Seorang ustaz ada menyatakan sama ada seseorang hamba itu mendapat haji mabrur atau tidak, hanya Allah sahaja yang tahu dan berhak menganugerahkannya. Namun kata ustaz itu lagi, terdapat juga petunjuk secara kasar untuk mengetahui seseorang itu telah mendapat haji mabrur atau tidak.
Antaranya ialah berdasarkan kepada kelakuannya, ibadat dan keperibadiannya. Ia akan menjadi lebih baik selepas menunaikan haji.
Itu tandanya untuk manusia menghidu sedikit petanda sama ada dia telah mendapat haji mabrur atau tidak, namun itu hanya penilaian dari sisi manusia sahaja, bukannya dari penilaian Allah.
Pada zaman Nabi Muhamad ada juga yang dapat haji mabrur walau pun insan itu tidak pergi mengerjakan haji pada tahun itu walaupun sudah membuat persiapan untuk mengerjakan haji. Ini kerana ibunya sakit lalu dia tidak dapat pergi menunaikan haji.
Kisah ini diberitahu oleh Rasullulah SAW kepada Umar RA.
Tapi peliknya, di Malaysia, hanya sebab dendam politik dan kehendak peribadi tidak terlunas, maka individu seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengeluarkan `fatwa' dan mengandaikan bahawa mereka yang mengerjakan haji di bawah Program Haji Yayasan 1MDB tidak mendapat haji mabrur.
Persoalan pertama, bagaimana beliau boleh menafsirkan kerja Allah dan kedua jika beliau boleh mentafsir haji itu tidak mabrur, bolehkah beliau memberitahu kita, siapa pula yang mendapat haji yang mabrur? Bagaimana pula hendak mengetahuinya?
Akibat keceluparan mulut kerana dendam politik beliau, ramai jemaah haji yang mengikuti program haji Perdana Menteri di bawah Yayasan 1MDB berasa kecil hati dan tersentuh jiwa mereka.
Atas sebab yang sama juga, ramai yang membidas dan mengkritik tindakan Tun Mahathir ini hingga ke tahap ada yang mengungkit sama ada haji yang dilakukan oleh beliau dan anaknya, Mukhriz Mahathir mendapat haji mabrur atau tidak.
Mereka mempersoalkan mabrurkah haji seseorang yang bergelumang dengan saudagar judi, arak dan juga banyak skandal kewangan di zamannya tanpa ada siasatan. Selain itu, Mukhriz juga menjadi subjek kepada persoalan haji mabrur atau tidak.
Mereka melihat berdasarkan kepada gambar yang menunjukkan bagaimana anak-anak Mukhriz, iaitu seorang yang berstatus Haji, bebas berpakaian ala kebaratan dan mengamal budaya barat dalam menyambut hari halloween serta majlis tidak islamik.
Selain itu, ia juga dilihat kepada tindakan Mukhriz yang membuat tuduhan liar kepada Datuk Seri Najib Tun Razak tanpa sekali pun mengemukakan bukti. Menuduh tanpa diiringi bukti adalah fitnah yang nyata.
Setiap kali ada ceramah atau majlis berkaitan politik, Mukhriz tidak pernah melepaskan peluang mengkritik Najib dengan kisah 1MDB dan derma RM2.6 bilion. Ia diulang seperti rekod buruk yang rosak.
Ini nyata sekali bukan lagak seorang “Tuan Haji” yang mabrur. Dan jika kita terlihat Mukhriz dicemuh di media sosial, kita hanya perlu katakan, itulah pulangan modal kepada apa yang dilaburkan sahaja.
Jika Tun Mahathir menyatakan Haji jemaah Yayasan 1MDB tidak mabrur, maka eloklah bakal-bakal jemaah haji atau jemaah haji bertanya kepada Mukhriz, cara-cara untuk mendapat haji yang mabrur.
Tulisan
Beruang Biru
BB212, Rabu
4 Januari 2017
Post a Comment