Plastik 20 Sen Tingkatkan Harga Barang 20% Di Selangor

Sejak pengguna di Selangor dikenakan caj tambahan 20 sen untuk penggunaan plastik bermula 1 Januari lalu, banyak persoalan yang timbul susulan pelaksaan kempen bebas beg plastik oleh kerajaan negeri yang diketuai oleh Datuk Seri Mohamad Azmin Ali ini.

Kita mungkin tidak sedar secara halusnya, kempen berkenaan sebenarnya telah meningkatkan harga barang.

Sebagai contoh, jika anda membeli sebungkus garam berharga 70 sen atau sekeping taufu berharga 50 sen, anda sebenarnya terpaksa menambah 20 sen untuk plastik.

Ia bukan sahaja meningkatkan lagi harga barang malah pada masa yang sama caj tambahan itu akan masuk ke akaun peniaga. Senang cerita, mudah sahaja mereka mendapatkan 20 sen, hanya untuk sekeping plastik nipis.

Disebabkan tiada peraturan khusus yang diwajibkan ke atas peniaga agar menyalurkan wang hasil jualan beg plastik itu untuk tujuan kebajikan, maka bolehlah peniaga mengambil kesempatan daripada pelaksanaan kempen terbabit.

Hanya rakyat yang menanggung beban sebaliknya pekedai di Selangor tidak pula dibebankan untuk menyediakan beg gantian kepada pengguna yang membeli barangan di kedai mereka.

Adakah kempen ini sebenarnya bertujuan untuk menguntungkan peniaga? Pelaksanaan yang tidak teratur ini menyebabkan rakyat di negeri pembangkang semakin terbeban.

Apa yang pasti, pembangkang sebenarnya tidak langsung memikirkan mengenai rakyat. Mereka asyik memperlekehkan pelaksaaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kononnya membebankan rakyat, tetapi mereka sendiri menyebabkan penduduk terbeban.

Tiada pula usaha daripada mereka untuk merancangkan cukai baru bagi menggantikan GST.

Ingat lagi ketika GST mula-mula diperkenalkan dulu? Pembangkang telah menyerang dan mengecam kerajaan apabila kadar enam peratus GST dikenakan ke atas pembelian kad tambah nilai.

Namun apabila kerajaan mengambil keputusan untuk memansuhkan GST ke atas kad tambah nilai dan turut melaksanakan pembayaran rebat GST RM0.57 sen bagi setiap kad tambah nilai RM10 kepada pelanggan prabayar, pembangkang terus terkedu.

Begitu juga dengan pelaksanaan GST, mereka `berkokok' bahawa cukai itu membebankan rakyat namun malangnya dalam isu pelaksanaan caj 20 sen untuk beg plastik di Selangor, mereka hanya memekakkan telinga tatkala rakyat membantah.

Realitinya, pembangkang hanya sibuk mencari bahan untuk menyerang kerajaan tetapi mereka lupa kepada pentadbiran sendiri. Sibuk mencari keburukan orang lain tetapi keburukan diri sendiri dilupakan.

Tulisan :
Beruang Biru
BB237, Khamis
19 Januari 2017

Post a Comment

Video

[Video][video]
[blogger]

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget