450,000 Hadir Di Dataran Merdeka Bukti Rakyat Tolak Demo Haram

Angka 450,000 orang yang hadir di Dataran Merdeka untuk meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia 2016 semalam adalah bukti majoriti rakyat yang senyap menolak gerakan politik jahat mengadakan demonstrasi haram.

Walaupun keadaan lalu lintas sesak dengan orang ramai, namun rakyat Malaysia yang hadir ke perbarisan dan perarakan itu adalah rakyat yang mahu menunjukkan bukti bahawa mereka sayangkan keamanan dan kestabilan yang dimiliki negara ini sekarang.

Kumpulan majoriti rakyat ini tidak perlu bersuara di laman sosial menzahirkan rasa mereka sebaliknya mereka terus hadir beramai-ramai ke dataran bersejarah negara itu bagi sama-sama menyambut kemerdekaan kali ke-59 sejak 31 Ogos 1957.

Hanya ada kumpulan kecil sahaja yang datang menyertai demo haram seperti Bersih, Reformasi, Bantah GST dan yang terbaru #TangkapMO1 yang semuanya diadakan di Dataran Merdeka.

Himpunan Bersih pada setiap edisi bermula dari yang pertama hingga Bersih 4, sasaran yang ditetapkan mereka tidak pernah tercapai sebaliknya yang datang hanya segelintir sahaja untuk berseronok-seronok sama-sama melaungkan slogan anti-kerajaan.

Pada Bersih 4 yang diadakan selama berhari-hari, jumlah yang datang cuma 20,000 orang sahaja berbanding jumlah yang disasarkan iaitu 500,000 orang.

Kehadiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga tidak dapat membuatkan angka berkenaan meningkat pada Bersih 4 dan juga demo anti GST pada April 2016.

Sebab itu Mahathir yang pada mulanya berjanji hendak datang pada demo #TangkapMO1 tidak jadi datang dan lari ke Langkawi.

Paling menyedihkan ialah demo haram #TangkapMO1 yang dianjurkan oleh sekumpulan kecil mahasiswa apabila cuma dihadiri kira-kira 1,000 orang sahaja berbanding sasaran 10,000 orang.

Semalam, rakyat yang betul-betul cintakan negara dan kemerdekaannya hadir untuk memberikan sokongan tanda solidariti kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang ikhlas mentadbir negara ini dengan penuh integriti dan komitmen.

Segala apa yang dilakukan kerajaan, dimaklumkan kepada rakyat perkembangan bersama dengan fakta pencapaian untuk membolehkan rakyat tahu pada tahap mana pembangunan negara pada masa ini.

Berbanding perhimpunan haram yang hanya diadakan untuk menyusahkan rakyat lain yang menggunakan jalan raya dan hanya tahu menghasut untuk menaikkan kemarahan rakyat dengan menuduh kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan bermacam-macam dakwaan.

Tulisan :
Beruang Biru
BB29, Khamis
1 September 2016

Post a Comment

Video

[Video][video]
[blogger]

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget