Kerajaan BN Tidak Roboh Rumah Rakyat Seperti Kerajaan Negeri DAP & PKR

Semalam, Datuk Seri Najib telah menempelak pembangkang menerusi twitter dengan tulisan begini ;

"Kerajaan Barisan Nasional tak roboh, sebaliknya bina rumah! Lebih 17 ribu PPR, 210 ribu PR1MA telah diumumkan dalam #Bajet2018 !"

Memang benar, kerajaan BN pusat tidak seperti kerajaan DAP di Pulau Pinang yang sudah melenyapkan lebih dua puluh kampung Melayu. Tidak seperti kerajaan PKR di Selangor yang merobohkan rumah seorang bilal yang dibina dalam kawasan masjid.

Dalam Bajet 2018, kerajaan BN pusat telah memperuntukkan sejumlah RM2.2 billion untuk rumah rakyat. Sejumlah 13,700 unit bagi Program Perumahan Rakyat, PPR dan sejumlah 3,000 unit rumah mesra rakyat.

Selain itu, kerajaan BN pusat juga akan membina 25,000 unit rumah bagi Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia, PPA1M. 600 unit pula bagi rumah MyBeautiful New Homes, MyBNHomes.

Turut akan dibina adalah 2,000 unit bagi rumah MyDeposit dan MyHome. Kerajaan BN Pusat turut memperuntukkan sejumlah RM200 juta bagi tujuan penyelenggaraan dan pemulihan rumah.

Selain itu, peruntukkan sejumlah RM1.5 billion bagi tempoh 2 tahun dikhaskan bagi membina 210,000 Perumahan Rakyat 1Malaysia, PR1MA. Jumlah semua sekali unit rumah yang akan dibina dalam Bajet 2018 ini adalah sejumlah 254,300 unit rumah.

Bukan setakat itu sahaja, banyak lagi jenis rumah untuk rakyat telah pun dibina oleh kerajaan BN pusat untuk rakyat. Lebih 3,000 unit Rumah Bina Negara untuk Risda dibina diseluruh negara. Di samping itu, bagi peneroka Felda, Datuk Seri Najib telah mengumumkan kelulusan membina lebih satu unit rumah di dalam satu tapak.

Sehingga kini terdapat 4,711 peneroka Felda yang mempunyai dua rumah di dalam satu tapak, manakala 70,506 tapak rumah dijangka sesuai untuk pembinaan unit rumah baru bagi peneroka Felda. Begitu banyak sekali unit rumah yang dibina kerajaan BN pusat.

Tidak seperti kerajaan PKR di Selangor yang baru hendak musim mengundi barulah hendak buat rumah bagi rakyat. Malah lebih tidak malu, Skim Smart-Sewa yang diperkenalkan Azmin Ali sebiji sebiji meniru apa yang telah dibuat kerajaan BN pusat.

Di Selangor, kerajaan PKR merobohkan rumah pengikut reformasi jalanan mereka sendiri pada 1998. Abd. Razak Said pernah ditahan lokap kerana sokong perjuangan reformasi Anwar Ibrahim pada 1998. Namun kini, rumah dan gerainya yang berada perkarangan masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz (LTSAA) telah pun dirobohkan kerajaan PKR pada 4 Oktober 2017.

Di Pulau Pinang pula, kerajaan "Developer Action Party, DAP" hanya mementingkan projek pembinaan rumah mewah di lereng lereng bukit sahaja. Kampung rakyat pupus, naiklah kondo dan rumah mewah yang hanya jadi rumah mampu tengok bagi rakyat marhaein.

Rumah yang mewah itu pun roboh kerana banjir kilat yang melanda. Kerajaan "Developer Action Party, DAP" amat efesien sekali dalam membina rumah rumah mampu tengok ini di Pulau Pinang.

Akhirnya, lihatlah apa kesan kepada alam sekitar angkara kerajaan yang rakus ini. Tanah runtuh korbankan nyawa 11 orang. Banjir lumpur korbankan nyawa 7 orang. Bukan setakat rumah yang roboh, malah nyawa rakyat juga melayang.

Apa yang penting bagi Guan Eng adalah membina banglo sendiri. Tanah yang sepatutnya dibuat rumah rakyat dibenarkan untuk buat projek kroni.

Ini baru dua negeri mereka tadbir, rakyat boleh lihat sendiri sejauh mana pembangkang prihatin terhadap isu rumah mampu milik rakyat. Dalam teori Abraham Maslow, makan, minum dan tempat tinggal adalah keperluan asas bagi rakyat.

Kerajaan BN pusat sudah memberi subsidi menerusi BR1M kepada hampir 7 juta orang atau kira kira 22.5% dari 31 juta rakyat Malaysia. Hampir 71% subsidi yang diberi dalam Bajet 2018 adalah untuk keperluan asas makan dan minum.

Beribu ribu unit rumah pula dibina oleh kerajaan BN pusat bagi memenuhi keperluan tempat tinggal. Jauh beza cara kerajaan BN pusat dengan kerajaan DAP dan PKR dalam memenuhi keperluan asas rakyat.

Oleh itu, jangan mudah terpengaruh dengan politik kebencian yang ditanam secara melampaui batas oleh pihak pembangkang. Takkanlah kerana perkara yang tidak sampai 10 sen, mahu dimarahnya kerajaan sekarang hingga lupa apa yang telah dinikmati selama ini.



Tulisan :
Beruang Biru
BB664, Jumaat
17 November 2017

Post a Comment

Video

[Video][video]
[blogger]

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget