Mesyuarat Cawangan PPBM Tidak Mungkin Berlangsung Sebelum PRU14

Mulanya Mahathir mengaku bahawa PPBM lemah di peringkat akar umbi dan tidak mampu mengadakan mesyuarat cawangan. “Ketika ini di peringkat bahagian ada ahli, tapi ia tidak diuruskan menjadi sebuah cawangan, malah beberapa bahagian masih tidak diuruskan dengan baik” kata Mahathir pada 13 November 2017.

26 Bahagian PPBM sudah mulai protes pada Mahathir. 358 aduan sudah pun dibuat mengenai kegagalan PPBM di peringkat bawah mengadakan mesyuarat. Ada disesetengah tempat mesyuarat yang dirancang bertukar jadi majlis hari jadi.

Betapa teruknya krisis yang berlaku dalam PPBM. Jumlah ahli pun masih lagi malu hendak umumkan. Di seluruh negara, sudah banyak yang keluar dari PPBM. Ainina, bekas Srikandi PPBM pun sudah gelar yang ada dalam PPBM hanyalah keldai dan lanun sahaja.

Apa lagi yang Mahathir hendak sorok? Satu negara sudah tahu PPBM memang layak digelar sebagai Parti Penuh BerMasalah, PPBM. Namun Mahathir tetap dengan egonya. Mula mula mengaku masalah yang ada, kemudian Mahathir buat pusingan “u turn” dan menyalahkan pula kerajaan BN pusat bila parti yang ditubuhnya sendiri gagal mengadakan mesyuarat agung tahunan.

PPBM wajib mengadakan AGM selewat-lewatnya 9 September lepas mengikut Akta Pertubuhan 1967 dan Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984. PPBM bakal diharamkan jika gagal mengikut peraturan ROS ini. Mahathir tulis dalam blognya tuduh Datuk Seri Najib yang salah.

Tuduh Datuk Seri Najib buat strategi ‘tidak jawab” bila partinya gagal adakan mesyuarat cawangan. Inilah sahaja cara yang Mahathir boleh buat untuk tutup kesalahannya sendiri. Mana Mahathir hendak mengaku kalah.

Lihatlah dalam isu liwat dan “melancapi” lelaki lain berkaitan dengan Anwar Ibrahim, sudah dua kali Mahathir ditanya dalam forum terbuka. Mahathir tidak menjawab. Mahathir tidak pernah hendak mengaku kalah. Masih menyalahkan orang lain sebagai bersalah.

Dalam isu partinya sendiri, Mahathir bersikap sama. Bila Pendaftar Pertubuhan menyatakan PPBM berkemungkinan dibubarkan kerana gagal mematuhi perlembagaan partinya sendiri, Mahathir tidak boleh menerima kenyataan itu. Masih menyatakan bahawa ROS tidak boleh bersikap sedemikian.

Padahal perlembagaan parti bunga itu dikarang dan dibuat oleh Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz sendiri. Tidak ada paksaan daripada pihak lain untuk suruh mereka buat perlembagaan PPBM seperti yang ada sekarang. Lagi pun, hampir 90% perlembagaan PPBM itu tiru bulat bulat perlembagaan UMNO. Bila siap, kenapa susah sangat hendak ikut perlembagaan yang mereka tulis sendiri?

Buat mesyuarat majlis pimpinan tertinggi pada 6 November 2016 hanya 12 orang sahaja yang hadir daripada 30 orang. Hanya 40% sahaja yang hadir. Kehadirannya lebih teruk daripada mereka yang hadir dalam pemilihan khas DAP.

Bermakna parti pimpinan Mahathir ini ikut hirarkinya adalah lebih teruk dari DAP, PKR dan PAN. Yang paling teruk sekali.

Muhyiddin sendiri mengaku parti bunga mungkin tidak mampu mengadakan mesyuarat cawangan sebelum PRU14. Dalam satu kenyataan media pada 21 November 2017, Muhyiddin menyatakan “tidak dapat memberi jaminan sama ada mampu menyelesaikan kemelut dalaman parti seperti dikehendaki Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebelum pilihan raya umum (PRU) akan datang”.

Jadi, bila gagal uruskan parti sendiri, maka PPBM kenalah buat gimik lain supaya orang lupa tentang masalah sebenar mereka. Maka mereka curilah ADUN Anak Bukit dari PAS untuk lompat masuk jadi ahli PPBM di Kedah semalam. Kemudian Mukhriz pula cari gaduh dengan ROS.

Terpaksalah sebar cerita cerita palsu kononnya borang permohonan khas kad pengenalan untuk undi Barisan Nasional. Buat cerita tipu kata hendak ambil keputusan UPSR kena bayar yuran. Sensasikan cerita penukaran nama Proton dalam bahasa China dan serang peribadi orang yang sedang main golf.

Apa lagi PPBM hendak cerita bila harga minyak turun? Terpaksalah buat cerita karut ini.

Semua cerita persepsi dan palsu ini dibuat semata mata hanya untuk tutup cerita dalaman parti PPBM. Tidak mahu rakyat tahu tentang masalah PPBM yang gagal buat mesyuarat cawangan. Mula mula dahulu dakwa ada 6 juta orang ahli, kemudian sampai sekarang masih lagi malu hendak umum berapa ramai ahli.

Mesyuarat cawangan PPBM ini tidak akan berjaya dibuat sebelum PRU14 diadakan. Mahathir dan PPBM hanya akan bermain emosi rakyat sahaja. Jika PPBM dibubarkan, mereka akan menyalahkan kerajaan BN pusat sebagai pesalah. Padahal yang sebenarnya bermasalah adalah PPBM sendiri. Parti Penuh BerMasalah, PPBM.


Tulisan :
Beruang Biru
BB677, Isnin
27 November 2017

Post a Comment

Video

[Video][video]
[blogger]

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget