Daftar tak lulus sebab masalah PPBM, DAP: TPM

KUALA LUMPUR : Pendaftaran gabungan pembangkang dinamakan Pakatan Harapan tidak diluluskan kerana masalah dalaman parti sekutunya DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

DAP tidak mengemukakan laporan akhir pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) baharu manakala PPBM tidak mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) selepas lebih setahun ditubuhkan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata DAP yang baharu selesai mengadakan pemilihan semua CEC, sehingga kini masih belum menghantar laporan penuh dan senarai ahli CEC baharu kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Sementara bagi PPBM katanya, selepas setahun ia didaftarkan, parti itu masih belum lagi mengadakan sebarang AGM.

"Buat masa ini permohonan Pakatan Harapan masih belum dapat diluluskan memandangkan perkara itu yang belum dapat dipenuhi.

"Isu pemilihan CEC DAP, iaitu salah satu pihak (DAP) yang juga pemohon Pakatan Harapan masih belum diselesaikan sepenuhnya laporan pemilihan semula.

"Oleh itu, ROS masih belum menerima laporan akhir dan senarai CEC DAP terkini," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen, hari ini.

Beliau berkata, selain kegagalan PPBM mengadakan AGM, parti itu juga ada meminta dibuat beberapa pindaan terhadap perlembagaan parti berkenaan.

"PPBM juga ada meminta pindaan terhadap perlembagaannya, yang masih juga belum diluluskan ROS," katanya.

Terdahulu, beliau mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah (JKMD) 2017 di sini, turut dihadiri pelbagai agensi seperti Polis Dirajan Malaysia (PDRM) serta Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri menyatakan pertemuan antara Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Alwi Ibrahim dan Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad, pagi tadi, membabitkan soal pengurusan pendaftaran parti.

"Pihak KDN sangat berlapang dada dan terbuka hati untuk bertemu mereka. Ia adalah perjumpaan jawatankuasa penaja (Pakatan Harapan).

"Soal (pertemuan) berkenaan adalah berkaitan operasi (pendaftaran parti), maka biarpun ROS di bawah Menteri Dalam Negeri, saya tidak meletakkan tangan saya di dalam (urusan) mereka untuk membuat cadangan dan permohonan (pendaftaran) Pakatan Harapan," katanya.

Selain Alwi yang hadir, Ahmad Zahid berkata, turut sama dalam pertemuan itu adalah Ketua Pengarah ROS, Surayati Ibrahim serta penasihat undang-undang KDN.

Post a Comment

Video

[Video][video]
[blogger]

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget