DAP Bukan Lagi Sebuah Parti Demokrasi

Nama penuh DAP adalah “Democtratic Action Party” atau “Parti Tindakan Demokratik”. Matlamat pertama dalam Perlembagaan DAP tertulis ayat ini “menubuhkan konsep demokrasi sosial di Malaysia”. Nilai demokrasi inilah teras utama penubuhan DAP sejak 11 Oktober 1965 lagi.

Semalam, selepas pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat,CEC diadakan di Pusat Konvensyen Ideal, Shah Alam, nilai demokrasi yang selama ini dijadikan teras utama DAP itu lebur.

Tiada demokrasi lagi dalam DAP. Yang tinggal hanyalah Dinasti Kit Siang. Pada pemilihan semalam, hanya 54 peratus sahaja atau 1,356 orang daripada nama 2,514 perwakilan yang hadir.

Seramai 1,334 orang atau 46% tidak hadir. Separuh dewan kosong. Ada penyakit besar sedang berlaku kepada sesebuah parti bila separuh daripada ahli parti tidak hadir.

Undi yang diterima pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang ialah 1,199 undi. Sejumlah 157 orang yang hadir pun tidak mengundi Kit Siang. Dari segi peratusan, jumlah 1,199 ini jika dikira seluruh perwakilan DAP yang ada iaitu 2,514 orang, hanyalah 47.6% sahaja.

Ini bermaksud Kit Siang hanya dapat 47% sahaja kepercayaan daripada seluruh perwakilan yang ada dalam DAP. Tidak sampai pun separuh.

Anak beliau, Lim Guan Eng pula dapat 1,180 undi . Seramai 176 orang yang hadir pun tidak undi Guan Eng. Mereka ada yang lebih rela undi Karpal Singh daripada mengundi Guan Eng yang masih hidup.

Jumlah 1,180 undi ini hanyalah 46.9% daripada keseluruhan perwakilan DAP. Bermakna krisis keyakinan terhadap Guan Eng amat teruk. Oleh kerana itulah terdapat 15 orang bekas ahli DAP membantah Guan Eng bertanding dalam CEC.

Guan Eng hendak bertanding buat apa? Esok, 14 November 2017 dia akan masuk mahkamah untuk dibicarakan mengenai dua kes rasuah yang belum selesai lagi. Sewajarnya Guan Eng selesai dulu kes rasuah di mahkamah.

Kalau semua perwakilan hadir, sebenarnya belum tentu dua beranak ini menang dalam pemilihan CEC semalam. Dalam pemilihan berkenaan, turut menerima undi ialah bekas Pengerusi DAP, mendiang Karpal Singh turut menerima 43 undi walaupun sudah meninggal dunia.

Difahamkan nama Karpal iaitu calon nombor 21 diletakkan dalam senarai calon kerana mengikut peraturan ROS yang mahu nama semua calon sama seperti pemilihan yang dibatalkan sebelum ini.

Undi yang diterima oleh Karpal ialah bukti ada perwakilan DAP tidak yakin dengan pengurusan CEC ketika ini sebaliknya masih percaya dengan orang yang sudah meninggal dunia dan bukannya anak beranak Lim.

Dengan Setiausaha Agung perasuah masih kekal dan pemimpin yang sudah tua dan gagal juga masih kekal, tidak ada ruang langsung untuk perubahan dalam DAP.

Kit Siang kekal sebagai Ketua Parlimen DAP, iaitu jawatan yang paling berkuasa berganding dengan Guan Eng anaknya. Walaupun, Ahli Parlimen DAP-Cheras, Tan Kok Wai dilantik Pengerusi DAP yang baru menggantikan Karpal, yang berkuasa sebenarnya ialah Kit Siang.

Sebagai Ketua Parlimen, di situlah Kit Siang boleh mengarahkan semua wakil rakyat DAP yang ada. Inilah jawatan yang mempunyai kuasa yang sebenar di parlimen, bukannya Tan Kok Wai. Jawatan yang ada pada Tan Kok Wai hanyalah jawatan wayang semata mata.

Lihatlah di mana kedudukan Kit Siang dalam parlimen berbanding Tan Kok Wai. Jika terjadi pakatan sulit antara DAP dengan Mahathir, Kit Siang yang pergi berurusan bukannya Tan Kok Wai. Kit Siang yang akan jadi Timbalan Perdana Menteri menurut perjanjian sulit itu, bukannya Tan Kok Wai.

Tan Seng Giaw pula digantikan dengan Gobind Singh Deo. Lihatlah di twitter Tan Seng Giaw, beliau seolah olah hendak menyuarakan sesuatu bila memetik sajak dan puisi dari Shanghai dan Parsi. Ada maksud tersirat yang hendak Seng Giaw berikan kepada perwakilan DAP di twitternya? Siapa tahu?

Dalam pentadbiran DAP, Guan Eng dan Kit Siang yang paling berkuasa. Organisasi DAP ini sama seperti apa yang ada dalam Pakatan Harapan (PH). Dalam Pakatan Harapan pun, Kit Siang adalah ketua sebenar yang mengatur pergerakan politik pakatan itu. “Top dog” sebenar dalam DAP dan Pakatan Harapan adalah Kit Siang.

Demokrasi sudah terkubur dalam DAP. Hanya yang kekal berkuasa adalah diktator Kit Siang selama 52 tahun. Nama DAP sudah boleh ditukar kepada “Dictator Action Party” bukan lagi “Democratic Action Party”.


Tulisan :
Beruang Biru
BB656, Isnin
13 November 2017

Post a Comment

Video

[Video][video]
[blogger]

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget