Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Mahathir Mohamad kini jadi contoh orang yang tidak ada keutamaan dalam hidup apabila nasib parti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan keluarganya berada dalam keadaan terumbang-ambing.
Nasib partinya lebih malang selepas berdepan tindakan oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan mungkin diharamkan selepas gagal mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) pada tarikh 9 September lepas.
Selain itu, ROS mungkin akan menghalang PPBM daripada bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.
Namun perkara itu tidak menampakkan kebimbangan bagi Mahathir. Malah beliau masih boleh menyertai Jelajah Selamatkan Malaysia, Selamatkan Rakyat di seluruh negara. Beliau sibuk kononnya mahu selamatkan Malaysia, tapi nasib parti sendiri tidak terbela.
Lebih baik Mahathir selamatkan partinya itu dulu, yang tunggu masa untuk karam daripada sibuk nak selamatkan Malaysia.
Dalam jelajah kononnya nak selamatkan Malaysia itu, tidak ada apa yang beliau lakukan atau cadangkan pun, selain memburukkan dan memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pada 19 Ogos 2017, Mahathir secara terbuka kata mahu Najib disingkirkan sebagai Perdana Menteri dan mahu Barisan Nasional (BN) digantikan dengan PH selepas PRU14 nanti. Tapi kini ia berlaku kepada partinya sendiri apabila PPBM kini sudah ibarat telur dihujung tanduk untuk disingkirkan terus dari politik tanah air.
Tanggal 11 November 2017, 10 Bahagian PPM di Johor buat aduan kepada ROS kerana kegagalan kepimpinan PPBM mematuhi perlembagaan partinya sendiri. 10 Bahagian berkenaan ialah Sembrong, Kluang, Mersing, Batu Pahat Senggarang, Kulai dan Kota Tinggi.
Menurut Belas Penyelaras PPBM Kluang, Arjuna Putra Ali, tindakan dilakukan berikutan Ketua Penerangan PPBM, Datuk Kamaruddin Mohd Noor meminta AGM ditangguhkan kepada enam bulan lagi.
Satu lagi masalah yang PPBM enggan mengaku ialah mereka tidak boleh adakan AGM kerana mesyuarat cawangan parti pun tidak diadakan. Ini berlaku kerana sebenarnya PPBM tidak cukup ahli untuk diadakan mesyuarat di peringkat cawangan mahupun bahagian.
Selain itu, ada masalah baru dalam PPBM apabila sayap Pemudanya tidak dibenarkan lagi menggunakan nama Armada kerana nama itu tidak ada dalam Perlembagaan parti. Mereka diarahkan untuk menggunakan nama Pemuda PPBM sepertimana yang termaktub di dalamnya.
Melihat kepada rentetan masalah ini, nyata Mahathir bukan sahaja gagal dengan parti malahan beliau kini dihimpit dengan isu kemewahan anak-anak dan cucunya.
Utusan Malaysia melaporkan cucu Mahathir iaitu anak Mukhriz, Meera Alyanna bermegah dengan kemewahan sampai menunjukkan kapal persiarannya yang mewah yang diberi namanya. Ia sudah cukup mencerminkan betapa banyaknya duit mereka.
Bukan sesiapa korekpun isu kapal mewah itu sebaliknya tuan punya badan yang memuatnaik dalam akaun media sosialnya.
Bila disuruh mengisytiharkan hartanya, Mahathir berdolak dalik bahawa beliau tidak pasti sama ada beliau akan jadi calon PRU atau tidak. Apa kena mengena isu calon dengan pengisytiharan harta?
Baru-baru ini, cucu Mahathir, anak kepada Mirzan, Othman turut buat hal apabila tayang gambar dirinya tidur dengan dua ekor anjing di atas katil.
Ketika Mahathir jadi Perdana Menteri, dari tahun 1981 sampai 2003, sudah cukup Malaysia sengsara kerana dua kali mengalami masalah ekonomi, negara terlibat dalam tragedi berdarah Memali, RM32 bilion hilang dalam skandal Forex dan harga minyak yang tak pernah turun.
Mahathir ketika lawatan ke beberapa Timur Tengah contohnya Oman sebelum ini tidak membantu memartabatkan Malaysia sebaliknya memburukkan negara sendiri di depan orang asing di peringkat antarabangsa.
Malaysia tidak memerlukan Mahathir dan rakyat juga tidak memerlukannya, Mahathir hanya buat onar dan menambah kerosakan dalam negara dengan gaya politiknya.
Tulisan :
Beruang Biru
BB665, Jumaat
17 November 2017
Post a Comment