Isnin lalu, penasihat DAP, Lim Kit Siang telah menyatakan kesediannya untuk bekerjasama dengan PAS selepas kedua-dua parti memutuskan hubungan pada 2015.
DAP sebelum ini mengambil keputusan memutuskan hubungan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berikutan tindakan PAS yang bertegas mahu melaksanakan hudud di Kelantan dan pada masa sama DAP menuduh Abdul Hadi sebagai pemimpin yang tidak bermaruah dan tidak jujur.
Walaupun Kit Siang dikatakan hipokrit kerana mahu berbaik semula, namun beliau tidak kisah dengan gelaran berkenaan dengan alasan kononnya kerjasama dengan PAS adalah demi menyelamatkan Malaysia.
Namun jika dilihat secara halus, cadangan untuk bekerjasama semula dengan PAS ini mungkin ada udang di sebalik batu, apatah lagi selepas terbongkar perjanjian sulit yang didedahkan oleh bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang mendakwa Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan menjadi Perdana Menteri, manakala Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri jika Pakatan Harapan berjaya menawan Putrajaya pada PRU Ke-14.
Mungkin disebabkan perkara berkenaan, maka pemimpin veteran DAP itu tiba-tiba berminat untuk bekerjasama dengan PAS, walaupun sebelum ini mereka telah mengkritik hebat Abdul Hadi.
Ini kerana, Pakatan Harapan tahu untuk menang PRU ke-14, PAS perlu berada di dalam gabungan mereka, jika tidak mereka terpaksa berdepan dengan pertandingan tiga penjuru, iaitu sesuatu yang mahu mereka elakkan.
DAP tahu mereka tidak boleh berharap kepada PPBM yang dinaungi oleh Dr. Mahathir kerana ia adalah parti baru dan berdepan dengan masalah dalaman sendiri termasuk isu skandal melibatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sehingga kini Muhyiddin masih mendiamkan diri.
Jika Kit Siang boleh berbaik semula dan berada sepentas dengan Dr. Mahathir yang pernah dikecamnya suatu masa lalu dan digelar sebagai diktator, jadi sudah tentu tiada masalah bagi beliau untuk menerima semula PAS.
Namun nasib baik PAS berjaya menolak hasrat Kit Siang itu. Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali dalam satu laporan di Utusan Malaysia bertarikh 24 Januari menyifatkan pengkhianatan yang dilakukan oleh parti itu masih berbekas.
``Kit Siang tidak perlu bermadah dengan kata-kata untuk menyelamatkan Malaysia. Pengkhianatan DAP terhadap PAS ketika di dalam pakatan sudah cukup sebagai isyarat bahawa DAP bukan rakan politik yang baik,'' katanya.
Apa yang pasti, Kit Siang sanggup u-turn demi jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Tulisan :
Beruang Biru
BB243, Selasa
24 Januari 2017
Post a Comment