Najib Rasmi Kongres PBS Ke-32

PENAMPANG: Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi tiba di Pusat Kebudayaan Hongkod Koisaan, di sini bagi merasmikan Kongres Parti Bersatu Sabah (PBS) Ke-32.

Perdana Menteri, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), tiba kira-kira jam 11.25 pagi diiringi Ketua Menteri, yang juga Pengerusi BN Sabah, Tan Sri Musa Aman; Presiden PBS, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Timbalan Presiden PBS, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Acara dimulakan dengan ucapan aluan Pairin yang memegang jawatan Presiden sejak penubuhan PBS pada tahun 1985, diikuti amanat Perdana Menteri di hadapan ribuan perwakilan parti berbilang kaum itu.


Kongres PBS kali ini yang bermula semalam, iaitu yang terakhir sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dijangka memberi penekanan terhadap usaha memperkukuhkan parti dan ahlinya di semua peringkat, terutama di akar umbi untuk berdepan pilihan raya.

PBS yang mempunyai kira-kira 130,000 ahli di seluruh negeri ini, ketika ini mempunyai empat kerusi Parlimen dan tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Selain merasmikan Kongres PBS, Perdana Menteri yang dalam lawatan kerja sehari ke Sabah juga dijadual melancarkan Lebuhraya Pan Borneo Pakej 6 di Padang Majlis Daerah Putatan, pada jam 2 petang ini.

Perdana Menteri turut dijadual meninjau projek Pan Borneo Pakej 5 di Jambatan Simpudu, Papar, pada jam 4.30 petang, diikuti lawatan ke sekolah daif iaitu projek membina bilik darjah baharu Sekolah Kebangsaan (SK) Tanaki, Papar.-Berita Harian

Post a Comment

Video

[Video][video]
[blogger]

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget