VIDEO-Zahid Ada Bukti Rakaman Rancang Jatuhkan Najib

JERLUN-Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan bahawa beliau mempunyai rakaman sebagai bukti bekas pemimpin negara terlibat mendalangi komplot bagi menggulingkan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Razak pada tahun 2015.

Pekara itu didedahkannya semasa berucap di mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Jerlun hari ini.
Ketika pertemuan saya buat dengan pemimpin berkenaan, ia berlaku dengan keizinan Datuk Seri Najib, 10 hari selepas saya dilantik sebagai timbalan perdana menteri,kata Zahid.

Pemimpin itu menyatakan bahawa beliau telah meminta beberapa pemimpin pembangkang untuk berkerjasama dengan pemimpin UMNO yang telah kehilangan jawatan ketika itu untuk membuat undi tidak percaya dikalangan ahli-ahli parlimen.

Zahid juga turut memaklumkan,rancangan itu turut menyebut akan mengadakan memorandum raja-raja Melayu yang meminta Yang di-Pertuan Agong memecat Najib, andainya usaha peringkat pertama gagal.

Dalam ucapan di mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Jerlun,Zahid juga turut menyatakan kerusi Jerlun penting bukan sahaja untuk UMNO dan Barisan Nasional negeri Kedah tetapi untuk UMNO dan Barisan Nasional seluruh Malaysia.

Menurut data PRU 13,Jerlun mempunyai pemilih berdaftar 52.383 dan difahamkan Jerlun mempunyai ahli UMNO 23,472 manakala wanita mendahuli bilangan ahli.


Youtube Beruang Biru 


Dalam ucapan itu juga Zahid menyentuh Jerlun sebelum ini sering menerima calon terjun,katanya,saya tidak nampak bahagian Jerlun ini terganggu gugat beberapa ketika yang lalu.Jerlun ini sering menerima calon-calon payung terjun,ini melihatkan orang-orang Jerlun ini orang-orang baik hati,yang taat setia pada parti ,siapa pun mai mereka sanggup bagi undi dan kerja keras untuk depa menang.

Zahid juga turut memberi bayangan PRU Ke-14 nanti anak tempatan akan dipilih sebagai calon Barisan Nasional,ini kerana beliau sendiri menyatakan,''Tapi sabar kita hadkan,macamlah orang jerlun tiada yang cerdik,ramai orang jerlun yang cerdik.

Zahid juga turut membidas mereka yang mengatakan Kedah kembali kepada Barisan Nasional kerana dua beranak yang telah meninggalkan UMNO,katanya, Allah Taala mentakdirkan kita dapat semula negeri Kedah ini,ada orang mengatakan bahawa Kedah balik kepada UMNO dan Barisan Nasional sebab orang itu,sebab bapa orang itu.Yakinlah kemenangan kita bukan disebabkan satu dan dua orang individu,tetapi disebabkan sumbangan pemimpin-pemimpin UMNO di negeri Kedah dan sumbangan ahli-ahli akar umbi di negeri Kedah.

Kita harus melihat,bahawa jika seseorang itu merasakan bahawa kemenangan itu disumbangkan oleh orang itu semata-mata,tolong lah jangan hina orang Kedah,orang Kedah pun komited,orang Kedah pun mempunyai iltizam yang tinggi,orang Kedah pun harus dihormati bahawa mereka pun mahu melihat mercu tanda UMNO dan Barisan Nasional terus diperkasakan.-BERUANG BIRU

Post a Comment

Video

[Video][video]
[blogger]

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget