Articles by "Poster Cartoon"

Dalam kelas tadika pun soalan tentang asal usul ini ditanya. Budak umur 4 dan 5 tahun pun boleh menjawabnya dengan baik. Malah mampu mendengar soalan yang ditanya dengan baik.

Tidak pernah dengar lagi, ada budak tadika atau sekolah menggelupur mengatakan soalan tentang asal usul adalah sampah. Atau meminta penyoal soalan untuk buat kajian terlebih dahulu sebelum bertanya soalan. Ini hanya berlaku kepada Kit Siang semalam di parlimen.

3 Ogos 2017, di parlimen, wartawan Antarapos bertanya soalan tentang tempat kelahirannya.

“Saya pernah jadi pemberita dan jika ada berita trash, saya akan siasat. Jadi siasat dululah, sebelum mula soal atau you reflect on you, or you reflect on your newspaper, you reflect on your kewibawaan sebagai pemberita,” kata Kit Siang dengan nada angkuhnya. Namun soalan sebenar tidak dijawab.

“No! No! I was a reporter. Do a basic check and if the basic check. If the reporter didn’t do a basic check, I feel very sorry. Saya nasihat wartawan yang nak tanya soalan itu selidik dahulu. Bukan sahaja ahli politik kena lalui ‘test‘.

“Tetapi wartawan juga perlu lalui ‘test‘,” ujar Kit Siang. Cara Kit Siang memberikan reaksi pada soalan mudah ini. Cukup memalukan sekali bagi seorang yang bergelar diktator selama 52 tahun dalam parti DAP.

Cara reaksi yang diberikan itu jelas sekali menghina wartawan yang ada. Jawab sahajalah, lahir di Batu Pahat ke? Lahir di Gelang Patah ke? Lahir di Jalan Pinhorn ke? Atau lahir di wilayah Fujian, China?

Mahathir pun dah mengaku ada darah India mengalir dalam tubuhnya. Dalam satu lagi bab Mahathir mengaku darahnya adalah dari keturunan India. Di bahagian kedua iaitu di Bab 3 : Saya Orang Melayu mukasurat 28, Mahathir sedar bahawa keturunan beliau sering dipersoalkan.

"Ada yang mendakwa bapa saya seorang Malayalee dan fasih berbahasa Tamil serta Malayalam. Sesetengahnya pula menulis beliau adalah seorang Hindu yang memeluk Islam kerana mengahwini ibu saya. Saya akui ada darah berketurunan India atau lebih tepatnya Asia Selatan mengalir dalam tubuh saya," katanya.

Kenapa Kit Siang malu mengakui asal usulnya. Beberapa hari lalu dalam Wikipedia jelas tertulis di mana asal usul Kit Siang. Kemudian ianya diubahsuai semula.

Kit Siang sebenarnya berasal dari Zhangzhou, Fujian. Wilayah Fujian terletak di selatan negara China. Ramai tidak tahu Kit Siang datang dari Zhangzhou, wilayah Fujian, China ke Malaysia pada tahun 1957 pada usianya 16 tahun.

Pada tahun 2008, Kit Siang dan Guan Eng balik ke kampung halaman mereka di Zhangzhou setelah mereka berjaya menawan Pulau Pinang.

Akhbar Sin Chew Jit Poh, pada November 2008 pernah menyiarkan gambar Kit Siang bergambar dengan ahli keluarganya di Zhangzgou, Fujian. Emak Kit Siang bernama Liang Yuzhi dan abang Kit Siang bernama Jicheng di Fujian.

Malah pada tahun 2008, Lee Kuan Yew bekas bos Kit Siang dalam PAP juga dijemput datang ke Komtar, Pulau Pinang.

Dulu Kit Siang adalah Setiausaha PAP kepada Lee Kuan Yew. Bila PAP tubuh cawangannya iaitu DAP di Malaysia, Kit Siang terus aktif sampailah sekarang. Sudah 52 tahun, Kit Siang pegang jawatan dalam DAP.

Siapa bangkang dan lawan akan dikena tindakan pecat dari DAP. Kuku besi dan diktator adalah cara DAP, bukannya cara demokrasi. Kini, siapa tanya soalan tentang asal usul keturunan Kit Siang pun, akan dilayan cara kuku besi. Melenting dan buat buat pekak.

Patutlah dalam DAP, ramai ahli parlimen mereka kena beli alat terjemah bahasa. Sudah berpuluh tahun tinggal di negara ini, masih lagi pakai alat terjemah bahasa untuk faham Bahasa Melayu?

Di mana sebenarnya asal usul ahli ahli parlimen DAP yang pakai alat terjemah bahasa ini? Apakah mereka sekampung dengan Kit Siang atau ahli politik import seperti Tony Pua?

Satu dari Kerala, satu dari Fujian. Mereka berdua ini sedang bergabung dalam parti pembangkang untuk menawan Putrajaya. Jangan benarkan Kerala dan Fujian terus membodohkan rakyat Malaysia.

Tulisan :
Beruang Biru
BB524, Jumaat
4 Ogos 2017

KUALA LUMPUR 3 Ogos - Ahli-ahli UMNO diingatkan supaya tidak terpe­rangkap sama sekali dengan strategi musuh khususnya Pakatan Harapan diketuai DAP, yang tanpa henti mewujudkan keretakan dalam parti Melayu itu.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, fitnah terbaharu adalah tuduhan pengerusi pakatan tersebut, Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, yang kononnya memohon sokongan menjatuhkan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak.


“Ini satu lagi percubaan Dr. Mahathir untuk menanam rasa syak wasangka dalam kalangan ahli UMNO, ia sama seperti tindakannya mendakwa RM42 bi­lion wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hilang atau lesap, semata-mata mahu mengapi-apikan ahli UMNO.

“Alhamdulillah, ahli UMNO tetap istiqamah, solidariti dan tidak mudah terpesong de­ngan tipu muslihat Dr. Mahathir. Apatah lagi kini bekas Perdana Menteri itu mengakui tidak memusuhi DAP yang dulunya beliau serang habis-habisan sebagai rasis dan anti-Melayu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Annuar, pusingan U Dr. Mahathir itu bermakna beliau tidak berkata benar ketika me­nuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak jadi pemimpin UMNO kerana kesalahan moral yang mengaibkan.

Tambah beliau, begitu juga tuduhan-tuduhan Dr. Mahathir terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu mengenai campur tangan asing dalam negara ini.

“Sekiranya begitu mudah Dr. Mahathir membohongi rakyat, dulu atau sekarang, tiada apa yang menghalangnya untuk terus menghalalkan pembohongan sebagai strategi politiknya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, pendekatan kerajaan yang pro rakyat meresahkan pakatan pembangkang yang berhempas pulas menyemai rasa benci rakyat kepada kerajaan.

Beliau berkata, UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan terus memberikan fokus sepenuhnya melalui pendekatan kerajaan pro rakyat yang membela nasib rak­yat di segenap lapisan.

“Kita menyambut baik beberapa pengumuman kerajaan berhubung isu kebajikan vete­ran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), projek Transit Aliran Massa (MRT) dan bantuan kepada peneroka Felda. Ini berbeza dengan Pakatan Harapan yang begitu pro DAP, dan bergerak di bawah kawalan dan dasar junju­ngan parti itu yang menggunakan pendekatan menakutkan rakyat menerusi isu yang mereka kitar berulang kali untuk mengaburi mata semua orang,” katanya






KUALA LUMPUR 31 Julai - Jasa dan pengorbanan para veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus dihargai kerajaan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan enam berita gembira kepada golongan tersebut.

Pengumuman itu disambut dengan tepukan gemuruh oleh lebih 15,000 veteran ATM yang menghadiri Perhimpunan Veteran ATM dan Pelancaran Kempen Tabung Pahlawan 2017 di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC), Seri Kembangan dekat sini hari ini.


Perdana Menteri berkata, inisiatif Bantuan Bakti Negara (BBN) yang disalurkan khas kepada veteran ATM tidak berpencen merupakan bantuan tahunan kepada golongan tersebut untuk membantu meningkatkan tahap sosioekonomi mereka.

“Sebanyak RM1,200 akan diberikan kepada veteran ATM tidak berpencen berdasarkan senarai penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dan seramai 66,000 orang dijangka mene­rima faedah ini.

“Bagi veteran ATM tidak berpencen yang bukan pene­rima BR1M pula, mereka akan menerima RM600 dengan syarat sudah berumur 60 tahun ke atas,’’ katanya ketika berucap dalam perhimpunan tersebut.

Yang turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor selaku Penaung Kempen Tabung Pahlawan; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd. Johari Baharum; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Presiden Persatuan Veteran ATM (PVATM), Senator Laksamana (B) Tan Sri Anwar Mohd Nor.

Mengulas lanjut, Najib berkata, melalui inisiatif kedua, kerajaan menambah baik Skim Perkhidmatan ATM yang dinamakan Skim Anuiti Veteran (SAVe) di mana skim ini memberikan pendapatan bulanan seumur hidup kepada bakal veteran tidak berpencen sepertimana veteran yang mendapat pencen bulanan.

“Skim SAVe ini tertakluk kepada anggota ATM yang sedang berkhidmat di mana inisiatif tersebut membolehkan anggota ATM tetap mendapat inisiatif walaupun berhasrat untuk berhenti awal daripada perkhidmatan,’’ katanya.

Seterusnya, Najib berkata, kerajaan turut bersetuju untuk menambah baik Skim Pencen Hilang Upaya bagi veteran ATM dan bekas anggota Wataniah sepenuh masa yang berkhidmat kurang daripada 10 tahun serta tidak menerima pencen perkhidmatan.

Kata beliau, para veteran ATM yang tergolong dalam kategori ini akan mendapat kenaikan kadar pencen bermula antara 300 peratus hingga 800 peratus untuk pembayaran pencen mereka.

“Ia melibatkan nilai minimum dari RM500 hingga nilai maksimum RM2,000,” ujarnya.

Menurut Perdana Menteri, bagi veteran yang mengalami kelainan upaya selepas bersara, PVATM telah mewujudkan Insentif Veteran Kelainan Upaya dan melaluinya, mereka menerima RM500 setahun menerusi dana yang diperoleh hasil kutipan Tabung Pahlawan.

‘‘Saya sendiri akan menambah sebanyak RM500 lagi dengan menggunakan peruntukan kerajaan, menjadikan jumlah keseluruhan insentif ini kepada RM1,000.

‘‘Selain itu, kuota untuk vete­ran ATM mengerjakan haji juga turut ditambah pada tahun ini kepada 400 orang tahun ini berbanding 100 orang pada tahun sebelumnya,’’ katanya.

Tambah Najib, kerajaan juga akan menyalurkan RM5 juta untuk Tabung Pahlawan 2017 bagi mengenang jasa-jasa anggota ATM yang telah berkorban mempertahankan negara.

Video

[Video][video]

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget