UiTM Lakar Sejarah

KUALA LUMPUR 4 Jan. - Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengharumkan nama negara apabila berjaya menamatkan Kejohanan Debat Universiti Dunia (WUDC) 2016/2017 dalam lapan kelompok terbaik kategori terbuka sekali gus menjadi universiti pertama dari Malaysia yang mara sehingga ke separuh akhir.

UiTM yang diwakili dua pendebat daripada Fakulti Undang-Undang, Mohd. Mifzal Mohd. Murshid Kieron dan Jasmine Ho Abdullah yang mengungguli pusingan awal mengejutkan ramai pihak di peringkat suku akhir apabila mengenepikan saingan dari universiti-universiti ternama dunia seperti Harvard dan Cambridge sebelum tewas di peringkat separuh akhir.

Mohd. Mifzal turut mendapat pengiktirafan apabila muncul sebagai pendebat keempat terbaik dalam kategori terbuka manakala Jasmine berada di tempat kesembilan.

Sementara itu, Universiti Malaya dan Asia Pacific University berjaya ke peringkat akhir dalam kategori Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (ESL), namun terpaksa akur dengan kehebatan Universiti Tel Aviv yang bergelar juara bagi kategori tersebut.

Kategori itu juga menyaksikan pendebat dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Ameera Natasha Moore dinobatkan sebagai pendebat terbaik ESL diikuti rakan-rakannya, Sara Abdul Rahim yang diiktiraf selaku pendebat kedua terbaik, Mubarrat Wassey di tempat ketiga dan Syarif Fakhri di tempat ketujuh.

Taylors University tidak ke­tinggalan apabila menerima Anugerah Alfred Tuna Snider bagi memberi pengiktirafan kepada universiti yang menyerlah walaupun baru pertama kali menyertai kejohanan tersebut.

Kejohanan debat paling berprestij sejak 1981 itu berlangsung di Belanda pada edisi kali ini dan disertai lebih 350 persatuan debat universiti dari seluruh dunia.
- Utusan Online

Post a Comment

Video

[Video][video]
[blogger]

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget