2,000 Hadir Solat Hajat Di Wisma Tok Guru

PASIR MAS-Lebih 2,000 penyokong PAS menyertai Himpunan Kesyukuran dan Solat Hajat
Perdana di pekarangan Wisma Tok Guru di Kampung Pendek, Salor malam tadi.

Orang ramai mula berkumpul bagi meraikan kejayaan PAS mendapatkan kembali tanah di kawasan berkenaan sejak pukul 6 petang sebelum mereka bersama menunaikan solat Margrib, Isyak dan hajat yang diimamkan oleh adik Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Razi Nik Mat.

Hadir sama dalam himpunan tersebut, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob; Timbalannya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah; Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Ahmad Fadhli Shaari; Ketua Penerangan PAS negeri, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud dan seluruh barisan kepimpinan PAS negeri.

Serentak dengan itu, bendera besar PAS turut dinaikkan sebagai simbolik lokasi yang digunakan oleh Naib Presiden PAN, Datuk Husam Musa dan menjadi pertikaian antara kedua-dua parti tersebut sejak lebih dua tahun lalu kembali menjadi milik PAS.

Dalam pada itu, Nik Razi selepas mengimamkan solat tersebut sempat menyeru kepada seluruh rakyat negeri itu agar menolak PAN dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Mereka (PAN) anak murid Tok Guru derhaka. Jangan bagi undi kepada mereka. Saya juga ingatkan jangan sesekali gunakan nama Tok Guru Nik Abdul Aziz untuk kepentingan politik,” katanya.

Mahkamah Tinggi Kota Bharu semalam menolak permohonan injunksi yang dikemukakan Husam terhadap pemilik baharu tanah di Wisma Tok Guru Mohd. Yasin Yusoff.

Husam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor dalam injunksinya memohon perintah mahkamah agar Wisma Tok Guru tidak diganggu sehingga status quo pemilikan bangunan berkenaan diputuskan mahkamah hasil perbicaraan bermula 4 Disember ini.

Sebelum ini, PAS menegaskan notis supaya Husam keluar daripada premis berkenaan sudah tamat pada 12 November lalu dan parti itu akan mengadakan satu majlis kesyukuran serta solat hajat malam tadi sebagai meraikan kejayaan mendapatkan semula tanah terbabit.

Isu perebutan itu bermula susulan tanah yang asalnya milik bekas ADUN Salor, Allahryarham Datuk Ahmad Rosli Ibrahim yang dinamakan atas isterinya sebagai pemilik dijual kepada Mohd. Yasin yang juga Setiausaha Kerja PAS Kelantan dengan harga RM700,000. – 17 November 2017.

Post a Comment

Video

[Video][video]
[blogger]

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget