Media Tidak Bebas Selama 22 Tahun, Patutlah Rakyat Tidak Tahu Kerja Kotor Mahathir
Ketika berucap pada Majlis Penyampaian Hadiah Kewartawanan Malaysia (20 Ogos
1986) selepas memenangi pilihan raya umum 1986, Mahathir kata ;
"Saya tidak begitu gembira dengan segelintir wartawan yang boleh dibeli Zionis dan Yahudi"
Hari ini siapa yang percaya dengan laporan media luar seperti Wall Street Journal dan Sarawak Report? Mahathir lah orangnya. Sanggup bersekongkol dengan media yang ditaja oleh Rupert Mudoch dan George Soros itu untuk menjatuhkan kerajaan demokrasi di Malaysia.
Malah, sanggup membayar USD$5 juta kepada Clinton Foundation untuk burukkan Malaysia. Sanggup jumpa Claire Rewcastle Brown di London untuk jatuhkan pemimpin di Malaysia. Sekarang ini siapa yang sudah kena beli?
Dalam perjalanan untuk hadir ke satu majlis pada tahun 2000, Allahyarhan Fadhil Nor, bekas Presiden PAS pernah berdoa agar hayat Mahathir dipanjangkan supaya rakyat dapat menjadi saksi akan kerosakan yang pernah dilakukannya.
Dengan kuasa Tuhan, doa itu telah dimakbulkan sekarang. Sekarang seluruh rakyat sudah mula sedar mengenai betapa banyaknya skandal-skandal berbilion ringgit melibatkan Mahathir.
Ia mula terdedah apabila zaman pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak yang tidak lagi mengongkong kebebasan media seperti yang menjadi amalan Mahathir 22 tahun lalu.
Mana mungkin kita dapat tahu bahawa Mahathir pernah 'songlap' wang rakyat sebanyak RM30 bilion melalui skandal Forex, pembunuhan penyiasat melalui skandal BMF, kerugian Syarikat Perwaja, aktiviti 'bail out' syarikat-syarikat kroni dengan menggunakan wang rakyat dan pelbagai lagi.
Benarkah zaman Mahathir dulu media tidak bebas? Jawapannya ya. Ini disahkan melalui hasil dapatan fakta untuk kajian Doktor Falsafah, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi.
Menurutnya, media pada era sebelum tahun 2003 terpaksa menggunapakai keputusan yang dibuat oleh seseorang - tidak dibenarkan bebas berkarya.
Walaupun Zahid tidak menamakan orang itu, namun ia jelas lagi bersuluh menunjukkan ia perilaku keji Mahathir ketika ada kuasa.
Malah ketika berlakunya insiden Memali pada tahun 1987, Mahathir telah gantung akhbar seperti The Star, Sin Chew Jit Poh dan Utusan.
Pentadbiran Mahahir digelarkan dengan pelbagai gelaran umpamanya “Machiavelli Malaysia” , autoritarian mahupun diktator kerana layanan buruknya terhadap media.
Malah Mahathir dikecam oleh Jawatankuasa Melindung Wartawan (Committee to Protect Journalists) sebagai salah seorang daripada sepuluh musuh utama kepada akhbar (10 Enemies of the Press), bagi tahun 1999, 2000 dan 2001.
CPJ menamakan “Sepuluh Musuh Akhbar” setiap tahun sempena Hari Kebebasan Akhbar Sedunia pada setiap 3 Mei. Mahathir di tempat kelapan pada 1999, kesepuluh pada 2000 dan 2001.
Hari ini, semua maklumat di hujung jari. Rakyat boleh menilai sendiri yang mana kebenaran dan persepsi. Strategi pembohongan Mahathir kini tidak boleh diselindung lagi. Dulu Mahathir lah yang guna pakai "everything to hide". Hari ini dah tak boleh selindung lagi dah.
Tulisan :
Beruang Biru
BB548, Selasa
22 Ogos 2017
Post a Comment