Ketika berlansungnya himpunan pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia, satu perkara yang sangat jelas tetapi tidak disedari oleh ramai pihak adalah paksi kuasa itu seolah olah dimiliki oleh Pengerusinya Tun Mahathir Muhamad.
Stuktur sebuah parti seperti Pribumi di mana Pengerusinya yang berkuasa menentukan apa apa yang boleh dilakukan.
Oleh itu jawatan Presiden Parti Pribumi hanya lah “puppet” kepada Pengerusi. Apakah sebenarnya fungsi dan peranan Presiden dan Pengerusi PPBM dalam perlembagaan partinya?
Tambah lagi ketika berucap , bukan sahaja Tun Mahathir berlagak sebagai Pengerusi menjadi ketua kepada parti Pribumi bahkan kepada seluruh Pakatan Harapan.
Mahathir buat kenyataan untuk melaksanakan itu dan ini seolah olah dia sudah berkuasa kepada seluruh Pakatan Harapan.
Mungkin ahli Pribumi lebih tahu betapa “kartun” nya parti mereka apabila sebaik sahaja Presiden bangkit berucap, mereka malayaninya sebagai tiada nilai dengan hampir separuh dari mereka bangkit dan keluar dari stadium.
Ini menampakkan ahli ahli PPBM sebagai amat tahu bahawa Presiden tiada kuasa dan tidak mampu tentukan apa apa.
Presiden berucap 54 minit, Pengerusi bercakap 1 jam 10 minit. Anak pengerusi berucap masa orang ramai. Bila Presiden berucap, dewan dah kosong. Apa maknanya itu?
Maknanya Presiden dah kena "hijacked" dengan Pengerusi. Mana ada Pengerusi parti cakap lama dalam perhimpunan parti lain di Malaysia ini. Hanya ada dalam parti bunga dan DAP sahaja.
Selain dari melihatkan betapa Presiden dalam parti bunga tiada kuasa dan tiada nilai, insiden ini juga menunjuk kan bahawa apa yang dilaungkan oleh Mahathir selama ini sudah mula digerakkan.
“Council of Elders” yang mahu diwujudkan oleh Mahathir telah menampakkan bahawa dia adalah salah seorang darinya, dan berkemungkinan Lim Kit Siang akan menjadi salah seorang sekutunya.
Jika COE ini berjaya diwujudkan, maka bolehlah dianggap Presiden parti dalam Pakatan Harapan sudah bertaraf bangsat dan hanya menjadi “barua” kepada Tun Mahathir sahaja.
Selain dari itu jika Tun Mahathir tidak bertanding tetapi memegang kuasa COE , boleh juga dikira sebagai demokrasi sudah mati , kerana orang tidak perlu bertanding menguasai orang yang perlu bertanding.
Ini juga menampakkan tabiat lama Tun Mahathir yang amat suka menggunakan orang lain untuk kepentingan dirinya.
Jika apa apa keburukkan terjadi nanti, maka Perdana Menteri dan mereka yang bertanding yang akan dipersalahkan dan menjawab kepada rakyat.
Sedangkan COE yang menentukan apa PM boleh dan tidak boleh buat tidak perlu bertanggungjawab. Dulu Mahathir kutuk Kuan Yew bila jadi Menteri Mentor Singapura, sekarang kutukan itu kembali padanya.
Mahathir mungkin mahu anak Kuan Yew melihat dendamnya terbalas. Menjadikan Mukhriz sebagai PM dan Mahathir sebagai Menteri Mentor untuk meniru apa yang dibuat Kuan Yew di Singapura.
Maka itulah nama dia bodoh teramat kepada sesiapa yang menyokong Tun Mahathir kerana Mahathir hanya mahu capai cita cita peribadi dan misi keluarganya sahaja.
Jika ketika ini pun kedudukan Presiden dalam parti Pribumi sudah mengelirukan , kerana Tun Mahathir yang berkuasa menjadikan Presiden hanya “puppet”.
Maka kecamukan ini bakal terjadi dalam Pakatan Harapan + PPBM nanti sebelum berlakunya Pilihanraya.
Kemana sahaja Mahathir ada bakal wujud juga perpecahan, kerana Mahathir hanya tahu kehendaknya sahaja yang dilayan.
Pada malam himpunan pelancaran parti Pribumi telah menampakkan betapa besarnya malu Muhyiddin Yassin dimana ahli ahli PPBM bangun dan balik ketika dia mahu bercakap.
Ahli ahli PPBM seolah olah tahu Muhyiddin tidak berkuasa. Muhyiddin hanya alat Tun Mahathir sahaja, dan apa apa yang dia hendak cakap tidak laku kerana Tun Mahathir sahaja yang berkuasa.
Inilah yang dikatakan malang nasib Muhyiddin. b
Bagasi yang dipikulnya membuatkan dia terikat di bawah Mahathir.
Inikah yang dimahukan oleh Muhyiddin selepas keluar dari UMNO?
Muhyiddin tahu dia tidak dapat menjadi Perdana Menteri selagi Najib bertambah kukuh dalam UMNO, tambah lagi umurnya lebih tua dari Najib.
Maka dia berjudi dengan nasib dengan menjangkakan jika menyokong Tun Mahathir dengan isu isu persepsi, maka Najib akan tumbang, tetapi yang nyata Muhyiddin yang tumbang dari UMNO.
Kedudukan semakin jelas, Muhyiddin akan disingkirkan bila tiba masa kerana dalam jiwa raga Mahathir hanya ada Mukhriz sahaja.
Pelan untuk menjadikan Muhyiddin Perdana Menteri Transit hanya berlaku jika Najib tumbang satu setengah tahun lalu sahaja. Namun pelan itu tidak menjadi dan akibat Mahathir kesuntukan masa maka tiada ruang untuk Perdana Menteri transit bahkan terus sahaja lantik Mukhirz.
Persoalan besar adalah , siapakah sebenarnya yang berkuasa didalam sesebuah parti?
Presiden atau Pengerusi?
Didalam parti Pribumi jelas terlihat Mahathir “over rule” semua pihak dan dia yang berlagak sebagai paling berkuasa.
Maka apa hala tuju parti yang struktur kuasanya carca marba dan tidak jelas.
Adakah diktatorship akan berlaku dalam Pribumi?
Ahli Pribumi berhutang jawab kepada rakyat, siapa sebenarnya yang berkuasa? Yang berjawatan Pengerusi atau yang berjawatan Presiden?
Tulisan :
Beruang Biru
BB231, Isnin
16 Januari 2017
Post a Comment