Makanan Segar Untuk Mangsa Banjir

PASIR MAS 28 Nov. - Mangsa banjir yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) akan menikmati makanan segar sepanjang berada di situ.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kasim berkata, perkara tersebut merupakan salah satu bentuk penambahbaikkan yang dilakukan kerajaan dalam membantu mangsa banjir.


Menurutnya, kerajaan mahu mangsa banjir mendapat makanan segar serta berkhasiat bagi memastikan tahap kesihatan mereka terjamin.

"Kalau boleh kita mahu mangsa banjir makan sardin hanya sekali dalam sehari sahaja

"Selebihnya makanan segar seperti ayam, daging dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meluangkan masa meninjau mangsa banjir di pusat pemindahan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Lati di sini hari ini.

Seramai 78 keluarga telah ditempatkan di SMK Agama Lati membabitkan 178 mangsa.

Shahidan memberitahu, beliau mahu semua mangsa banjir diberikan layanan berstatus ‘diraja’.

Katanya, ini seleras dengan kehendak kerajaan yang mahu kebajikan dan keselesaan mereka yang terjejas dengan banjir dijaga sebaiknya. -UTUSAN ONLINE

Post a Comment

Emoticon
:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.

Video

VIDEO -Ucapan Perdana Menteri Majlis Pecah Tanah ECRL

Sang Pendaki (Mohamad) 2017/8/9

ECRL projek berteraskan rakyat: PM KUANTAN: Datuk Seri Najib Razak optimis projek mega Rangkaian Rel Pantai Timur (EC...

Bunga Api Cederakan Orang Ramai

Sang Pendaki (Mohamad) 2017/1/5

Polis Myanmar Belasah Etnik Rohingya

Sang Pendaki (Mohamad) 2017/1/5

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget