Berita Rekaan Cetus Kerisauan

Salehuddin Saidin
Amalan tular-menular membawa kepincangan jika bahan yang ditular lebih bersifat negatif,impaknya cukup besar kepada masyarakat jika tiada kawalan.

Pengamal undang-undang Datuk Salehuddin Saidin berkata,negara ini mempunyai perundangan khas yang wujud untuk mengawal bahan sebaran atau perkongsian di media sosial.

Katanya,tanpa undang-undang tersebut ,masyarakat akan porak peranda dan saling bermusuhan antara satu sama lain.
"Situasi masa kini jelas memperlihatkan tular menular lebih membawa kesan buruk kerana terlalu banyak bahan palsu bersifat negatif dan membawa keburukan disebarkan dengan mudah di media sosial.

"Undang-undang sedia ada seperti Akta Hasutan 1948,Akta Komunikasi dan Multimedia 1998(Akta 588) dan seksyen 500 Kanun Keseksaan(fitnah jenayah) penting untuk mengawal media sosial,''katanya.

Selain perkongsian berita palsu,terdapat juga segelintir netizen menggunakan media sosial sebagai platform untuk menganiaya,menyebarkan gambar atau bahan rakaman dengan niat memalukan atau memfitnah individu lain.

Salehuddin berpandangan,tindakan tersebut boleh dikategorikan sebagai satu bentuk buli siber yang semakin menjadi-jadi pada masa kini.
Oleh demikian katanya,individu teraniaya perlu ambil tindakan (undang-undang) untuk melindungi diri mereka.
"Berdasarkan pengalaman,saya sendiri pernah jadi mangsa seberan berita tidak sah.Kesannya,saya dan keluarga menanggung buruk sangka,tohmahan dan fitnah orang.

"Kepada individu yang terkesan teruk,jangan teragak-agak mengambil tindakan.Buat laporan polis,kemudian rujuk jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya,''ujarnya.-S2 Utusan Malaysia,Sabtu 18-11-2017

Post a Comment

Video

[Video][video]
[blogger]

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget