Kedudukan Terikini Matawang, Harga Minyak Dan Emas Masih Jatuh Dalam Sesi Dagangan Eropah

Forex – Matawang Australia dan New Zealand mengukuh dalam sesi dagangan Eropah. AUD mengukuh sedikit sebanyak 0.04% kepada 0.7567 berbanding U.S dolar manakala NZD mengukuh berbanding U.S dolar sebanyak 0.25% kepada 0.6856 setakat jam 04.45 petang.

Pengukuhan ini didorong oleh faktor berikut:

Penyusutan U.S dolar berikutan ketidakpastian terhadap isu reformasi cukai. Namun The House telah bersetuju dengan reformasi cukai. Hal ini akan menyebabkan pengurangan cukai korporat dan individu pada tahun 2018. Pelabur kini menanti keputusan undian pembuat dasar Senat yang akan dilaksanakan nanti.
Kekhuatiran pelabur terhadap siasatan campur tangan Russia terhadap pilihan raya 2016 yang telah berlaku.

Matawang Euro menyusut sebanyak 0.41% kepada 1.1774. GBP/USD juga mengukuh sebanyak 0.26% kepada 1.3247 setakat jam 04.45 petang.

Penyusutan euro disebabkan pemimpin tertinggi Jerman Chancellor Angela Merkel gagal untuk membentuk gabungan tiga parti bagi membentuk kerajaan. Ini telah mencetuskan ketidaktentuan (uncertainty) politik dalam ekonomi terbesar Zon-Eropah.
Sila baca lebih lanjut disini: https://moshed.com/politik-jerman-ini-sebab-kejatuhan-matawang-euro-awal-pagi-tadi/

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain meyusut keparas 93.62 setakat jam 04.45 petang.

Kejatuhan ini masih dipegaruhi oleh sentimen isu pelan reformasi cukai.

Minyak

Harga minyak terus menunjukkan kejatuhan dalam sesi dagagan Eropah.

Minyak mentah WTI (West Texas Intermediate) bagi kontak penghantaran Disember jatuh sebanyak 0.09% kepada $56.66. Harga semasa kini melepasi paras tertinggi dua tahun lalu iaitu di $56.24 setong.

Minyak Brent pula yang didagang ICE Future Exchange di London jatuh sebanyak 0.26% kepada $62.56 setong setakat jam 04.45 petang. Harga kini tersasar daripada harga tertinggi 2 setengah tahun lalu iaitu pada $64.65 setong.

Kejatuhan harga disebabkan beberapa faktor :

Pedagang mengurangkan pelaburan dalam pasaran hadapan kerana kekuatiran terhadap pasaran.
OPEC dan non-OPEC juga dijangka akan memutuskan pelanjutan pemotongan pada 30 November dalam usaha untuk menolak harga ke paras yang lebih stabil. Pelanjutan pemotongan pengeluaran minyak itu masih menjadi tanda tanya.

Menurut penganalisis OPEC dijangka akan melanjutkan pemotongan pengeluaran minyak kerana inventori minyak masih lagi tinggi walaupun terdapat kesangsian beberapa ahli keberatan untuk melanjutkan perjanjian tersebut.

Pada ketika ini tumpuan pasaran tertumpu pada perjanjian OPEC dan non-OPEC.

Emas

Harga emas jatuh dalam sesi dagangan Eropah pada hari Isnin.

Pasaran hadapan emas bagi bulan Disember di Comex NYMEX jatuh sebanyak 0.31% kepada $1,292.43 per auns setakat jam 04.45 petang.

Harga emas mencapai peningkatan 1.8% pada minggu lepas berikutan kesangsian pelabur terhadap peresetujuan Republikan terhadap reformasi cukai tersebut.

Kejatuhan ini berikutan pengukuhan U.S dolar sebelum mengalami penyusutan. The House telah bersetuju dengan reformasi cukai. Hal ini akan menyebabkan pengurangan cukai korporat dan individu pada tahun 2018. Pelabur kini khuatir dan menanti keputusan undian pembuat dasar senat yang akan dilaksanakan nanti.

Tumpuan pasaran kini pada isu reformasi cukai dan ucapan Janet Yellen pada minggu ini.

Post a Comment

Video

[Video][video]
[blogger]

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget