Perkasa semalam mengecam majlis pecah tanah Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Menurut Setiausaha Agungnya Syed Hassan Syed Ali, majlis tersebut tidak rasa seperti di Malaysia. Tuduhan Syed Hasan yang disebar menerusi Whatsapp dan Facebook itu turut dikongsi oleh Malaysiakini yang mengambil kesempatan untuk memburuk burukan kerajaan.
Soalnya, adakah tuduhan Perkasa itu benar?
Pada hakikatnya Syed Hassan menuduh tanpa bukti yang jelas. Syed Hassan dalam ruangan komen dua Fan Page Facebook, Tok Adi The Justice dan Wa Sengat Lu, telah disoal berulang kali apakah dia benar benar hadir dalam majlis tersebut atau tidak?
Syed Hasaan tidak menjawab pun. Syed Hassan teruk "dibahan" oleh netizen yang akhirnya menilai apa yang dituduhnya itu adalah tidak benar sama sekali.
Tuduhan itu tidak benar kerana gambar gambar yang dipaparkan oleh pihak yang menuduh (Syed Hassan) adalah semasa semua jurutera syarikat China Communications Contruction Company Ltd, CCCC datang untuk meraikan kedatangan pengerusi mereka, bukannya Perdana Menteri.
Itu adalah di majlis yang berasingan di sebelah pagi dalam acara berasingan yang bukan melibatkan Perdana Menteri pun.
Pada majlis sebenar, ianya dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kelihatan bersalaman dengan Kaunselor Negara China, Wan Yong pada majlis pecah tanah projek ikonik Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL).
Dalam majlis perasmian itu, ada bendera Malaysia dan ada pengerusi majlis yang berbahasa Malaysia dan Mandarin pada seluruh majlis.
Ucapan PM terus diterjemahkan ke bahasa Mandarin kepada semua delegasi China menerusi “headseats” yang dipakai oleh mereka.
Shahar Abdullah, Ketua Pemuda UMNO Pahang menyangkal dakwaan Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali yang menuduh bahawa majlis pecah tanah ECRL yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak memegang prinsip kenegaraan, tidak patriotisme dan bersifat Pro-China.
"Untuk pengetahuan Syed Hassan, bahasa Melayu digunakan dalam ucapan Perdana Menteri dan Pengerusi MRL tetapi memandangkan budaya kita sebagai orang Islam menghormati tetamu, itu sebabnya kita ada menggunakan khidmat penterjemah bahasa.
Persembahan pentas menunjukan identiti budaya Malaysia, di mana penyambut tetamu juga berpakaian kebaya malah majoriti yang hadir dalam majlis bersejarah itu adalah rakyat Malaysia" menurut Shahar lagi.
Ternyata Perkasa melalui Syed Hassan telah meroyan tidak bertempat hanya semata-mata mahu memburukkan produk mega berkelas dunia untuk rakyat itu.
Dari Gombak ke Tumpat hanya ambil masa 4 jam sahaja. Berbanding perjalanan menaiki kereta sepanjang 688 kilometer yang mungkin memakan masa 7 hingga 8 jam. Jimat masa dan tidak meletihkan buat mereka yang mahu pulang ke Pantai Timur.
Jika tidak, setiap kali cuti perayaan, warga kota yang berasal dari Kelantan, Terengganu dan Pahang bertembung dari Tol Gombak sampailah ke Tol Bentong. Jalannya "jammed" teruk atau "sumbat lemak" kata orang Pantai Timur.
Syed Hasan ini bukannya balik beraya di Pantai Timur pun, jadi usahlah meroyan tidak bertempat bila ramai orang Pantai Timur dapat manfaat dengan pembinaan ECRL ini nanti. Sama macam Rafizi lah, sampai sekarang takut naik MRT, sebab dia pernah bantah pembinaan MRT dulu.
Rakyat jangan terpedaya dengan cerita tidak betul orang yang tidak pun hadir di majlis pecah tanah ECRL itu. Hanya membuat cerita dari jauh, di atas papan kekunci sahaja.
Tulisan :
Beruang Biru
BB534, Khamis
10 Ogos 2017
Post a Comment