Meskipun negara China berpegang kepada prinsip tidak campur tangan, namun dek kerana kebodohan pembangkang negara ini, terpaksalah juga mereka bersuara.
Ini susulan kenyataan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa orang Melayu dan Cina tak mengalukan kedatangan pelabur dari China. Katanya, mereka bimbang periuk nasi terancam.
Kekecewaan negara kuasa besar dunia itu terhadap kenyataan 'bodoh' Muhyiddin disuarakan oleh Kedutaan China di Malaysia tanpa menamakan bekas Timbalan Perdana Menteri berkenaan.
Jurucakap kedutaan China terpaksa mengeluarkan bidasan berkenaan untuk menekankan hubungan erat antara kedua-dua negara serta menggalakkan pelaburan China di Malaysia.
Mungkin Muhyiddin cemburu terhadap keupayaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mampu menarik masuk pelaburan sebanyak RM144 bilion dalam hanya sekali lawatan sahaja. Ini tak mustahil, semakin banyak dan besar pelaburan mampu di bawa masuk untuk manfaat rakyat negara kita jika hubungan baik ini berterusan dari semasa ke semasa.
Ahli Parlimen Pagoh itu juga seolah-olah sengaja 'pekakkan telinga dan butakan mata' apabila tidak pula pertikaikan pelaburan pembinaan Menara Berkembar Petronas atau KLCC.
Jika ikhlas Muhyiddin mempertikaikan soal pelaburan asing, beliau juga harus menyerang tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad samasa mendirikan KLCC di sebuah tapak ladang kuda milik kroni sendiri.
Adakah Muhyiddin tidak tahu yang mana arkitek, jurutera dan kontraktor membina KLCC itu semuanya dari pelabur asing? Bukan itu sahaja, sehingga menara berkembar itu telah siap pun, dimana letaknya anak Melayu?
Jika kita pergi ke KLCC, amat-amat sukar untuk kita jumpa premis anak Melayu di bangunan yang amat Mahathir banggakan itu. Tidak sama macam MRT, yang mana Dato Seri Najib telah umumkan bahawa 50% ruang niaganya adalah untuk bumiputera.
Muhyiddin juga tidak mengetahui statistik bahawa pada tahun 2016, Malaysia di tangga ke ke 7 di dunia negara yang paling ramai dilawati pelancong. Sejumlah 12.02 juta orang telah melawat Malaysia.
Pelancong dari negara China sahaja sejumlah 2.2 juta orang pada tahun 2016. Dianggarkan seorang pelancong China ini berbelanja sebanyak RM3,500 sekali lawatan ke Malaysia atau secara purata RM500 sehari.
Perbelajaan yang dibuat oleh pelancong pelancong dari negara China ini jelas menunjukkan bahawa mereka suka membeli belah di Malaysia. Lebih 50 peratus perbelanjaan itu dihabiskan untuk beli belah.
Jadi tidak benarlah tuduhan Muhyiddin bahawa orang dari China curi periuk nasi orang tempatan. Pelabur dan pelancong dari China membantu memakmurkan lagi ekonomi rakyat tempatan.
Tuduhan Muhyiddin bahawa
“China robs rice bowls of locals” adalah tidak masuk akal. Akhbar Sin Chew melaporkan Muhyiddin membuat kenyataan itu dalam akhbarnya pada 10 Januari 2017.
Muhyddin berbelanja RM2 juta bercuti di luar negara itu ambil hasil dari periuk mana? Kalau bukan dari periuk UMNO. Hari ini menjadi petualang menentang apa sahaja yang baik dari kerajaan termasuklah BR1M dan sumbangan jemaah haji 1MDB.
Tuduhan Muhyiddin mengenai negara dijual pada China tidak benar. Dakwaan itu hanya bersifat imaginasi dari seorang yang kecewa dalam parti.
Tulisan :
Beruang Biru
BB226, Khamis
12 Januari 2017
Post a Comment