Articles by "Undang-Undang"

1. Latar Belakang

Mengikut Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan, salah satu fungsi SPR adalah untuk mendaftarkan warganegara yang layak sebagai pemilih supaya mereka dapat menyertai proses memilih wakil untuk menyuarakan pendapat mereka dalam Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri.
Urusan pendaftaran ini telah dilaksanakan oleh SPR semenjak ia ditubuhkan tanpa gagal. Urusan yang dahulunya dilakukan secara bermusim iaitu setahun sekali selama antara 21 hingga 42 hari, kini dibuka setiap hari untuk sepanjang tahun sejak 16 Julai 2002.
2. Kenapa Anda Perlu Mendaftar ?
Adalah menjadi hak setiap warga negara yang layak untuk memilih kerajaan untuk memerintah negara melalui pemilihan wakil rakyat untuk mewakili mereka di Dewan Rakyat dan Dewan-dewan Undangan Negeri. Sebelum anda dibenarkan mengundi wakil rakyat pilihan anda dalam pilihan raya umum atau pilihan raya kecil, anda perlulah mendaftarkan nama anda sebagai pemilih. Anda tidak boleh mengundi sekiranya nama anda tidak disenaraikan dalam daftar pemilih.
3. Siapa Boleh Mendaftar ?
Syarat-syarat kelayakan untuk mendaftar sebagai pemilih adalah seperti yang berikut:
(a) seorang warganegara Malaysia;
(b) telah mencapai umur 21 tahun;
(c) bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan; dan
(d) tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuat kuasa.
4. Jenis-Jenis Pendaftaran
SPR menjalankan 2 jenis pendaftaran pemilih iaitu:
(a) Pendaftaran Baru:
  • SPR menerima permohonan warganegara yang memohon untuk mendaftar sebagai pemilih buat pertama kali.
(b) Pendaftaran Tukar Alamat dan Pusat Mengundi:
  • SPR juga menerima permohonan pemilih berdaftar yang memohon untuk mendaftarkan alamat tempat tinggalnya yang baru. Ia dikaitkan dengan pertukaran alamat Pusat Mengundi kerana secara lazimnya, sekiranya seorang pemilih berpindah ke tempat baru, maka, Pusat Mengundinya akan ditetapkan mengikut pendaftaran alamat tempat barunya itu.
5. Jenis-Jenis Pemilih?
Mengikut undang-undang pilihan raya, SPR boleh mendaftarkan 2 jenis pemilih iaitu:
(a) Pemilih Biasa:
  • Pemilih biasa adalah pemilih berdaftar yang perlu hadir untuk mengundi di pusat-pusat mengundi semasa pilihan raya.
(b) Pengundi Tidak Hadir:
  • Pengundi Tidak Hadir atau PTH adalah golongan pemilih yang dinyatakan dalam Peraturan 2, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, iaitu, anggota tentera dan pasangan, anggota perkhidmatan awam yang bertugas di luar negara dan pasangan yang menetap bersamanya serta pelajar sepenuh masa yang menuntut di luar negara dan pasangan yang menetap bersamanya. PTH ini dibenarkan mengundi secara pos.
6. Di Mana Tempat Untuk Mendaftar?
Untuk Pemilih Biasa
Sekiranya anda adalah warganegara yang telah layak tetapi belum mendaftar sebagai pemilih atau seorang pemilih yang ingin mendaftarkan pertukaran alamat pusat mengundi, anda boleh melakukannya di:
(a) pejabat-pejabat SPR
(b) pejabat-pejabat pos berkomputer
(c) wakil-wakil jabatan
(d) wakil-wakil parti politik (daftar baru sahaja);
(e) Pasukan Outreach SPR  *sila rujuk laman web negeri masing-masing http://ppn.spr.gov.my/terengganu
Bagi warganegara yang tidak layak mendaftar sebagai PTH, tetapi berada di luar Negara, anda masih boleh mendaftar sebagai pemilih biasa melalui pejabat-pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luar negara.
Untuk Pemilih Tidak Hadir
Sekiranya anda adalah tergolong dalam golongan yang layak mendaftar sebagai PTH, anda boleh mendaftar di tempat-tempat seperti yang berikut:
(a) Jabatan Rekod dan Pencen (JRP) bagi anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
(b) Pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luar Negara bagi pegawai awam luar negara dan pelajar serta pasangan.
7. Bagaimana Cara Untuk Mendaftar?
Untuk Pemilih Biasa
Untuk mendaftar sebagai pemilih biasa, anda perlu:
(a) datang sendiri ke mana-mana pusat-pusat pendaftaran;
(b) serahkan kad pengenalan anda kepada petugas SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda;
(c) semak borang pendaftaran yang telah diisikan oleh petugas SPR dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul dan mengikut sebagaimana dalam kad pengenalan anda sebelum menurunkan tandatangan;
(d) menurunkan tandatangan anda selepas berpuas hati; dan
(e) dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran, Rang Daftar Pemilih Tambahan nanti.
Untuk Pengundi Tidak Hadir
Anggota Tentera
Pendaftaran PTH dari kalangan ATM dilaksanakan oleh pegawai-pegawai JRP-ATM. Untuk mendaftar sebagai PTH, anda perlu:
(a) menghubungi petugas-petugas SPR yang dilantik dari kalangan pegawai JRP;
(b) serahkan kad pengenalan tentera anda dan MyKAD (untuk pasangan) kepada petugas yang dilantik oleh SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda.
(c) apabila diserahkan kembali borang yang telah diisikan, semak borang pendaftaran yang telah diisikan dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul, sebelum menurunkan tandatangan;
(d) turunkan tandatangan anda selepas berpuas hati; dan;
(e) dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran draf Daftar Pemilih Tambahan.
Nota:
(a) Pusat Mengundi anggota ATM dan pasangan adalah ditetapkan mengikut alamat tempat bertugas anggota ATM tersebut.
(b) Hanya anggota ATM dan pasangannya sahaja yang layak untuk mendaftar sebagai PTH. Anggota keluarga yang lain perlu mendaftar sebagai pemilih biasa dan Pusat Mengundi ditetapkan menggunakan alamat kediaman pemohon (sebagaimana dalam kad pengenalan).
Warganegara Malaysia yang Berada di Luar Negara
Pendaftaran Pemilih Tidak Hadir (PTH) dari kalangan penjawat awam atau pelajar di luar Negara serta pasangan mereka dilaksanakan oleh pegawai-pegawai pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luar negara. Untuk mendaftar sebagai PTH (luar negara), anda perlu:
(a) datang sendiri ke pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luar negara;
(b) serahkan MyKad anda kepada petugas yang dilantik oleh SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda;
(c) nyatakan alamat tempat tinggal di luar Negara anda, pekerjaan anda dan nombor siri borang A kepada petugas untuk diisikan dalam sehelai kertas A4 dan dikepilkan dengan borang pendaftaran anda.
(d) semak borang pendaftaran yang telah diisikan dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul, sebelum menurunkan tandatangan;
(e) turunkan tandatangan anda setelah berpuas hati; dan
(f) dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran .-Rujukan

Salehuddin Saidin
Amalan tular-menular membawa kepincangan jika bahan yang ditular lebih bersifat negatif,impaknya cukup besar kepada masyarakat jika tiada kawalan.

Pengamal undang-undang Datuk Salehuddin Saidin berkata,negara ini mempunyai perundangan khas yang wujud untuk mengawal bahan sebaran atau perkongsian di media sosial.

Katanya,tanpa undang-undang tersebut ,masyarakat akan porak peranda dan saling bermusuhan antara satu sama lain.
"Situasi masa kini jelas memperlihatkan tular menular lebih membawa kesan buruk kerana terlalu banyak bahan palsu bersifat negatif dan membawa keburukan disebarkan dengan mudah di media sosial.

"Undang-undang sedia ada seperti Akta Hasutan 1948,Akta Komunikasi dan Multimedia 1998(Akta 588) dan seksyen 500 Kanun Keseksaan(fitnah jenayah) penting untuk mengawal media sosial,''katanya.

Selain perkongsian berita palsu,terdapat juga segelintir netizen menggunakan media sosial sebagai platform untuk menganiaya,menyebarkan gambar atau bahan rakaman dengan niat memalukan atau memfitnah individu lain.

Salehuddin berpandangan,tindakan tersebut boleh dikategorikan sebagai satu bentuk buli siber yang semakin menjadi-jadi pada masa kini.
Oleh demikian katanya,individu teraniaya perlu ambil tindakan (undang-undang) untuk melindungi diri mereka.
"Berdasarkan pengalaman,saya sendiri pernah jadi mangsa seberan berita tidak sah.Kesannya,saya dan keluarga menanggung buruk sangka,tohmahan dan fitnah orang.

"Kepada individu yang terkesan teruk,jangan teragak-agak mengambil tindakan.Buat laporan polis,kemudian rujuk jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya,''ujarnya.-S2 Utusan Malaysia,Sabtu 18-11-2017

Baru baru ini Ketua Polis Negara ada menyebut mengenai Seksyen 99 Kanun Keseksaan berkaitan hak mem pertahankan diri termasuk kctika dirompak. Minta Datuk pcrjelaskan peruntukan sek syen berkenaan.

Hak bagi mempertahankan diri dari se barang scrangan terhadap tubuhnya sendiri atau tubuh seseorang lain dan harta sendiri atau harta seseorang lain adalah satu hak yang dipelihara dan dilindungi oleh undang un dang khususnya di negara ini.

Namun hak untuk mempertahankan diri dan harta ini tertakluk dan terbatas kepada tahap yang dibenarkan oleh undang-undang.

Undang undang di Malaysia memperun tukkan peruntukan yang jelas dan menye luruh berkaitan dengan hak mempertahan kan diri oleh seseorang individu. Semua pe runtukan berkenaan dikanunkan ke dalam undang-undang jenayah yang dikenali sebagai Kanun Keseksaan (Akta 574).

Perdebatan dan ketidakpuasan hati sese tengah pihak di negara ini berkaitan tindakan pendakwaan oleh pihak berkuasa terhadap mangsa yang melakukan pembunuhan ke rana dikatakan mempertahankan dirinya adalah akibat kurangnya pendedahan rakyat terhadap pengetahuan undang undang ber kaitan hak seseorang individu di dalam hak pertahanan persendirian seperti mana peruntukan undang undang.

Setiap warga negara ini seharusnya di dedahkan kepada asas undang undang me ngenai hak dan tanggungjawab seseorang in dividu dari perspektif undang undang serta had yang dibenarkan agar segala tindak tan duk yang dilakukan oleh seseorang bersan darkan kepada batasan undang undang.

Jika kita kupas peruntukan sedia ada. kita akan dapat melihat bahawa persoalan mengenai hak pertahanan diri ini sememangnya sedia termaktub sejak kewujudan undang undang jenayah di Malaysia.

Seksyen 96 Kanun Keseksaan menyatakan tidaklah menjadi satu kesalahan jika sese­orang melakukan sesuatu perbuatan atau tin dakan di dalam keadaan dia mempertahan kan dirinya sendiri.

Peruntukan ini jelas memberi pengiktirafan terhadap hak untuk mempertahankan diri. Hak pertahanan persendirian ini juga mencakupi hak untuk mempertahankan keselamatan orang lain daripada dicederakan oleh penyerang.

Di samping itu ia juga termasuk hak di dalam mempertahankan harta benda daripada diceroboh dan dirampas secara sa lah.

Ini tercatat di bawah peruntukan Seksyen 97 Kanun Keseksaan. Namun demikian, hak pertahanan persendirian ini tertakluk kepada had dan pengecualian yang diperuntukkan di bawah Seksyen 99 Kanun Keseksaan yang akan dibincangkan selepas ini.

Apakah hak mangsa serangan dalam konteks mempertahankan diri?

Jika diteliti dengan mendalam peruntukan undang undang di dalam Kanun Keseksaan terdapat beberapa situasi dan keadaan yang membolehkan seseorang mangsa serangan menggunakan hak mereka di dalam mem pertahankan diri, antaranya:
i) Apabila sesuatu serangan terhadap mang sa dilakukan yang menyebabkan mangsa se­cara munasabah merasa ketakutan bahawa akibat serangan tersebut boleh mengakibat kan kematian kepadanya sekiranya beliau tidak mempertahankan dirinya.
ii) Apabila sesuatu serangan terhadap mangsa dilakukan yang menyebabkan mang sasecara munasabah merasa ketakutan ba hawa akibat serangan tersebut boleh mendatangkan kecederaan parah kepadanya se kiranya beliau tidak mempertahankan di rinya.
iii) Apabila sesuatu serangan terhadap mangsa dilakukan dengan niat untuk me lakukan rogol terhadap mangsa.
iv) Apabila sesuatu serangan terhadap mangsa dilakukan dengan niat untuk memuaskan nafsu luar tabii orang yang me- nyerang terhadap mangsa.
v) Apabila sesuatu serangan terhadap mangsa dilakukan dengan niat menculik atau melarikan orang.
vi) Apabila sesuatu serangan terhadap mangsa dilakukan dengan niat hendak me ngurung mangsa dengan salah yang menye babkan mangsa secara munasabah merasa takut bahawa dia tidak akan boleh dapat pertolongan daripada pihak berkuasa awam bagi melepaskan dirinya.
Di dalam semua keadaan seperti dinyatakan di atas, sekiranya berlaku kematian terhadap penyerang akibat tindakan mangsa yang ber tindak mempertahankan dirinya ketika di serang maka hak pertahanan persendirian boleh disandarkan sebagai satu pembelaan yang boleh melepaskan mereka dari tuduhan jenayah bunuh.

Ini bermakna undang undang mengiktiraf hak mangsa untuk mempertahankan dirinya apabila berlaku kejadian di dalam situasisi- tuasi seperti yang tersebut di atas.

Persoalan timbul bilakah hak untuk mem pertahankan diri bermula dan berakhir? Ja wapan kepada persoalan ini terdapat di bawah peruntukan Seksyen 102 Kanun Keseksaan.

Hak pertahanan persendirian ini bermula sebaik saja suatu ketakutan munasabah akan bahaya kepada tubuh terbit dari sesuatu percubaan atau ugutan hendak melakukan ke salahan tersebut walaupun kesalahan itu be lum dilakukan.

Manakala hak untuk mempertahankan diri ini akan terus ada selagi ketakutan akan bahaya kepada tubuh itu masih ada atau dengan kata lain selagi keadaan ketakutan akan bahaya yang didatangkan oleh penye rang terhadap mangsa itu masih wujud, maka mangsa masih mempunyai hak untuk mem pertahankan dirinya tertakluk kepada had yang sudah ditetapkan oleh undang un dang.

Perlindungan yang diberikan oleh un dang undang kepada mangsa di dalam se suatu perbuatan atau serangan terhadapnya adalah bagi memastikan perlindungan terhadap diri sendiri dan harta benda sentiasa diutamakan dan diberikan pengiktirafan yang sewajarnya.

Namun di dalam apa apa pemakaian un dang undang, akan ada pengecualian atau had had tertentu yang digariskan oleh undang-undang.

Pendekatan tiada kebebasan atau hak yang diberi oleh undang undang secara menye luruh atau 100 peratus.

Ini adalah bagi memastikan keadilan boleh dikecapi oleh kedua dua pihak yang terbabit di dalam sesuatu perbuatan/kejadian yang membabitkan orang yang menyerang/suspek dan orang yang diserang/mangsa.

Ini adalah disebabkan terdapat kea daan keadaan tertentu tindakan yang diambil oleh mangsa tidak setimpal dengan perbuatan yang dilakukan terhadapnya.

Undang-undang tidak membenarkan seseorang mengambil tindakan atas dasar membalas dendam atau mengambil tindakan undang undang mengikut kehendak diri.

Dalam masa yang sama juga undang-undang tidak membenarkan atau melindungi mangsa yang melakukan perbuatan membalas tindakan yang dilakukan oleh penyerang terhadapnya kerana ini bermakna tindakan membalas perbuatan penyerang tidak menggambarkan mangsa di dalam keadaan berhadapan dengan bahaya kematian atau kecederaan.

Boleh gariskan apakah had dan batasan hak mempertahankan diri?

Antara keadaan yang sudah digariskan oleh undang undang tentang had dan ba tas batas kepada hak mempertahankan diri adalah seperti berikut:

i) Jika sesuatu perbuatan tidak munasabah yang mendatangkan ketakutan mati atau
cedera parah kepada mangsa dilakukan oleh seorang penjawat awam yang menjalankan tugas mereka dengan suci hati atau good faith atas kuasa jawatannya dan fakta mengenai penyerang adalah penjawat awam ini diketahui oleh mangsa, maka pembelaan hak pertahanan persendirian tidak terpakai kepada mangsa.

ii)Seandainya mangsa sempat untuk mendapat perlindungan daripada pihak berkuasa daripada serangan atau perbuatan penyerang maka keadaan ini juga tidak mewajarkan penggunaan hak pertahanan persendirian.

Sebagai contohnya seandainya seseorang mangsa boleh atau sempat mendapatkan bantuan seorang polis apabila beliau merasakan dirinya diserang atau akan diserang maka beliau tidak dibenarkan di bawah undang undang mengambil tindakan secara bersendirian.

iii) Mangsa tidak dibenarkan di bawah undang undang untuk melakukan perbua­tan yang melebihi daripada apa yang di perlukan untuk mempertahankan dirinya. Ini boleh kita lihat dalam keadaan yang mana apabila penyerang berjaya ditawan maka si mangsa tidak boleh terus mendatangkan bencana atau menyerang si penyerang. Ini adalah kerana sudah tiada lagi keperluan untuk mempertahankan diri sendiri apabila si penyerang telah berjaya di­tawan atau ditangkap.

iv) Mangsa tidak dibenarkan di bawah undang undang untuk mendatangkan kerosakan kepada penyerang lebih daripada yang perlu dilakukan. Sebagai contohnya, tindakan mempertahankan diri yang di ambil secara minimum sudah cukup memberhentikan serangan oleh si penyerang terhadap mangsa maka mangsa tidak boleh terus mencederakan si penyerang dengan tindakan yang lebih keras.

Hak pertahanan persendirian bagi mempertahankan harta juga ada diperuntukkan di dalam Kanun Keseksaan yang mana terdapat beberapa kategori kesalahan yang di bolehkan pembelaan pertahanan persen­dirian dibangkitkan oleh mangsa.

Antara kesalahan yang dilakukan oleh penyerang terhadap mangsa yang membolehkan mangsa membangkitkan pertahanan persendirian adalah kesalahan merompak, pecah rumah di waktu malam, khianat dengan api yang dilakukan ke atas tempat kediaman atau tempat simpanan harta seperti rumah, bangunan, khemah dan sebagainya.

Sebagai contohnya apabila mangsa di dalam usaha mempertahankan hartanya bertindak melakukan sesuatu perbuatan yang mengakibatkan kematian kepada penyerang maka hak pertahanan persendirian boleh dibangkitkan sebagai pembelaan kepada mangsa seperti mana hak pertahanan persendirian terhadap diri sendiri.

Namun hak ini tertakluk kepada had se­perti yang diperuntukkan di bawah Seksyen
99 seperti yang telah dibincangkan tadi.

Persoalan mengenai bila hak pertahanan persendirian mengenai harta bermula dan berakhir?

Jawapan kepada persoalan ini terdapat di bawah peruntukan Seksyen 105 Kanun Keseksaan. Hak pertahanan persendirian bagi harta yang dicuri ini bermula sebaik saja suatu ketakutan munasabah akan bahaya kepada harta itu bermula.

Manakala hak untuk mempertahankan diri mengenai harta ini akan terus ada sehingga pertolongan pihak berkuasa awam sampai atau sehirigga harta itu telah didapati balik.

Bagi pertahanan persendirian di dalam perbuatan rompak akan terus ada selagi ketakutan akan kematian serta merta atau cedera serta merta atau halangan diri serta merta masih ada.

Apakah prosedur standard mengikut un dang undang jika didapati seseorang suspek kes pembunuhan boleh didakwa di mah kamah?

Prosedur undang undang berkaitan dengan tuduhan terhadap seseorang yang di­dapati melakukan kesalahan membunuh adalah seperti yang telah diperuntukkan di bawah Kanun Prosedur Jenayah.

Seseorang yang dikatakan melakukan ke salahan membunuh akan disiasat oleh pihak polis dan dalam tempoh siasatan seseorang suspek itu boleh ditahan reman maksimum selama 14 hari atas perintah seorang Majistret.

Setelah selesai penyiasatan, kertas siasatan akan diserahkan kepada pihak Jabatan Peguam Negara untuk keputusan sama ada menuduh atau sebaliknya terhadap suspek yang disiasat tersebut.

Seandainya didapati keterangan mencukupi bagi mendakwa sus­pek maka pendakwaan akan dibuat di mahkamah.

Bagaimanapun seandainya setelah meneliti segala keterangan dan setelah mengambil kira pembelaan oleh suspek termasuklah sekiranya ada pembelaan bagi hak pertahanan persendirian yang kukuh dan berasas maka suspek boleh dilepaskan tanpa sebarang tuduhan. Semua ini bergantung kepada keterangan keterangan yang diperolehi semasa siasatan.

Sekiranya seseorang dituduh membunuh, tetapi mendakwa dia berbuat demikian ke rana mempertahankan diri, di manakah ruang dan masa terbaik untuknya membela diri? Jika tidak mampu mengupah peguam, apa yang perlu dilakukan?

Suspek/tertuduh mempunyai hak untuk mendapatkan perkhidmatan peguam dan boleh membangkitkan pembelaan pertahanan persendirian.

Pembelaan atas dasar hak mempertahan kan diri ini boleh dibangkitkan di peringkat penyiasatan pihak polis atau di peringkat awal perbicaraan iaitu ketika saksi-saki pendakwaan memberikan keterangan se­kiranya tuduhan di mahkamah dibuat.

Ini bermakna tertuduh-boleh di peringkat awal perbicaraan lagi mengutarakan pem belaan hak mempertahankan diri dan mah kamah boleh menimbangkan keterangan pertahanan persendirian ini bagi melepas dan membebaskan tertuduh di peringkat akhir kes pendakwaan tanpa menunggu proses pembelaan di peringkat kes pembelaan dibuat.

Seandainya seseorang tertuduh tidak mampu untuk mendapatkan khidmat se­orang peguam terdapat beberapa pilihan untuk mereka samada mendapatkan perkhidmatan dari pusat bantuan guaman atau memohon dari mahkamah untuk membuat lantikan peguam bagi pihak mereka yang mana segala kos guaman akan ditanggung oleh kerajaan.

-Media Shah Alam

Video

[Video][video]

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget