Banyak sangat main wayang, itu sebabnya jangan percaya kepada pembangkang. Banyak drama dimainkan oleh mereka selama ini untuk menyalahkan orang lain. Terbaru di Parlimen, semalam, melibatkan Ahli Parlimen PKR Bayan Baru, Sim Tze Tzin.
Ketika sesi soal jawab berlangsung di Dewan Rakyat, Sim telah bertanya kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, adakah kerajaan merancang untuk memperuntukkan RM2 bilion dari dana luar jangka kepada Pulau Pinang.
Menghairankan bagaimana beliau boleh meminta kerajaan pusat memberi bantuan tambahan RM2 bilion pada Pulau Pinang untuk bantuan banjir sedangkan ketika undian diadakan di Parlimen, 59 undi daripada blok pembangkang, yakni Pakatan Harapan (PH) telah menolak rang Bajet 2018.
Sedangkan kandungan ibu segala bajet itu termasuk peruntukan untuk menangani banjir. Malah semasa
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan Bajet 2018 pada 27 Oktober lepas, beliau mengumumkan peruntukan RM517 juta untuk rancangan tebatan banjir di seluruh negara.
Inilah wayang dan penipuan dari PH. Mereka mahu kerajaan menolong memberi dana tetapi tidak sokong luluskan Bajet 2018 yang menjadi 'punca kuasa' perbelanjaan wang negara?
Sikap seperti inilah yang mengecewakan. Di dalam Dewan Rakyat, mereka menolak peruntukan berkenaan tetapi di luar dewan, mereka inilah yang beria-ia mendesak kerajaan pusat membantu kerajaan DAP Pulau Pinang untuk menyelesaikan masalah banjir di negeri berkenaan.
Untuk rekod, sejak 2013, sudah 120 kali banjir berlaku di Pulau Pinang. Apa yang kerajaan negeri lakukan untuk mengatasinya, adakah dengan mengharapkan bantuan daripada kerajaan pusat semata-mata?.
Melihat kepada `drama ini' maka wajarlah rakyat menilai sejauh mana keikhlasan dan kesungguhan para pemimpin PH ini dalam membantu mereka.
Kalau dengar pembangkang bercakap, memanglah sedap mendengar tetapi ingatlah itu semua retorik. Banjir yang berlaku di Pulau Pinang patut membuka mata semua, bagaimana mereka gagal mengotakan janji.
Jika diimbas kembali, pada 15 Disember 2013, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng begitu angkuh mengeluarkan kenyataan mampu menyelesaikan masalah banjir dalam tempoh satu penggal sahaja, tetapi lihatlah apa yang terjadi kini.
Pulau Pinang hampir lumpuh dalam kejadian banjir pada 8 November lalu. Ambillah ikhtibar daripada apa yang berlaku. Jangan percaya kepada cakap-cakap retorik pembangkang, yang sekadar untuk menyedapkan telinga semata-mata.
Tulisan :
Beruang Biru
BB660, Rabu
15 November 2017
Post a Comment