Malaysia Terima RM6.7 Bilion Pelaburan Industri Bioteknologi

KUALA LUMPUR: Malaysia menerima pelaburan sebanyak RM6.7 bilion daripada 340 syarikat bioteknologi yang diselaraskan Bioeconomy Corporation, setakat ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, berkata daripada jumlah itu, RM4.6 bilion atau 69 peratus adalah pelaburan langsung asing (FDI).

Katanya, Syarikat Biocon Ltd dari India yang terbabit dalam pembangunan dan pembuatan produk biofarmaseutikal antara contoh pelaburan asing yang beroperasi sepenuhnya sejak 2016 di Bio-XCell Malaysia di Nusajaya, Johor Bahru.

Beliau berkata, antara inisiatif dilaksanakan adalah penawaran persekitaran kondusif untuk syarikat asing menempatkan kilang mereka berasaskan pembuatan dan perindustrian bio di Bio-XCell Malaysia.

"Model perniagaan dijalankan di Bio-XCell Malaysia adalah melalui kaedah pembinaan dan penjualan kilang serta penyewaan tapak dengan tawaran penggunaan seperti Central Utilities Facilities (CUF), X-Sentral untuk makmal dan perniagaan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini ketika menjawab soalan Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim (BN-Kuala Selangor).

Dalam pada itu, Madius berkata, fokus MOSTI bagi strategi jangka panjang adalah terus menggalakkan pembabitan syarikat tempatan dalam industri bioteknologi.

Ia, katanya, bagi memastikan pembangunan industri yang lestari dengan menyasarkan 20 syarikat BioNexus berstatus global.

"Pada masa ini, sebanyak 11 syarikat berstatus BioNexus mencapai status global dan menjadi perintis dalam mengukuhkan lagi daya saing industri tempatan dalam pembangunan teknologi dan inovasi antarabangsa," katanya.-Berita Harian

Post a Comment

Video

[Video][video]
[blogger]

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget