Sesetengah pihak dilihat cuba mengambil kesempatan atas kekhilafan isu statistik kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bahawa operasi dalam talian yang pro kerajaan hanya mewakili 6.6 peratus atau nisbah satu kepada 15.
Pembangkang pimpinan DAP sudah tentu tidak akan melepaskan peluang ini untuk melaga-lagakan Zahid dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan menanam benih keraguan dikalangan penyokong agar ianya bercambah menjadi persengketaan yang bakal merosakkan Barisan Nasional.
Namun bagi mereka yang dapat berfikir dengan waras, sudah tentu dapat meneka tindakan provokasi pembangkang yang diketuai DAP ini.
Najib merupakan pemimpin yang mesra rakyat dan tidak suka mencari "pasal" atau pun mencari "gaduh" dengan mana-mana pihak. Beliau merupakan seorang pemimpin yang amat fokus dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang dipikul.
Pemimpin yang berwibawa seperti Najib hanya bertindak tegas apabila beliau diasak dan dianiaya dengan terlalu melampau sebagaimana yang dilakukan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir yang menabur fitnah serta melakukan pemberontakan dengan bersekutu dengan pembangkang dan media antarabangsa untuk mengulingkan beliau sebagai Perdana Menteri.
Berbalik kepada pembangkang yang cuba melaga-lagakan Najib dan Zahid, mereka mengadun isu 6.6% dengan isu Parlimen Bagan Datuk.
Kononnya "orang-orang Najib" cuba menjatuhkan Zahid di Bagan Datuk sedangkan sebenarnya pihak pembangkang yang sedang bertungkus lumus untuk menyingkirkan beliau di Parlimen tersebut memandangkan dalam Pilihan Raya Umum ke 13(PRU13) yang lalu, kemenangan yang beliau perolehi agak tipis.
Malah salah satu kerusi Dun di kawasan tersebut merupakan milik pembangkang.
Dalam isu kekeliruan data 6.6% pula, Zahid perlu memperjelaskan perkara ini sejak dari mula bagi mengelakan sebarang salah faham.
Jika angka tersebut benar, maka unit Media Sosial UMNO yang diteraju oleh Datuk Ahmad Maslan serta Jabatan Media Sosial(JMS) perlu bangkit memperbetulkan keadaan tersebut. Isu tersebut juga boleh di anggap sebagai “wake up call" untuk memperkemaskan jentera.
Dengan hanya bersandarkan pada kekuatan 6.6% itu, Barisan Nasional (BN) telah berjaya menang besar dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak dan dua Pilihan Raya Kecil Sungai Besar serta Kuala Kangsar. Bayangkan sekiranya kita menambah kekuatan media sosial pro BN kepada dua kali ganda maka sudah pasti Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan akan dapat kita rampas semula.
Semua jentera Barisan Nasional perlu sentiasa sedar bahawa "Bersatu kita teguh, Bercerai kita roboh". Jika kita mahu menang majoriti dua pertiga maka kita perlu pastikan propaganda perpecahan yang cuba ditanam oleh pembangkang ditepis dengan penuh yakin. Jangan ada lagi keraguan dalam perjuangan kita.
Tulisan :
Beruang Biru
BB244, Selasa
24 Januari 2017
Post a Comment