Husam Musa Pelawok-Mohd. Amar

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah menyifatkan Datuk Husam Musa sebagai ‘penipu’ berikutan tuduhannya terhadap Kerajaan PAS Kelantan selama ini yang kebanyakkannya tidak benar sama sekali.

Ketika berucap sempena Himpunan dan Solat Hajat Perdana di Wisma Tok Guru, di Salor malam tadi, Mohd. Amar turut yakin rakyat tidak akan terpengaruh dan percaya dengan pelbagai tuduhan oleh Naib Presiden PAN itu.

“Husam ini pelawok (penipu) setiap kali dalam ceramahnya yang menyerang kerajaan negeri, dia (Husam) menipu bukan sekali, tetapi sudah banyak kali.

“Individu beginikah kita hendak jadikan sebagai pemimpin. Dia tuduh kita terima duit UMNO RM90 juta, makan duit balak, seleweng tetapi tidak tunjuk bukti.

“Selama ini, saya tidak pernah sebut nama dia, hari ini sebab datang tempat dia (Salor) saya sebut,” katanya di hadapan lebih 2,000 orang yang hadir dalam himpunan sempena meraikan kejayaan PAS mendapatkan kembali tanah di kawasan Wisma Tok Guru itu.

Mengulas lanjut dalam sidang akhbar selepas himpunan itu, Mohd. Amar yang juga Naib Presiden PAS berkata, pada peringkat awal, pimpinan kerajaan negeri sememangnya mengambil sikap tidak menjawab serangan Husam.

Katanya, bagaimanapun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor itu dilihat terus melempar tuduhan demi tuduhan tidak berasas termasuk ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tahun lalu dengan mendakwa wakil rakyat telah dipaksa bersetuju dalam soal kenaikkan gaji.

“Tuduhan Husam terhadap kerajaan boleh dikatakan semua tidak betul. Begitu juga dalam isu Kijang Kuari, dia tuduh kerajaan telah menjualnya namun hakikatnya perkara itu tidak benar,” katanya.

Post a Comment

Video

[Video][video]
[blogger]

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget