Articles by "Pendidikan"



Kurang 24 jam sebelum perhimpunan untuk mendesak supaya tangkap individu yang digelar Malaysian Official 1 (MO1) berlangsung di ibu negara, sehingga kini tidak ada lagi pemimpin pembangkang yang membuat kenyataan bahawa parti mereka akan menyertai program berkenaan.

Mereka sudah gagal sebelum berdemo lagi. Minggu lepas kempen hashtag #tangkapMO1 di Twitter tidak menjadi. Rakyat lebih suka layan cerita sukan.

Di Twitter, hingga hari ini, kurang 24 jam dari acara demo, sambutannya amatlah teruk sekali. Hanya macai macai pembangkang sahaja yang layan demo ini.

Pemimpin Parti PAN, PKR dan DAP sehingga kini masih membisu adakah pihak mereka akan menyertai perhimpunan berkenaan yang dirancang diadakan di Dataran Merdeka.

Bolehlah dikatakan pemimpin pembangkang nampaknya memboikot penganjuran perhimpunan ini dan mereka berasa bahawa ia tidak akan dapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran yang ramai.

Perhimpunan ini dianjurkan oleh sekumpulan anak muda yang anti-kerajaan yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Gabungan #TangkapMO1" dengan jurucakap penganjurnya ialah Anis Syafiqah Md Yusof.

Biasanya, dalam perhimpunan sebegini, DAP merupakan antara parti yang paling kuat dan begitu teruja untuk sama-sama hadir dan menyertainya tetapi mereka juga masih membisu sampai ke hari ini.

Siri siri demo pembangkang sudah gagal sejak PAS bukan lagi berada dalam pakatan tersebut.

Selain itu, para pemimpin pembangkang dalam Pakatan Harapan juga masih belum membuat kenyataan rasmi adakah mereka akan menghadiri perhimpunan itu atau sebaliknya.

Biasanya, para pemimpin ini membuat pemerhatian akan sambutan kehadiran peserta sebelum membuat keputusan akan hadir.

Difahamkan, pihak penganjur sendiri tidak berani meletakkan jumlah sasaran kehadiran dalam himpunan itu menjangkakan kira-kira 1,500 orang yang akan hadir.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri pun masih belum membuat keputusan akan hadir pada perhimpunan itu seperti yang beliau lakukan pada perhimpunan Bersih 4 apabila hadir ke lokasi himpunan pada saat-saat akhir.

Akibat terdesak mencari peserta, pihak penganjur terpaksa menganjurkan beberapa siri ceramah beberapa hari sebelum program untuk menghasut orang ramai supaya hadir ke perhimpunan itu yang dijadualkan bermula pukul 2 petang.

Para peserta dijangkakan akan berkumpul di Padang Merbok dan kemudian akan berarak ke Dataran Merdeka.

Difahamkan, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak memberikan kebenaran penganjur untuk mengadakan perhimpunan itu di Dataran Merdeka.

Disebabkan itulah esok lokasi demo bertukar ke Padang Merbok.

Tulisan :
Beruang Biru
BB21, Jumaat
26 Ogos 2016

GERAKAN mengulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir bukan lagi rahsia. Malah isu yang dibangkitkan oleh Department of Justice Amerika Syarikat (DoJ) adalah susulan dari permintaan pembangkang sendiri dengan menjemput campur tangan asing ke dalam sistem politik negara.

Dalam meneruskan gerakan pemberontakan tersebut maka satu himpinan haram akan diadakan sebentar lagi oleh Persatuan Mahasiswa Melayu Malaysia yang didalangi pembangkang.

Bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mengesahkan Mahathir akan menyertai himpunan haram tersebut. Menurut beliau, Persatuan Mahasiswa Melayu Malaysia telah menjemput Mahathir ke Dataran Merdeka pada sebelah petang. Namun kenyataannya kita tahu mungkin Mahathir yang mengerakkan himpunan haram itu.

Setakat ini , PAS belum mengesahkan penyertaan pada himpunan itu walaupun rata-rata parti pembangkang di negara ini menyokongnya.

Pihak penganjur acara tersebut mengesahkan perhimpunan itu akan diteruskan seperti yang dirancang walaupun Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak membenarkan perhimpunan tersebut diadakan di Dataran Merdeka ekoran penganjur tidak mendapat kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Dengan kata lain, ini merupakan perhimpunan haram.

Tulisan :
Beruang Biru
BB24, Sabtu
27 Ogos 2016

Angka 450,000 orang yang hadir di Dataran Merdeka untuk meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia 2016 semalam adalah bukti majoriti rakyat yang senyap menolak gerakan politik jahat mengadakan demonstrasi haram.

Walaupun keadaan lalu lintas sesak dengan orang ramai, namun rakyat Malaysia yang hadir ke perbarisan dan perarakan itu adalah rakyat yang mahu menunjukkan bukti bahawa mereka sayangkan keamanan dan kestabilan yang dimiliki negara ini sekarang.

Kumpulan majoriti rakyat ini tidak perlu bersuara di laman sosial menzahirkan rasa mereka sebaliknya mereka terus hadir beramai-ramai ke dataran bersejarah negara itu bagi sama-sama menyambut kemerdekaan kali ke-59 sejak 31 Ogos 1957.

Hanya ada kumpulan kecil sahaja yang datang menyertai demo haram seperti Bersih, Reformasi, Bantah GST dan yang terbaru #TangkapMO1 yang semuanya diadakan di Dataran Merdeka.

Himpunan Bersih pada setiap edisi bermula dari yang pertama hingga Bersih 4, sasaran yang ditetapkan mereka tidak pernah tercapai sebaliknya yang datang hanya segelintir sahaja untuk berseronok-seronok sama-sama melaungkan slogan anti-kerajaan.

Pada Bersih 4 yang diadakan selama berhari-hari, jumlah yang datang cuma 20,000 orang sahaja berbanding jumlah yang disasarkan iaitu 500,000 orang.

Kehadiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga tidak dapat membuatkan angka berkenaan meningkat pada Bersih 4 dan juga demo anti GST pada April 2016.

Sebab itu Mahathir yang pada mulanya berjanji hendak datang pada demo #TangkapMO1 tidak jadi datang dan lari ke Langkawi.

Paling menyedihkan ialah demo haram #TangkapMO1 yang dianjurkan oleh sekumpulan kecil mahasiswa apabila cuma dihadiri kira-kira 1,000 orang sahaja berbanding sasaran 10,000 orang.

Semalam, rakyat yang betul-betul cintakan negara dan kemerdekaannya hadir untuk memberikan sokongan tanda solidariti kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang ikhlas mentadbir negara ini dengan penuh integriti dan komitmen.

Segala apa yang dilakukan kerajaan, dimaklumkan kepada rakyat perkembangan bersama dengan fakta pencapaian untuk membolehkan rakyat tahu pada tahap mana pembangunan negara pada masa ini.

Berbanding perhimpunan haram yang hanya diadakan untuk menyusahkan rakyat lain yang menggunakan jalan raya dan hanya tahu menghasut untuk menaikkan kemarahan rakyat dengan menuduh kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan bermacam-macam dakwaan.

Tulisan :
Beruang Biru
BB29, Khamis
1 September 2016

KUALA LUMPUR 4 Jan. - Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengharumkan nama negara apabila berjaya menamatkan Kejohanan Debat Universiti Dunia (WUDC) 2016/2017 dalam lapan kelompok terbaik kategori terbuka sekali gus menjadi universiti pertama dari Malaysia yang mara sehingga ke separuh akhir.

UiTM yang diwakili dua pendebat daripada Fakulti Undang-Undang, Mohd. Mifzal Mohd. Murshid Kieron dan Jasmine Ho Abdullah yang mengungguli pusingan awal mengejutkan ramai pihak di peringkat suku akhir apabila mengenepikan saingan dari universiti-universiti ternama dunia seperti Harvard dan Cambridge sebelum tewas di peringkat separuh akhir.

Mohd. Mifzal turut mendapat pengiktirafan apabila muncul sebagai pendebat keempat terbaik dalam kategori terbuka manakala Jasmine berada di tempat kesembilan.

Sementara itu, Universiti Malaya dan Asia Pacific University berjaya ke peringkat akhir dalam kategori Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (ESL), namun terpaksa akur dengan kehebatan Universiti Tel Aviv yang bergelar juara bagi kategori tersebut.

Kategori itu juga menyaksikan pendebat dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Ameera Natasha Moore dinobatkan sebagai pendebat terbaik ESL diikuti rakan-rakannya, Sara Abdul Rahim yang diiktiraf selaku pendebat kedua terbaik, Mubarrat Wassey di tempat ketiga dan Syarif Fakhri di tempat ketujuh.

Taylors University tidak ke­tinggalan apabila menerima Anugerah Alfred Tuna Snider bagi memberi pengiktirafan kepada universiti yang menyerlah walaupun baru pertama kali menyertai kejohanan tersebut.

Kejohanan debat paling berprestij sejak 1981 itu berlangsung di Belanda pada edisi kali ini dan disertai lebih 350 persatuan debat universiti dari seluruh dunia.
- Utusan Online

Video

[Video][video]

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget