Pasaraya Tutup Kerana Strategi Perniagaan, Kilang Tutup Baru Ada Kaitan Dengan Ekonomi

Bukan main lagi pakar pakar ekonomi pembangkang di Facebook membuat ramalan bahawa negara Malaysia hendak bankrup hanya kerana pasaraya Giant tutup lima cawangannya iaitu di Sri Manjung, Perak; Sungai Petani, Kedah; Shah Alam City Centre dan Selayang Lama di Selangor; dan Sibu, Sarawak mulai 5 November ini.

Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Nik Nazmi Nik Ahmad menuduh penutupan Giant itu tanda kegagalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjaga ekonomi negara.

Ia tidak ada kaitan langsung dengan masalah ekonomi seperti didakwa pembangkang. Pada 31 Oktober 2017, pihak pengurusan Giant iaitu GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd menjawab bahawa langkah penutupan itu adalah kerana Giant mengecilkan saiz rangkaian pasaraya kerana aliran pengguna yang lebih gemar membeli secara dalam talian.

"Mereka perlu mengecilkan saiz cawangan tersebut dan mencari premis lain yang lebih kecil daripada apa yang ada ketika ini. Mereka masih dalam perbincangan (mengenai perkara itu) dan ini tiada kaitan dengan keadaan ekonomi negara," kata pihak pengurusan Giant pada 31 Oktober 2017 dalam satu kenyataan media.

Pasaraya ditutup adalah kerana strategi perniagaan yang dibuat oleh syarikat terbabit. Menurut laporan Business Insider, US pada 31 Disember 2016, beratus ratus pasaraya telah menutup operasi mereka di Amerika Syarikat. Pasaraya seperti Macy’s, Kohl’s, Walmart, and Sears telah menutup ratusan cawangan mereka di Amerika Syarikat kerana peningkatan yang mendadak dalam perniagaan atas talian.

Di Malaysia, penutupan dan pembukaan pasaraya baru adalah kerana strategi perniagaan. Ada juga yang buka pasaraya baru. Bulan lepas, Tesco membelanjakan RM55 juta bagi mengubah suai enam pasar rayanya supaya dapat memberi keselesaan kepada pengguna membeli-belah iaitu di Tesco Kota Bharu, Tesco Extra Penang, Jelutong Tesco Tanjung Pinang, Tanjung Tokong, Tesco Setia Alam, Tesco Shah Alam dan Tesco Bukit Indah.

Mydin pula melabur RM1 billion membuka tiga pasaraya baru di Sibu, Bintulu dan Miri. Pada bulan Jun 2016, Lulu Group, salah satu rangkaian pasar raya terbesar di Timur Tengah, mahu melabur AS$300 juta untuk membuka 10 pasaraya di Malaysia.

Giant memilih untuk menutup terus operasi dan fokus kepada strategi lain untuk menarik pelanggan manakala Tesco pula menggunakan strategi mengubahsuai pasaraya yang sedia ada untuk tarik pelanggan baru. Mydin dan Lulu Group pula membuat pelaburan ke atas pasaraya baru.

Keputusan perniagaan yang dibuat oleh Giant, Tesco, Mydin dan Lulu Group ini adalah kerana strategi pernigaan, keperluan pasaran dan trend terkini pengguna. Tidak ada kaitan langsung dengan ekonomi dan tuduhan bahawa Malaysia hendak bankrup.

Hanya pembangkang di Malaysia yang menjadikan pasaraya sebagai kayu ukur kekuatan ekonomi. Sebab itulah dalam Bajet Alternatif, mereka jadikan IKEA sebagai tanda aras ekonomi mereka. Kilang kena tutup di Pulau Pinang mereka tidak cerita pula?

Masih ingat apa yang menyebabkan ramai orang hilang kerja bila ekonomi gawat pada tahun 1997 dan 2008? Kilang yang ditutup, bukannya pasaraya. Pulau Pinang yang menghadapi tanda tanda sebagai sebuah negeri yang gagal. Kilang banyak ditutup di negeri pimpinan Guan Eng itu.

Beberapa bulan lepas, beberapa akhbar berbahasa Cina melaporkan bahawa kedudukan Pulau Pinang sebagai Lembah Silikon Timur kini semakin goyah. Ini kerana sembilan kilang dijangka akan ditutup. Kilang kilang itu ialah Motorola, Blaupunkt, HGST, Amphenol TCS, EMC, UTi, Ericsson, Seagate dan AMD.

Kilang Western Digital & Seagate sahaja telah buang 3,000 orang pekerja. 6,000 lagi dibuang di kilang kilang lain yang ditutup dan berpindah.

Pelaburan ke Pulau Pinang pun semakin kurang. Laporan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, MIDA pada April 2017 menunjukkan penurunan sebanyak 30% pelaburan ke Penang. Pada Januari hingga Ogos 2016, pelaburan ke Penang hanya berjumlah RM3.77 billion berbanding RM5.34 billion pada tahun 2015.

Kilang yang ditutup, pelaburan yang semakin kurang antara punca negeri itu mengalami kegagalan. Lebih gagal lagi bila ada banjir, wujud kilang haram yang menyebabkan kematian penduduk sekitar dan tanah runtuh yang mengorbankan nyawa pekerja pembinaan.

Sudah terdesak sangat pembangkang hingga terpaksa politikkan penutupan lima cawangan Giant sebagai isu politik. Buat demo gagal, buat Bajet Alternatif pun gagal. Apa lagi yang boleh dijadikan isu oleh mereka. Terpaksalah putar belit cerita Giant ditutup ini, semata mata untuk bangkitkan kemarahan dan mengelirukan rakyat.

Terlupa pula, jualan kereta Proton meningkat sejak Mahatihr tiada di Proton, pembangkang tidak mahu cerita kah?


Tulisan :
Beruang Biru
BB643, Khamis
2 November 2017

Post a Comment

Video

[Video][video]
[blogger]

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget