Azman Tempelak Guan Eng: ‘Kamu Sembang Besar, Rakyat Kena Tempias’

KUALA LUMPUR 15 Nov. – Kejadian tanah runtuh dan banjir yang berlaku di Pulau Pinang baru-baru ini mengundang kritikan seorang Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr. Azman Ibrahim.

Dalam tulisannya yang disi­arkan harakahdaily.net, beliau membidas sikap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.


Berikut merupakan kenya­taan penuh beliau:

Kamu Sembang Besar, Rak­yat Kena Tempias.

Sebanyak 131 kejadian cerun runtuh yang berlaku di Pulau Pinang dalam jangka waktu dari 15 September hingga 4 November baru-baru ini adalah satu rekod baru kebangsaan.

Rasanya agak sukar bagi mana-mana negeri lain untuk memecahkan rekod ini. Dalam suasana cuaca yang tidak menentu ditambah pula kita masih dalam ‘idah’ musim tengkujuh sekarang, kebarangkalian untuk angka ini meningkat lagi adalah tinggi.

Saya tak berhasrat nak mengucapkan tahniah kepada LGE (Lim Guan Eng) atas pencapaian rekod yang memberangsangkan ini kerana yang menjadi mangsa ialah rakyat. Yang terkorban juga rakyat.

Bila anda ke Pulau Pinang, dengan mudah anda akan dapat perhatikan bagaimana kondominium serta apartmen mewah di lereng-lereng bukit tumbuhnya lebih rancak dari cendawan yang muncul selepas hujan. Ini adalah gaya hidup masa kini di Pulau Pinang.

Trend kehidupan gaya mewah yang hanya mampu dilihat oleh warga Melayu penduduk asal Pulau Pinang. LGE ada kuasa dan ada wang, maka semua itu mampu mereka gapai.

Tapi ada ketikanya lantaran kerakusan menarah lereng dan tebing bukit untuk pembangunan dengan bermodalkan kuasa dan wang akan menyebabkan alam memberontak.

Ketika inilah kalau manusia mahu sedar, betapa kerdilnya diri mereka berdepan dengan kuasa alam. Kalau tak mahu insaf juga maka terpulanglah.

Allah telah jelaskan kepada hambanya di dalam al-Quran bahawa bukit-bukau ialah pasak yang mengukuhkan dan menstabilkan muka bumi. Kamu ganggu pasak bermakna kamu gugat ‘baji’ yang menguatkan bumi.

Hasilnya jelas dan nyata lalu dapat dilihat oleh semua orang. Simpati kita kepada rakyat kebanyakan yang basah terkena tempias air liur yang tersembur dari mulut orang suka sembang besar bernama LGE!

Post a Comment

Video

[Video][video]
[blogger]

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget