juga tidak perlu mengadakan mesyuarat untuk memutuskan tarikh pilihan raya dan tarikh-tarikh penting lain yang berkaitan dengan pilihan raya kecil berkenaan.

“Tidak perlu mengadakan mesyuarat. Hanya perlu membuat keputusan. Sekiranya ada ahli-ahli yang lain, maka sudah tentulah majoriti ahli suruhanjaya mesti bersetuju (dengan penetapan tarikh pilihan raya itu).

“Tetapi jika hanya ada saya seorang, saya akan buat keputusan,” katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu program siaran langsung bual bicara “The Nation” menerusi saluran BNC di Wisma Bernama, di sini hari ini.

SPR terdiri daripada tujuh ahli termasuk pengerusi, timbalan pengerusi dan lima ahli suruhanjaya.

Pelantikan mereka diperkenankan oleh Yang di Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.

Azhar berkata, fungsi suruhanjaya itu tidak terjejas dengan peletakan jawatan mana-mana ahli suruhanjaya, seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Pengerusi SPR itu yang mengesahkan bahawa SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Dewan Undangan Negeri Selangor mengenai kekosongan kerusi Semenyih itu hari ini berkata keputusan mengenai PRK itu akan dibuat menjelang minggu depan.

“Kami akan buat keputusan tidak kurang dari empat hari mulai hari ini dan tidak lebih 10 hari dari hari ini," kata beliau.

PRK Semenyih diadakan berikutan kematian mengejut penyandangnya Bakhtiar Mohd Nor kerana serangan jantung pada Jumaat lepas.

PRK itu adalah yang keenam diadakan sejak Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei tahun lepas.

Dalam perkembangan lain, Azhar berkata, kekosongan jawatan enam ahli suruhanjaya termasuk timbalan pengerusinya yang meletak jawatan pada 1 Januari, akan diisi segera.

“Saya tidak terlibat dalam proses pelantikan mereka, jadi saya tidak tahu apa statusnya. Tapi saya fikir (cadangan nama-nama calon) sedang diteliti, saya yakin mereka akan dilantik segera," katanya.

Terdahulu, dalam program bual bicara itu, Azhar berkata, SPR sedang meneliti cadangan untuk memperkenalkan sistem e-undi di Malaysia, yang disifatkannya sebagai lebih efektif dari segi kos, lebih efisien dan sukar ditipu.

Bagaimanapun, katanya cadangan itu memerlukan lebih banyak kajian termasuk dari aspek perundangan lain dan ia mungkin tidak dapat dilaksanakan dalam masa terdekat.

“Tidak pada pilihan raya umum akan datang mahupun pada PRU16," kata beliau. - BERNAMA

KOTA BHARU 9 Julai - Pas menentang sekeras-ke­ras­nya kenyataan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin yang me­nyarankan penutupan semua sekolah tahfiz kerana institusi itu bukannya me­lahirkan pengganas di negara ini.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan, saranan itu sebagai ke­nyataan tidak berakhlak dalam konteks Islam.


“Apa masalah sekolah tahfiz? Pelajar sekolah itu tidak pernah buat masalah pada negara, sama ada melahirkan ‘pengganas’ ataupun timbul isu kononnya sistem pendidikan mereka tidak selari dengan sistem pendidikan negara.

“Bahkan, (sekolah tahfiz) melahirkan ramai profesional seperti jurutera dan peguam, jadi saya fikir kenapa bebanan perlu dile­takkan kepada sekolah berkenaan? Pas bersungguh mempertahankan institusi itu kerana merupakan tempat yang berjaya melahirkan generasi berakhlak mulia dan bertanggungjawab,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyampaikan tazkirah sempena Kuliah Bulanan Wanita di Balai Islam Lundang, di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ke­luarga, Kebajikan Masyarakat dan Wanita negeri, Mumtaz Md. Nawi dan selebriti dakwah, Yatt Hamzah.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, sebaliknya Zainuddin lebih baik membincangkan tentang masalah sosial yang melanda remaja di negara ini.

“Apa masalah yang melanda di negara kita sejak dahulu lagi? Isu dadah, mat rempit dan kebejatan masalah moral semuanya adalah berpunca akibat tiada didikan agama.

“Golongan yang terjebak de­ngan kancah masalah itulah yang perlu dibina asas jati diri bermula dari peringkat awal akibat al-Quran tidak disemai dalam sanu­bari mereka,” jelasnya.

Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata, Pas akan meletakkan calonnya di kerusi Dewan Unda­ngan Negeri (DUN) Sungai Kandis pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di Selangor sekiranya UMNO tidak menyertainya.

“Kita akan letak calon (Pas) kalau ada keperluan, tidak akan ada menang percuma begitu sahaja. Kita juga akan lihat sekiranya UMNO meletakkan calon atau tidak, tidak perlu rujuk mereka pun, cukup kita lihat sahaja dahulu.

“Ini kerana, semasa keputusan (Pilihan Raya Umum Ke-14) lalu, UMNO lebih banyak (mendapat undi) daripada kita,” ujarnya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kenyataan-zainuddin-8232-tidak-berakhlak-8211-pas-1.706085#ixzz5KvY8WcUb
© Utusan Melayu (M) Bhd

SHAH ALAM: Perlembagaan UMNO perlu dipinda bagi memberi ruang kepada penambahbaikan dalam usahanya menjadi sebuah parti pembangkang yang kuat.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, sesetengah terma dalam Perlembagaan itu menghalang kepemimpinan baharu parti itu untuk meremajakan semula UMNO.

"Kita perlu mengubah (Perlembagaan) mengikut peredaran zaman. Perkara ini akan dibincangkan dalam jawatankuasa itu nanti selepas menerima maklum balas daripada pemimpin bahagian dan cawangan.

"Perlembagaan parti ketika ini lebih sesuai ketika BN (Barisan Nasional) masih menjadi kerajaan. Tetapi bukan ketika ini. Agak sukar membuat perubahan apabila Perlembagaan mengikat kita.

"Sebagai contoh, parti mempunyai sistem keahlian yang ketat. Jika Perlembagaan dipinda, kita boleh mempunyai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebagai ahli bersekutu.

"Ini akan meluaskan jangkauan kita," katanya kepada pemberita selepas program Wacana Sinar Ke-64: Mampukah BN Bangkit Semula?, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Mohamad juga berkata, tidak perlu ada klausa dalam Perlembagaan yang membenarkan pemilihan parti ditangguhkan.

Berdasarkan Perlembagaan UMNO, pemilihan parti perlu diadakan setiap tiga tahun, tetapi ia boleh ditangguhkan sehingga 18 bulan.

"Jika Perlembagaan menyatakan tiga tahun, kita perlu mengadakan pemilihan parti setiap tiga tahun. Tidak perlu ada klausa. Ini yang menyebabkan akar umbi marah.

"Selain itu, pemimpin dan Ketua Bahagian juga akan bersikap acuh tidak acuh jika mereka berada dalam kedudukan sama untuk jangka masa panjang.

"Tetapi, jika kita adakan pemilihan setiap tahun, contohnya, mereka akan bekerja keras untuk mengekalkan kedudukan.

"Sekian lama kita bertolak ansur dengan ahli parti, tetapi bukan kepada parti itu sendiri. UMNO sudah ketinggalan jauh kerana ini. Kita perlu perubahan, transformasi dan menjual UMNO sebagai produk baharu yang diterima masyarakat.

"Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis menjadi ujian kepada UMNO," katanya.

Sementara itu, Asyraf menekankan kepentingan untuk UMNO diberi wajah baharu, dengan menggalakkan orang muda memainkan peranan penting dalam parti itu.

"Kita perlu membuang tingkah laku sebelum ini yang angkuh dan jahil. Kita perlu mempunyai pendekatan baharu, lebih berhati rakyat.

"Sebagai pembangkang, kita perlu bertindak untuk menyemak dan mengimbang kerajan Pakatan Harapan," katanya.

AMPANG JAYA: "Kami akan terus buat laporan selagi polis tidak ambil tindakan tegas terhadapnya dan jika perlu, kami sendiri sendiri akan heret beliau ke balai polis kerana kenyataan beliau yang terlalu biadap.

Itu amaran dilaungkan Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah kepada Datuk Zaid Ibrahim kerana menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menerusi Twitter baru-baru ini.

Azwanddin berkata, pihaknya mahu polis untuk mengambil tindakan segera terhadap Zaid yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana kenyataannya itu seolah-olah satu cubaan untuk menghasut pemikiran rakyat dan memecah belahkan hubungan baik antara kaum.

"Kenapa baru sekarang? Ketika sudah hampir pilihan raya? Jelas kenyataan yang dikeluarkannya itu bukan tidak disengajakan.

"Kita nampak ini adalah satu cara beliau untuk memecah belahkan rakyat, mengheret rakyat untuk memburuk-burukkan antara satu sama lain.

"Beliau semakin terdesak dan mula menggunakan strategi seperti ini untuk menghilangkan rasa hormat dan kepercayaan antara kaum-kaum yang ada di negara ini khususnya Melayu dan Cina," katanya selepas membuat laporan terhadap Zaid di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya di sini, hari ini.

Selain JMM, enam badan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan terdiri daripada Kelab Ahli Parlimen Belia Selangor, Persatuan Kebajikan San Chuan, Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Bukit Ampang Saujana, Persatuan Komuniti Persahabatan Ampang, Persatuan HATA Industrial Park Pandan Mewah dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Parlimen Pandan turut bersama beliau membuat laporan polis.

Menurut Azwanddin, tindakan Zaid sangat tidak wajar kerana perbezaan fahaman politik mendorong beliau menjadikan Sultan Selangor sebagai mangsa agenda politiknya.

"Beliau bankrap dalam perniagaan, tetapi saya harap Zaid tidak gunakan 'otak bankrapnya" untuk mengheret anak muda dan orang Islam memburuk-burukkan antara satu sama lain khususnya institusi raja-raja Melayu.

"Kita mahu polis segera ambil tindakan terhadap Zaid, jangan sampai JMM dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu lain berhimpun di hadapan rumah beliau.

"Ini amaran tegas saya kepada beliau (Zaid), kita tak malu dan tak segan untuk ke rumah beliau dan heret beliau ke balai polis kerana kenyataannya itu terlalu biadap," tegas Azwanddin.

Pada 4 Disember lalu, sebuah akhbar berbahasa Inggeris menyiarkan temu bual eksklusif Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap masyarakat Bugis.

Sultan Sharafuddin Idris Shah menerusi temubual itu menyatakan kebimbangan baginda dengan tindakan pihak-pihak tertentu yang sengaja mengeksploitasi isu kaum, agama dan lain-lain perkara sensitif dalam usaha meraih sokongan pengundi dalam pilihan raya umum akan datang.

Titah baginda, tindakan seumpama itu dilihat akan meletakkan negara ke arah kehancuran yang mana isu itu sentiasa menjadi perkara yang dibincang serta dibimbangkan sembilan raja-raja Melayu di negara ini.

Bagaimanapun, pandangan baginda itu dipertikaikan oleh Zaid apabila beliau menegur baginda supaya berhati-hati dalam berkata-kata.

"Sultan Selangor seharusnya lebih berhati-hati dengan kata-katanya. Tidak ada sesiapa yang kebal apabila negara terbakar," kata Zaid menerusi Twitter.

GEORGE TOWN, 9 Dis: Gerakan Pulau Pinang hari ini mempersoal tindakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang didakwa menyandang sehingga 19 jawatan utama di negeri ini.

Ketua Biro Publisitinya, Ooi Zhi Yi berkata selain bergelar Anggota Dewan Undangan Ne­geri (ADUN) dan ahli Parlimen, Lim juga menjadi pengerusi dalam 19 agensi dan organisasi berkaitan kerajaan negeri.

Beliau mempersoalkan bagaimana Ketua Menteri berkenaan mahu menguruskan bebanan dan tanggungjawab setiap jawatan tersebut dan dalam sama memastikan kebajikan rakyat tidak terabai.

“Berapa lagikah jawatan pengerusi yang Ketua Menteri ingin menyandang dan menguasai selepas ini?,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terbaru katanya, Lim juga dijangka akan mempengerusikan jawatan Perbadanan Taman Botani Pulau Pinang yang termaktub dalam Fasa 9 (1) (a) Rang Undang-Undang Perbadanan Taman Negeri (Botani) Pulau Pinang 2017.

Terdahulu, Ooi yang juga Penyelaras Gerakan untuk kawasan Kebun Bunga berkata sesi persidangan Dewan Undangan Negeri lepas telah meluluskan Perbadanan Taman Negeri (Botani) Pulau Pinang sebagai Enakmen negeri.

Beliau ingin bertanyakan kepada kerajaan negeri tentang bayaran yang akan dikenakan kepada pengunjung yang ingin melawat tempat-tempat menarik di Taman Botani.

“Walaupun kerajaan negeri menafikan sebarang bayaran masuk ke Taman Botani, tetapi pihak kami ingin bertanya tentang bayaran lain yang mungkin dikenakan.

“Contohnya, selepas Bukit Bendera diperbadankan, terdapat beberapa bayaran dikenakan ke atas tempat menariknya seperti ‘The Habitat’ dan Muzium Burung Hantu,” katanya.

Beliau juga ingin mengingatkan kerajaan negeri bahawa Taman Botani Pulau Pinang berfungsi untuk memulihara flora dan fauna dan secara tidak langsung berfungsi sebagai paru-paru hijau di kawasan berkenaan.

“Kami juga ingin menegaskan bahawa apa yang diperlukan bukanlah pertukaran struktur pengurusan Taman Botani tersebut, akan tetapi sebuah pelan yang efektif untuk menguruskan taman tersebut,” katanya.

Taman Botani Pulau Pinang seluas 243 hektar diwujudkan oleh ahli botani Charles Curtis pada tahun 1884 dan digunakan Jepun ketika penjajahannya sebagai tapak menyimpan peluru.-MALAYSIAN TIMES

16:06

SHAH ALAM: Titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, adalah peringatan yang perlu diberikan perhatian oleh seluruh rakyat di negeri ini.

 Ia termasuk teguran baginda kepada Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad, membabitkan masyarakat Bugis sebelum ini.

 Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, ketika ditanya mengenai titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, berkata titah baginda adalah pesanan penting untuk rakyat mengekalkan keharmonian antara kaum di negara ini.

 "Titah tuanku itu harus diberikan perhatian oleh semua pihak bahawa dalam keghairahan untuk mencari sokongan, kita kena jaga keharmonian semua rakyat Malaysia.

 "Saya rasa itu mesej penting yang disampaikan oleh Tuanku bahawa kita mesti mengekalkan keharmonian, hubungan baik dalam negara berbilang kaum dan agama ini," katanya.

 Semalam, sebuah akhbar berbahasa Inggeris menyiarkan temu bual eksklusif Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung kenyataan bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir terhadap masyarakat Bugis.

 Dalam temu bual itu, baginda bertitah kepada akhbar terbabit bahawa kenyataan seperti itu yang dibuat oleh ahli politik boleh menanam benih kebencian dalam kalangan rakyat, malah kontroversi itu tidak sepatutnya berlaku.

 "Mereka yang menyokongnya mengatakan saya (Sultan Sharafuddin Idris Shah) dipengaruhi oleh orang yang anti-Mahathir.

 "Itu tidak benar. Kita mesti mempunyai bukti. Beliau memerintah selama 22 tahun. Beliau harus tahu lebih baik," titah Tuanku.-Berita Harian

15:59
KOTA BHARU: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim enggan memohon maaf kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung 'tweet' beliau terhadap Sultan Selangor.

 Zaid yang kini menjadi ahli DAP menegaskan, beliau tidak melakukan sebarang kesalahan dengan memuat naik status berkenaan dan sedia disiasat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

 "Saya rasa saya tidak buat silap dan perkara itu kecil sahaja, selain tidak perlu diperbesarkan semua pihak. 

"Memang tweet itu saya tujukan kepada Sultan Selangor, namun apa kesalahan saya lakukan sehingga perlu memohon maaf?.

 "Apapun saya serahkan kepada PDRM untuk menyiasat berhubung perkara itu dan saya akan memberi kerjasama penuh," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

 Zaid berkata, walaupun pelbagai pihak mendesak supaya beliau membuat permohonan maaf, perkara itu tidak akan dilakukan. Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum ini bertitah mengenai kegusaran baginda terhadap golongan yang membangkitkan isu sensitif bagi kepentingan peribadi dan demi menarik undi.

 Baginda juga bertitah bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai "rasa rendah diri yang kompleks dan kebencian mendalam" yang boleh "membakar seluruh negara".

 Titah Sultan Selangor itu mengundang rasa kurang senang pemimpin pembangkang seperti Zaid, yang menyatakan Sultan Selangor harus berhati-hati dalam mengeluarkan titah dan tidak cuba bermain dengan politik kepartian.

 Susulan tweet Zaid itu, pelbagai pihak termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mahu Zaid memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan selain meminta PDRM menyiasat ahli DAP itu di bawah Akta Hasutan.-Berita Harian

15:54
Sarawak Report (SR) menulis cerita palsu. Malaysia Chronicles kemudiannya membuat tajuk-tajuk utama yang keterlaluan untuk dikongsi oleh Pakatan di media sosial. Itulah Prosedur Operasi Standard (SOP) mereka. Malangnya, itu semua adalah berita palsu. Sebagai contoh: "KEJATUHANNYA SUDAH DAPAT DIJANGKAKAN, NAJIB MEROMPAK BANK NEGARA: UNTUK MENGUMPUL DUIT UNTUK AGM UMNO, BANK PUSAT 'TERPAKSA' MEMBAZIR BANYAK RIZAB, MENGABAIKAN EKSPORT WANG AWAM LUAR NEGARA YANG BANYAK & MENGIMPORT SEMULA KE DALAM AKAUN PERIBADI - TIDAK HAIRANLAH SUKHDAVE BERHENTI" Artikel itu membuat tuduhan berikut 1) Najib memaksa BNM untuk menggunakan rizab Forex kita yang “banyak” itu untuk menaikkan nilai Ringgit untuk PAU UMNO - itulah sebabnya Timbalan Gabenor BNM Sukhdave meletak jawatan. "Namun, SR telah mendengar bahawa BNM telah membuang rizabnya tanpa mengambil kira kesan kepada kewangan dan hanya untuk menaikkan nilai Ringgit", menurut SR. SR mungkin marah kerana nilai RM kita telah pulih dengan kukuh - terutamanya sepanjang bulan lalu. Malah, ia telah mengukuh sehingga SG$1 kepada RM2.99 pada Jumaat lepas dan mencecah RM4.04 kepada AS$ minggu lepas Pertama, kini mereka mengakui Malaysia mempunyai rizab yang BANYAK (antara 20 rizab yang terkukuh di dunia) tetapi saya ingatkan mereka ada berkata bahawa Malaysia akan muflis? Tetapi rizab BNM Forex tidak "dibazirkan" untuk mengukuhkan RM. Malah, RIZAB KITA SEMAKIN NAIK- BUKAN TURUN! Rizab Forex BNM adalah AS$101.9 bilion pada akhir bulan November, AS$101.5 bilion pada bulan Oktober, AS$101.2 bilion pada September, AS$100.5 bilion pada Ogos dan hanya AS$94.6 bilion pada akhir Disember 2016. Malah, RM telah mengukuh sejak kita mencecah RM4.49 pada bulan Januari (dan pastinya bukan untuk PAU) disebabkan oleh pertumbuhan cepat KDNK kita, pertumbuhan eksport dua angka dan pengukuhan harga minyak - bukan kerana BNM "membazirkan" rizab kita untuk menaikkan nilai RM. 2) SR berkata "Najib telah membazirkan wang untuk menutup isu 1MDB, mendapatkan bantuan kuasa asing dan membeli kesetiaan para pengikutnya, sebuah kumpulan kroni yang korup yang telah mencuri wang awam Malaysia selama 60 tahun. Kini beliau bersedia untuk membelanjakan wang kepada orang biasa juga." Tetapi SR lupa untuk menyebutkan bahawa 22 daripada 60 tahun itu adalah disebabkan oleh Pengerusi Pakatan. Semasa kerjasamanya dengan ketua de facto mereka Anwar, SEPARUH daripada rizab forex kita telah hilang (RM31.5 bilion) seperti yang telah ditemui oleh RCI sementara Jenayah Pecah Amanah (CBT) sangat disyaki telah berlaku. Rizab kita telah meningkat dengan ketara sejak kedua-dua itu meninggalkan kerajaan. Juga, bagaimana Najib boleh berbelanja besar untuk membeli "kuasa asing", membeli pengikut parti, membeli rakyat jika kita bankrap dan mata wang kita tidak bernilai apa-apa? Sebelum Najib menjadi Menteri Kewangan dan kemudian PM, Pound UK adalah RM6.45. RM5.47 hari ini adalah selemah pada RM4.54 pada April 2013. Jadi, pound gagal berbanding RM. Saya tertanya-tanya mengapa orang Inggeris Clare Brown tidak menuduh rizab bank negaranya sendiri sebagai telah "dibazirkan" untuk mempertahankan mata wangnya atau bahawa rasuah besar-besaran adalah sebab mengapa mata wangnya gagal terhadap RM? Negara anda sendiri anda tidak mahu jaga, tetapi anda mengganggu rakyat Malaysia dengan propaganda penipuan anda yang berulang? Tolong pergi jaga negara anda sendiri yang "rosak" dan "gagal" itu. --- https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2083235485228568&set=a.1391116647773792.1073741829.100006264096443&type=3 Link asal artikel: https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/2083236148561835 Tulisan asal oleh: Lim Sian See, Facebook Lim Sian See, 9 Disember 2017

KUALA LUMPUR, 7 Dis (Bernama) — Berbekalkan rekod kejayaannya dalam mentadbir urus negara yang tidak boleh dipertikaikan, Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan UMNO mampu menjamin masa depan negara yang lebih cemerlang demi faedah rakyat jika rakyat memilihnya pada pilihan raya umum akan datang.
Menyampaikan ucapan dasar pada pembukaan Perhimpunan Agung UMNO 2017, Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan UMNO dam BN ingin menjunjung Malaysia, bukan sekadar menjadi jaguh di rantau ini, bahkan tersenarai sebagai 20 negara terunggul di dunia.
Beliau berkata rakyat mempunyai pilihan sama ada untuk bersama kerajaan dalam mencapai agenda prgresif itu atau memilih pembangkang yang penuh dengan amalan kronisme dan pemerintahan ?kuku besi’.
“Sama ada ingin menuju cahaya di hujung jalan yang sudah tampak terang benderang dengan segala harapan pasti melonjak negara ke masa hadapan, di bawah pimpinan UMNO dan Barisan Nasional, yang terbukti progresif, sarat dengan rekod-rekod prestasi yang tidak boleh dipertikaikan lagi.
“Atau…berbanding jalan yang bukan lagi sekadar suram dan samar di bawah cengkaman Dinasti DAP, bahkan teraba-raba tanpa arah tuju, kelam-gelita penuh dengan tipu daya dan akhirnya kelak hanya akan mengheret kita kembali ke masa purba dan silam, dengan amalan-amalan kronisme dan pemerintahan kuku besi,” katanya di hadapan lautan merah 5,628 anggota perwakilan daripada 191 bahagian UMNO seluruh negara.
Perdana menteri berkata UMNO dan BN merupakan parti untuk semua yang selama ini meraikan kepelbagaian dalam negara dan keharmonian untuk hidup rukun bersama, saling bergantung dan lengkap melengkapi.
Beliau menegaskan UMNO juga bukan parti rasis malah diterima mengepalai parti-parti komponen daripada pelbagai bangsa sejak puluhan tahun dengan berhemah.
“UMNO bukan antikaum Cina tetapi ternyata kaum Cina dan sebahagian juga kaum India turut terseret, terperangkap menjadi mangsa persepsi dan pembohongan pembangkang.
“UMNO bukan sahaja untuk Melayu Bumiputera, tidak juga sekadar memimpin Barisan Nasional, tetapi UMNO adalah sebenar dan sesungguhnya, parti berkaromah untuk seluruh rakyat Malaysia,” katanya.
Beliau berkata UMNO dalam usia lebih tujuh dekad semakin matang dan mengamalkan politik sihat serta cenderung kepada politik pemersatuan yang tidak ‘confrontational’ atau berwatak ‘kaki gaduh’, apatah lagi untuk mengaibkan, sampai sanggup membunuh karakter lawan.
Sebaliknya, Najib berkata parti pembangkang yang kononnya memperjuangkan hal ehwal rakyat hanya sibuk bersandiwara dan tidak mampu menyelesaikan kemelut dalaman parti, namun mahu mengambil alih pentadbiran negara.
Menarik perhatian, Najib berkata DAP sejak 50 tahun lalu hanya dikuasai penasihat dan dinasti anak beranak manakala PPBM gagal menguruskan hal ehwal mesyuarat parti itu.
“Parti Bunga Raya ini bukan nak mengata, maaf cakaplah, kita tidak nampak di mana nilai yang cuba dibawanya. Katanya ingin berjuang untuk orang-orang Melayu dan Islam tetapi berpakat dan sedang dijadikan perkakas oleh DAP yang terang-terang anti-Melayu dan Islam sebagai tercatat dalam perlembagaan DAP langsung tidak menyebut Islam sebagai Agama Persekutuan, bahkan matlamat mereka mahu menjadikan negara ini sekular sepenuhnya,” tambahnya.
Katanya, Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad tergamak bersubahat dan bersekutu dengan ‘musuh politik’ dan ‘musuh prinsip’ beliau selama puluhan tahun yang lalu hanya untuk memenuhi tembolok agenda kepentingan peribadi dan keluarga semata-mata.
Justeru, Najib mengingatkan rakyat membuat pilihan yang tepat supaya apa yang dibina dengan susah payah selama ini tidak ranap, musnah dan hancur berkecai.
Beliau berkata jika silap membuat pilihan, agama Islam dan syiarnya akan diperlekeh dan dihina, kedudukan institusi Raja-Raja Melayu tidak lagi dimulia selain institusi kebanggaan Melayu Bumiputera seperti Mara, Felda, Universiti Teknologi Mara (UiTM) serta Tabung Haji digagalkan objektifnya sekiranya pembangkang memerintah.
— BERNAMA

KUALA LUMPUR: Perwakilan Pemuda UMNO memberi bayangan akan memberikan sokongan penuh jika Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin, memutuskan untuk bertanding jawatan Naib Presiden pada pemilihan parti akan datang.

Sokongan itu dinyatakan secara tidak langsung ketika Perwakilan Pemuda UMNO Johor, Azman Jaafar, mengulas mengenai cadangan Khairy supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.


"Saya selaku Ketua UMNO Pasir Gudang menyahut seruan KJ (Khairy Jamaludin) bahawa jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan akan datang
"Ini bermakna ada lagi kekosongan kerusi bagi jawatan Naib Presiden. Jadi, masing-masing fikir sendirilah.

"Mudah-mudahan perjalanan KJ dalam memimpin perjuangan Pergerakan Pemuda ini akan diteruskan pada kelangsungan yang lebih tinggi," katanya ketika membahaskan ucapan dasar Ketua Pemuda UMNO pada Perhimpunan Agung Pemuda UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Ucapan Azman itu disahut tepukan dan sorakan lebih 900 perwakilan, selain ada yang melaungkan 'sokong' sebagai tanda bersetuju.

Terdahulu, Ketua UMNO Pasir Gudang itu berkata, Pemuda UMNO Johor menyokong saranan Khairy yang mahu pemimpin dalam kalangan sayap parti itu diangkat dan diberi ruang menjadi calon pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Bagaimanapun, beliau mengingatkan jika ada pemimpin Pemuda UMNO yang dipilih, mereka perlu benar-benar bersedia serta menjalankan tugas dan sentiasa turun padang bertemu akar umbi.

"Kita juga jangan 'bertembak' (bertelagah) sesama sendiri. Saya pasti ada antara kita yang memiliki pergeseran peribadi, namun menjelang PRU-14, pastikan kita rapatkan saf untuk memperjuangkan UMNO.

"Mudah-mudahan, perjalanan kelangsungan UMNO membela maruah orang Melayu dapat kita kekalkan pada masa depan serta menang pada PRU-14," katanya.

KUALA LUMPUR: Perjuangan membina, membentuk dan mengurus negara bukan boleh dibuat dengan air liur saja.

Sebaliknya, Naib Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Zurina Abd Rahman, berkata ia memerlukan kepakaran, strategi serta bukti kemampuan.

Beliau memberi peringatan itu ketika menyentuh mengenai keghairahan sesetengah pihak yang terpengaruh dengan kempen 'menukar kerajaan' pada masa ini.

"Kerajaan BN terbukti responsif terhadap suara rakyat dan mendengar denyut nadi mereka.

"Beri kepercayaan kepada kerajaan untuk terus memerintah negara demi menjamin kesinambungan pertumbuhan ekonomi, kesejahteraan sosial, keharmonian masyarakat dan meletakkan hala tuju serta aspirasi rakyat dalam tempoh 30 tahun akan datang melalui Transformasi Nasional 2050," katanya ketika membentangkan usul politik pada Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita UMNO, hari ini.

Beliau turut menggunakan masa ucapan dengan mendendangkan beberapa bait lagu Negaraku, Sehati Sejiwa dan meminta perwakilan menyanyi bersama.

Zurina yang banyak menyentuh mengenai TN50, pendekatan yang bertujuan menggerakkan negara ke arah ekonomi maju, sekali gus mencapai sasaran untuk menjadi 20 negara terbaik di dunia.

KUALA LUMPUR: Pendirian tiga sayap UMNO yang sepakat mahu jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti tidak dipertandingkan adalah keputusan terbaik dan tepat pada masanya.

Exco Pemuda UMNO, Nazir Hussin Akhtar Hussin, berkata gandingan Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bukan saja serasi, tetapi

tepat dengan momentum parti sekarang.

"Kedudukan parti sekarang kuat dengan akar umbi menyokong teguh selain menyaksikan penerimaan baik generasi muda yang mula beralih sokongan kepada UMNO," katanya pada program Bicara Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017 di Laman Media PAU 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Program berkenaan dikendalikan Pengarang Bersekutu Ehwal Semasa BH, Kadir Dikoh, yang mengetengahkan polemik jawatan nombor satu dan dua dalam parti berikutan cadangan supaya kedua-dua jawatan berkenaan tidak dipertandingkan.

Nazir Hussin berkata, berkata apa yang penting ialah ahli perlu mengetepikan agenda peribadi atau niat meletakkan seseorang individu untuk merebut jawatan.

"Semalam Presiden (UMNO) memberikan bayangan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 akan diadakan dalam masa terdekat. Jadi tidak perlu merumitkan untuk pemilihan jawatan tertinggi hingga mengelirukan akar umbi.

"Gandingan ini perlu dikekalkan dan jawatan yang berikutnya diberikan kepada muka baharu sebagai pelapis," katanya.

Beliau berkata, UMNO adalah parti unik yang mengamalkan inklusif yang tiada pada parti lain.

"Ini warna-warni dan keunikan yang tiada pada pakatan (pembangkang) yang carca marba, teruk dan sesiapapun tidak boleh bersuara, malah boleh dipecat," katanya.

KUALA LUMPUR: Jawatan Ketua Wanita UMNO disaran tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang demi menjamin keutuhan momentum pergerakan.

Perwakilan Wanita UMNO Sabah, Rahimah Asrah, yang mengusulkan perkara itu berkata, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil menjalankan tugas sempurna dalam merangka pelbagai inisiatif sepanjang menyandang jawatan berkenaan.


Sehubungan itu, Rahimah berkata, penghormatan wajar perlu diberi kepada institusi kepemimpinan parti, sekali gus menjamin kelangsungan gerak kerja.

"Kekalkan Tan Sri Shahrizat, malah angkat beliau sebagai menteri penuh susulan pelbagai kudrat yang dicurahkan dalam membantu kemenangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) selama ini.

"Lakukan ini atas dasar perpaduan demi ibu terbaik bangsa (Shahrizat)," katanya membahaskan usul politik sempena Persidangan Wanita UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.

Rahimah turut mengusulkan 30 peratus nama calon Wanita BN Sabah yang berpotensi dipilih bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Katanya, pelaksanaan itu selaras gagasan kerajaan untuk meningkatkan penyertaan golongan wanita dalam peringkat pembuat dasar di negara ini.

"Berilah pertimbangan sewajarnya dengan bukan saja mengekalkan kuota sedia ada, tetapi menambah bilangan ini menerusi pencalonan mereka yang berpotensi," katanya.

Rahimah yang juga Ketua Wanita UMNO Batu Sapi, menyuarakan tekad 35,000 jentera Jalinan Rakyat (JR) di 25 bahagian di Sabah akan terus memacu gerak kerja menjelang PRU-14.

Mengakhiri perbahasan, beliau yang tampil melaungkan 'Sabah tatap setia' mendendangkan lagu Keris 2314 untuk membangkitkan semangat 937 perwakilan berpakaian merah putih di Dewan Tun Dr Ismail.

Mari-mari kita mara
Ayuh sama kita bela
Gagah berani kita bertahan
Tangkas melangkah kita gandakan

Umat ini lemah lesu
Nasib terbiar kian membisu
Siapa pembela selain daku

Nusa agama tanya merindu
Dengan berani ayuh lafazkan

Kebenaran sama di pertahankan
Takut hanya pada yang Esa
Segalanya kita sandarkan

Mari-mari kita mara
Ayuh sama kita bela

Gagah berani kita bertahan
Tangkas melangkah kita gandakan

Ingat kembali janji kita
Di alam roh dan di alam nyata

Amanah bara yang kita genggam
Maruah dibela bumi dijaga

Andai leka berangan selesa
Anak cucu milik durjana

Jika kita terus alpa
Dunia dijajah akhirat merana

Mari-mari kita mara
Ayuh sama kita bela
Gagah berani kita bertahan
Tangkas melangkah kita gandakan

Wahai barisan pembela
Yang berjiwa satria

Tekad berteguh kesatuan
Kembalikanlah kekuatan

Ayuh bina peribadi
Imbaulah kemenangan silam

Kuat dan taat denyutan nadi
Gagah tamadun di bangunkan

Mari-mari kita mara
Ayuh sama kita bela
Gagah berani kita bertahan
Tangkas melangkah ayuh gandakan

Mari-mari kita mara
Ayuh sama kita bela
Gagah berani kita bertahan
Tangkas melangkah
Ayuh gandakan

KUALA LUMPUR: Ahli UMNO perlu ketepikan perkara remeh yang boleh menggugat kesepaduan parti dan terus memperkukuh jentera bagi memastikan Barisan Nasional (BN) menang majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ketua Puteri Bagan Datoh, Rohana Tarmizi, berkata masa untuk menentukan kelangsungan perjuangan parti sudah semakin suntuk, justeru ini bukan masanya untuk ahli terutama Puteri leka dan mengambil pusing mengenai perkara kecil.


"Kita sudah kesuntukan masa untuk 'beramok' (bertelingkah), 'bercakor' (bercakaran), kecil hati dan berdendam antara satu sama lain. Jenayah siber yang berleluasa pula memaksa kita berhadapan dengan DAP dan macai-macainya yang gemar mencari salah kita.

"Jangan tidak dapat baju atau 'power bank', kita sudah merajuk tidak mahu buat kerja langsung. Ketepikanlah perkara remeh dan kita mesti fokus pada PRU," katanya ketika membahaskan ucapan dasar Ketua Puteri UMNO sempena Perhimpunan Agung Puteri UMNO 2017 di sini, hari ini.

Selain itu, Rohana juga menggesa 'pahlawan kekunci' UMNO menggunakan sepenuhnya media sosial untuk menangkis serangan pembangkang, selain menyebar dasar dan kejayaan yang dicapai kerajaan.

"Kita tahu pembangkang tidak kuat tetapi sebab kelemahan kita, mereka dilihat menonjol. Justeru, kita perlu bersatu di belakang Presiden dan kepemimpinan parti supaya dapat hindarkan kita daripada bercerai roboh," katanya.

Beliau turut menekankan perjuangan Puteri bukan bermusim kerana pergerakan itu kekal komited untuk mendekati golongan muda menyertai dan menyokong UMNO melalui pelbagai projek serta program yang dirancang.

"Walaupun nampak lembut tapi jiwa kami kental, terutama jika buat kerja, memang bersungguh-sungguh. Kalau kami tak jadi calon, kami tidak kisah dan akan terus bekerja memastikan kemenangan kita pada PRU nanti," katanya.

KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan menggunakan slogan 'You'll Never Walk Alone' (Anda tidak akan berseorangan) untuk merampas empat kerusi Parlimen di sini yang dimenangi pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Ketua Pemuda UMNO Segambut, Baidzawi Salleh Hamdi, berkata menerusi slogan itu, Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan bekerja dalam satu saf walau dalam apa juga keadaan, sama ada susah atau senang untuk membantu pucuk kepemimpinan parti.


"Presiden Parti (Datuk Seri Najib Razak); Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, tidak akan bekerja bersendirian.

"Pemuda UMNO akan membantu dalam apa juga keadaan sama ada susah atau senang," katanya ketika ditemui BH selepas membahaskan Ucapan Dasar Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, sempena Persidangan Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Najib turut meluangkan masa 15 minit untuk mengikuti perjalanan Persidangan Pemuda UMNO.

Mengenai empat kerusi sasaran Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Baidzawi berkata ia meliputi Parlimen Lembah Pantai, Bandar Tun Razak, Wangsa Maju dan Batu.

Katanya, selain Lembah Pantai, pihaknya turut meminta kerusi Bandar Tun Razak ditandingi UMNO atas faktor ramai pengundi Melayu di kawasan berkenaan.

"Dalam pilihan raya lalu, UMNO dan Barisan Nasional (BN) memenangi empat kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan iaitu Putrajaya, Titiwangsa, Setiawangsa dan Labuan. Kita mahu menambah empat lagi kerusi dalam PRU-14," katanya.-Berita Harian

KUALA LUMPUR: DAP adalah "tangan ghaib" yang mengawal pentadbiran kerajaan negeri Selangor biarpun Menteri Besarnya adalah daripada PKR.

Ketua Pemuda UMNO Kuala Langat, Jefrizal Mohd Jaafar, berkata Selangor hari ini berada dalam keadaan yang sangat bergelora dan UMNO harus mengambil kesempatan untuk mengambil alih pemerintahan penuh tipu daya yang mereka lakukan terhadap rakyat.


Katanya, kerajaan negeri Selangor di bawah pentadbiran pakatan pembangkang dimomokkan dengan gelaran "kerajaan Rakyat" selepas mereka menawan negeri itu.

"Namun setelah dua penggal memerintah, terbukti DAP adalah tangan ghaib yang mengawal pentadbiran dan pembangunan di Selangor. (Datuk Seri Mohd) Azmin Ali yang dipilih oleh PAS sebagai calon Menteri Besar tetap dijadikan boneka oleh DAP. Kita ada buktinya.

"Speaker Dewan Undangan Negeri, Hannah Yeoh, daripada DAP telah menolak usul berkenaan memperkasakan mahkamah syariah di Selangor. Orang yang sama juga menolak usul kemurkaan Sultan Selangor terhadap kenyataan (Tun Dr) Mahathir. Apa yang Azmin buat? Ibarat pekak tiada gegendang, ibarat bisu tidak berlidah.

"Bayangkan pandangan DAP seakan 'mengawal' Dewan Undangan Negeri. Memang betul Menteri Besar Selangor daripada PKR tetapi cuba lihat siapa yang menjadi Speaker? Dengan kuasa yang ada pada DAP ini kita boleh melihat bagaimana DAP melayan 'kehendak Melayu dan Islam'," katanya ketika membahaskan ucapan dasar Ketua Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Jefrizal berkata, harga rumah di Selangor juga berkait rapat dengan dasar Kerajaan DAP Selangor yang lebih menguntungkan kapitalis dan sebagai pembawa wadah orang muda, isu rumah bukanlah satu perkara yang perlu dipandang enteng.

Sehubungan itu, katanya, Pemuda UMNO Selangor berhasrat untuk mengembalikan semula kuasa Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), satu badan yang ditubuhkan pada 1 Ogos 1964 di bawah Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor 1964.

"PKNS adalah satu badan yang mampu menyekat pemaju daripada menaikkan harga rumah sesuka hati mereka. Ia sepatutnya menjadi jambatan di antara pemaju dan pembeli.

"Namun sayang seribu kali sayang PKNS kini tidak berfungsi mengikut apa yang sepatutnya dan kerana itu pemuda menekankan supaya kita berjanji kepada rakyat bahawa harga rumah mampu diturunkan di Selangor jika kita mengambil semula Selangor.

"Buktinya kerajaan persekutuan mampu membina rumah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dengan harga yang berpatutan. Belum ambil kira bagaimana Kementerian Wilayah mampu membina rumah transit dan rumah sewa milik. Ini adalah bukti yang menunjukkan kerajaan mampu mengawal harga rumah," katanya.-Berita Harian

Video

[Video][video]

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget