Sudah banyak kali Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Mahathir didesak supaya menyatakan pendirian sebenarnya mengenai kes liwat Anwar Ibrahim. Namun soalan itu tidak pernah diendahkan oleh Mahathir.
Sebaliknya Mahathir tetap `liat' untuk memohon maaf terhadap Anwar itu. Mahathir akan cuba mengalihkan soalan berkenaan dengan menyalahkan pihak lain.
Senang cerita, Mahathir seolah-olah tidak terlibat langsung dalam isu liwat Anwar Ibrahim, ketika ketua umum PKR itu dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1998.
Terbaru, semalam pada sesi "townhall" yang diadakan oleh Mahathir bersama anak-anak muda di Petaling Jaya, Mahathir telah ditanya soalan sama ada beliau masih berpegang dengan dakwaan bahawa Anwar telah 'melancapkan lelaki lain'.
Namun seperti biasa Mahathir tidak menjawab soalan itu secara langsung tetapi menyatakan ia adalah tindakan polis dan beliau tidak terlibat.
"Tetapi melangkaui tindakan polis ketika itu, saya tidak terlibat dalam tindakan polis tetapi mestilah kamu tidak percaya," kata Mahathir.
Demikian jawapannya kepada pertanyaan anak muda itu iaitu jawapan lazim yang akan diberikan kepada setiap soalan mengenai isu liwat Anwar.
Disebabkan jawapan seperti itulah maka dalam program Nothing to hide 2.0 pada Ogos lalu, Mahathir berdepan dengan `kerusi terbang'.
Ketika itu Mahathir ditanya mengapa beliau bersetuju untuk memilih Anwar sebagai Perdana Menteri jika PH menang pilihan raya umum sedangkan sebelum ini Mahathir mengatakan Anwar tidak layak kerana kesalahan liwat dilakukannya dan dianggap tidak bermoral.
Mahathir tidak menjawabnya sebaliknya memusing cerita. Sedangkan pada sidang media pada 22 September 1998 yang dibuat Mahathir, Perdana Menteri keempat itu mendakwa Anwar terlibat dalam perbuatan liwat dan seorang peliwat tidak layak menjadi pemimpin negara.
Bukan dalam isu Anwar semata-mata, malah dalam banyak isu lain, Mahathir akan menyalahkan pihak lain. Isu Memali dan soalan mengenai Anwar ini gagal dijawab oleh Mahathir mengakibatkan bukan hanya selipar, malah botol air, kerusi dan suar berterbangan dalam dewan.
Jika dalam isu Anwar dan Memali beliau enggan menjawab secara langsung namun dalam isu kerugian Bank Negara Malaysia sebanyak RM30 bilion akibat urus niaga matawang asing (Forex) pula, Mahathir menjawab `tak tahu, tak ingat, tak siapa beritahu' kepada sidang panel Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI)yang ditubuhkan bagi menyiasat kerugian berkenaan.
Jawapan-jawapan Mahathir ini menambahkan lagi misteri mengenai apa yang berlaku kepada Bank Negara, kes liwat Anwar dan isu Memali. Kesimpulannya, Mahathir tidak akan memohon maaf kepada apa yang berlaku.
Mahathir akan tetap mempertahankan dirinya dengan apa cara sekali pun asalkan apa yang dihajatinya akan tertunai. Di hati Mahathir, dia tetap percaya Anwar masih seorang peliwat.
Tulisan :
Beruang Biru
BB671, Rabu
22 November 2017
Post a Comment