Bila Mahathir Tiada, Proton Pun Makin Laku & Boleh Buat Kereta Terbang
Dr Mahathir Mohamad telah memegang jawatan penasihat Proton sejak 2003 selepas bersara sebagai Perdana Menteri keempat dan beliau juga dilantik sebagai pengerusi Proton berkuatkuasa pada 16 Mei 2014.
Malah ketika pelantikan pada 2014 itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa mengulas mengenainya telah menyatakan keyakinan kepada Mahathir untuk membantu mengukuhkan syarikat kereta nasional dan meningkatkan kedudukannya dalam industri.
Namun ia tidak berlaku seperti yang diharapkan, sebaliknya kerajaan terpaksa meluluskan permohonan Proton untuk mendapatkan pinjaman mudah alih berjumlah RM1.5 bilion yang sebahagian besar daripada pinjaman itu adalah untuk membolehkan pengeluar kereta nasional tersebut membuat pembayaran kepada vendor yang membekalkan komponen kepadanya.
Pinjaman ini umpama `nyawa' kepada syarikat tersebut. Apa yang tidak dibantu? Semuanya telah dilakukan oleh kerajaan pimpinan Najib Razak dengan niat untuk menolong survival Proton.
Namun semua bantuan yang disalurkan hanya sia-sia belaka. Proton masih tidak mampu dibaik pulih dan diperkasakan. Hanya selepas Dr Mahathir mengundurkan diri sebagai penasihat Proton, barulah usaha untuk mengembangkan syarikat berkenaan menjadi lebih tersusun.
Malah pada bulan Oktober lalu, Proton mencatat lonjakan 13 peratus untuk jualan kenderaannya pada Oktober lalu iaitu 5,083 unit berbanding 4,498 unit pada September.
Prestasi jualan itu memperlihatkan kenaikan enam peratus untuk tempoh Januari hingga Oktober, dengan jumlah keseluruhan jualan sebanyak 61,380 unit berbanding 57,734 unit pada tempoh yang sama tahun lalu.
Peningkatan itu turut disebabkan oleh pertumbuhan sebanyak 1.7% tahun sehingga kini untuk jumlah volum industri (TIV) berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
Tidak terhenti di situ saja, Proton juga pada 27 November lalu mendedahkan bahawa mereka bakal mengeluarkan kereta terbang tidak lama lagi.
Menurut laporan China Press, CEO Proton Li Chunrong memberitahu, Proton akan melancarkan tiga jenis varian kereta menjelang tahun 2019. Selain model Boyue, syarikat itu akan menaik taraf dan mengubah suai 8 model sedia ada dalam usaha meningkatkan daya saing Proton.
Betapa gahnya Proton selepas ini. Siapa sangka daripada sebuah syarikat yang mengalami berdepan dengan masalah, kini ia mampu melangkah setapak lagi ke peringkat antarabangsa.
Ternyata usaha untuk mengembalikan semula Proton berjalan dengan lancar, semuanya menerusi perubahan yang dilakukan. Proton sudah lama `tidur' semasa era Dr. Mahathir, kini ia bangkit semula untuk memperkukuhkan dirinya.
Ternyata pengunduran Dr. Mahathir adalah langkah yang tepat kerana Proton akan dapat bernafas semula tanpa kongkongan daripada bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu.
Berhenti bermain isu remeh tentang penjenamaan nama Proton di China. Akuilah fakta ini bahawa Proton sekarang makin laku dan sudah boleh terbang keretanya bila Mahathir tiada lagi di situ.
Tulisan :
Beruang Biru
BB681, Khamis
30 November 2017
Post a Comment