Penghujung tahun 2016 menyaksikan plot paling tragis buat Anina Saadudin apabila dikaitkan dengan skandal seks dirinya. Walaupun hanya mula tersebar melalui aplikasi WhatsApp dan Facebook, namun kesannya amat memedihkan.
Skandal seks melibatkan Anina mula menjadi panas dan tular apabila dipetik oleh beberapa laman portal politik hingga dirinya dihukum pecat dari jawatan Ketua Srikandi Parti Bunga.
Tindakan Parti Bunga memecat Anina dari sayap parti berkenaan cukup pantas, seolah-olah mereka (Parti Bunga) tidak sanggup lagi 'menanggung dosa zina' yang amat mengaibkan parti serpihan itu.
Namun, berbeza pula dengan nasib yang diterima presiden parti iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin. Walaupun kes skandal melibatkan dirinya telah disebut dalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, namum beliau masih diiktiraf selaku Presiden Parti Bunga.
Pada 7 Disember 2015, bekas pendakwa raya Stanley Clement Augustin melakukan Pengisytiharan Statutori (SD) menuduh isterinya Nika Gee Siew Yee telah menjalinkan hubungan sulit dengan seorang 'figura politik terkenal dari Johor'.
Disebut dalam SD tersebut, Nika Gee telah bertemu Muhyiddin di luar negara dan menerima ganjaran berbentuk kewangan dan barangan daripada ahli politik itu.
Seperti dilaporkan oleh penulis Raja Petra Kamaruddin, Nika Gee ada menerima bayaran RM20,000 setiap bulan dalam jangka masa panjang.
Apabila kes tersebut dibicarakan di mahkamah tinggi, Muhyiddin dilihat tidak sekali pun hadir membantu perbicaraan, sekadar menghantar wakilnya sahaja.
Inilah politik 'antara dua darjat' yang diamalkan dalam Parti Bunga. Mereka yang tiada nama atau lahir dari akar umbi akan 'dibunuh' dengan begitu pantas dan kejam, manakala figura ternama pula akan terus dikekalkan berada di kedudukan selesa.
Namun, percayalah bahawa Pengerusi Parti Bunga iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad amat sukakan situasi ini. Beliau akan mempergunakan 'bom jangka' melalui isu-isu skandal dan moral ini sebagai ugutan kepada pelaku sekiranya suatu hari nanti ada antara mereka yang berniat mahu kembali ke pangkal jalan. Contoh sudah ada, lihat sahaja nasib Datuk Seri Anwar Ibrahim...
Tulisan :
Beruang Biru
BB222, Selasa
10 Januari 2017
Post a Comment