Jangan Politikkan Isu Bangsa Johor
Pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kebangkitan nasionalisme Johor dan konsep Bangsa Johor telah mencetuskan kemarahan anak Johor, hinggakan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menegur bekas Perdana Menteri itu.
Sambil menyifatkan ia sebagai mengacau sarang tebuan, Sultan Ibrahim turut meminta Mahathir supaya menutup mulut.
``Gagasan bangsa Johor telah bermula sebelum Dr. Mahathir dilahirkan. Dr. Mahathir tidak tahu apa yang beliau katakan,” titah baginda seperti dipetik daripada laporan akhbar The Star.
Mahathir pada satu sidang media baru-baru ini mendakwa, konsep Bangsa Johor mempromosikan semangat kenegerian berbanding kebangsaan hanya akan memecahbelahkan rakyat Malaysia dan ungkapan Bangsa Johor sering dilaungkan itu menggalakkan rasa bangga diri yang tidak sihat.
Menurut Sultan Ibrahim, konsep Bangsa Johor ini telah diperkenalkan oleh moyang baginda pada tahun 1920 dengan matlamat untuk menyatukan semua kaum di Johor.
Justeru dalam isu ini Mahathir tidak sepatutnya `masuk campur' dalam hal ehwal Johor, dengan mengkritik konsep yang telah lama mereka amalkan.
Apatah lagi Malaysia terdiri daripada banyak negeri, jadi bagi kita yang berasal dari negeri lain, kita perlulah menghormati keputusan itu. Apa yang penting penduduk Johor masih mengaku mereka rakyat Malaysia.
Konsep Bangsa Johor ini juga tidak menjejaskan hubungan antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri.
Memandangkan ramai yang telah memberikan pandangan mereka dalam isu ini, maka sewajarnya pendekatan diambil supaya isu ini tidak dipolitikkan dan perlu bersangka baik.
Tulisan :
Beruang Biru
BB22, Jumaat
26 Ogos 2016
Post a Comment