Hina Bangsa Bugis, Mahathir Perlu Disiasat Di Bawah Akta Hasutan 1948

Semalam, menerusi satu kenyataan akhbar yang dari Istana Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah memandang serius, murka dan amat kecewa dengan petikan ucapan Mahathir yang telah menghina bangsa Bugis.

Mahathir berkata "Mungkin kerana dia (Najib Razak) berasal dari lanun Bugis. Entah macam mana dia sesat sampai ke Malaysia. Pergi baliklah ke Bugis."

Mahathir mengeluarkan kenyataan menghina bangsa Bugis itu ketika berucap dalam perhimpunan Sayangi Malaysia, Hapus Kleptokrasi anjuran pembangkang di Padang Timur MBPJ, pada 14 Oktober 2017.

Ucapan Mahathir itu dianggap keterlaluan dan boleh mencetuskan perasaan benci dan prasangka buruk rakyat terhadap bangsa Bugis sehingga boleh mencetuskan kekecohan dan huru-hara. Tohmahan ini secara tidak langsung menghina salasilah dan keturunan Kesultanan Selangor yang berasal dari Bugis.

Sudah 20 hari sejak Mahathir berkata sedemikian kepada bangsa Bugis. Namun sampailah ke hari ini, Mahathir masih lagi belum memohon maaf secara terbuka kepada seluruh bangsa Bugis kerana mengeluarkan kenyataan menghina itu.

Dewan Diraja Selangor menuntut supaya satu siasatan dan tindakan undang-undang di bawah Akta Hasutan 1948 atau apa-apa undang-undang berkaitan diambil terhadap Mahathir.

“Ahli-ahli Dewan Diraja Selangor menjunjung segala titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku berkaitan dengan isu ini dan berpandangan agar satu siasatan dan tindakan undang-undang di bawah Akta Hasutan 1948 atau apa jua undang-undang berkaitan wajar diambil ke atas Tun Dr. Mahathir” menurut kenyataan media Sultan Selangor yang dikeluarkan Setiausaha Dewan Diraja Selangor, Hanafisah Jais.

Syed Saddiq, Ketua Armada PPBM pula tampil untuk mempertahankan Mahathir setelah Sultan Selangor bertitah murka. Syed Saddiq selaku 'jurucakap' kepada Mahathir juga seolah-olah telah menghina Istana Selangor apabila menegaskan bahawa Sultan Selangor tersalah dalam menafsir ucapan Mahathir pada 14 Oktober 2017 lalu yang diucapnya juga di Selangor.

Adakah Mahathir dan Syed Saddiq mahu terus biadap kepada Sultan Selangor yang menurut sejarahnya lahir dari salasilah bangsa Bugis? Rentetan daripada kenyataan pembelaan Syed Saddiq itu, apakah Mahathir dan Syed Saddiq turut mahu mengiyakan bahawa keturunan Sultan Selangor juga dari keturunan lanun dan pendatang?

Bagi menjunjung tinggi titah Istana Selangor, maka Mahathir tidak perlu dilepaskan bebas begitu sahaja tanpa diambil tindakan. Dia sudah sepatutnya disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 atau mana-mana peraturan yang ada kerana terang-terangan telah menghina keturunan Bugis secara terbuka.

Persatuan Bugis Johor sudah membuat dua laporan polis pada 17 Oktober terhadap Mahathir. Bekas Presiden Persatuan Komuniti Bugis Sabah, Datuk Osman Jamal sudah lama desak Mahathir minta maaf. 18 Oktober, 200 anggota Persatuan Perpaduan Rumpun Bugis Melayu Malaysia (PRBM) telah melakukan demonstrasi di Yayasan Kepemimpinan Perdana, Putrajaya membantah ucapan Mahathir.

Di Indonesia, Perhimpunan Bugis Makassar Indonesia (PPBMI) mahu mengadakan demonstrasi besar-besaran di Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia kerana tindakan biadap Mahathir menghina bangsa Bugis itu.

Semua pihak sudah menyatakan kemarahan pada kenyataan Mahathir itu, termasuklah Sultan Selangor yang turut sama murka. Dalam situasi begini, boleh pula bakal menantu Azmin Ali, Syed Saddiq ‘mencelah’ dengan mengutus warkah terbuka kepada Sultan Selangor.

Pada pula pendirian Azmin Ali setelah Sultan Selangor murka ini? Masih lagi mahu mempertahankan Mahathir seperti Syed Saddiq?

Dengan Kit Siang dan DAP, mudah sangat Mahathir memaafkan segala galanya. Daripada gelar macam macam kepada Kit Siang, kini bukan main lagi Mahathir puji dan lambung DAP. Hanya dengan DAP sahaja Mahathir tunduk dan melutut sekarang ini.

Dengan Anwar Ibrahim mengenai kes liwat, Mahathir tidak mahu minta maaf. Dengan bekas bekas Ops Lalang, Mahathir enggan lagi memaafkan. Dengan bekas mangsa tragedi Memali, belum lagi Mahathir maafkan. Bila ditanya, berbelit belit jawapan Mahathir.

Dengan bangsa Bugis pun begitu juga, susah sangat Mahathir hendak memohon maaf. Daripada suruh Syed Saddiq tulis surat, kenapa Mahathir sendiri tidak pergi dan mengadap Sultan Selangor?

Inilah ego Mahathir. Tidak mahu mengalah. Memang wajar sangat kenyataan Mahathir itu diambil tindakan dari sudut perundangan.


Tulisan :
Beruang Biru
BB645, Jumaat
3 November 2017

Post a Comment

Video

[Video][video]
[blogger]

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget