Kegagalan Selesai Isu Dalaman Punca Pendaftaran PH Terbantut

PUTRAJAYA: Kegagalan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan DAP menyelesaikan isu dalaman bagi mematuhi prosedur ditetapkan Pendaftar Pertubuhan (ROS) menjadi punca pendaftaran Pakatan Harapan terbantut.

Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata itu penjelasan yang diterima daripada Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Alwi Ibrahim, dalam pertemuan di pejabatnya di sini, sebentar tadi.

Beliau, yang datang bersama empat wakil kepemimpinan kanan Pakatan Harapan, turut menyuarakan rasa kecewa kerana tidak dapat menemui Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Menteri Dalam Negeri, bagi membincangkan isu pendaftaran Pakatan Harapan.

Dr Mahathir dilihat memasuki bangunan KDN bersama Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Pengerusi DAP, Tan Kok Wai; Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu pada jam 10.50 pagi tadi sebelum keluar kira-kira 45 minit kemudian.-Berita Harian

Post a Comment

Video

[Video][video]
[blogger]

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget