Kalau ada ahli PPBM keluar parti, cepat sangat hendak tuduh UMNO. Kalau ada puak PPBM gaduh sama sendiri, UMNO juga yang dituduhnya. Sebenarnya PPBM sudah bermasalah di peringkar akar umbi lagi.
Oleh kerana itulah, kita dengar berita ada banyak ahli PPBM keluar parti. Bukan satu tempat, tetapi berlaku di Baling, Rembau, Gopeng, Kerteh, Teluk Kemang, Pandan, Sik dan banyak tempat lagi.
Dalam Armada pun masih ada tiga exco memberontak. Dalam Srikandi pun bergolak sampai keluar kes video "klimaks 4 kali" dan semua orang tahu pergaduhan terbuka antara Hamidah, Syed Saddiq dan Khairuddin dalam PPBM. Semalam, adalah aksi kemuncak pergaduhan itu berlaku. Hingga terbang kerusi dibuatnya.
Cepat sangat anak angkat Mahathir buat kesimpulan. Azmin Ali tuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendalangi pergaduhan di Forum Nothing To Hide yang berlangsung di Dewan Raja Muda Musa di Kompleks Belia & Kebudayaan, Shah Alam.
Azmin kata "Dr Mahathir hanya mahu berdebat mengikut amalan demokrasi dan sihat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tetapi mendapat respon dengan balingan kasut, kerusi dan suar.
"Setelah takut berhujah, Najib menggunakan gangsterime untuk menutup mulut Tun Dr Mahathir dan ia adalah tindakan pengecut,"
Tuduhan Azmin ini hanya tuduhan rambang dan tidak ada sebarang asas pembuktian. Yang pengecut sebenarnya adalah Azmin, berapa banyak isu di Selangor yang sudah dijawab Azmin ? Tidak ada, semuanya masih berstatus "Something To Hide".
Kalau Azmin ada bukti bawalah ke pihak berkuasa. Usah buat tuduhan palsu yang semata mata mahu kelirukan masyarakat sahaja. Azmin kena tahu bahawa dalam Armada dan PPBM sendiri sudah lama berlaku pergolakan dalaman. Azmin sila kaji kronologi ini dulu.
13 Jun 2017, Hafiz Azhar buat kenyataan media desak Mahathir jawab skandal kekayaan anak dan skandal Nika Gee, Muhyiddin. Soalan tidak dijawab tetapi Hafiz Azhar dituduh diupah oleh UMNO oleh Mukhriz.
Hari yang sama, Mohamad Taufik Abas, Exco Armada PPBM bidas Mukhriz bila buat tuduhan terhadap Muhammad Hafiz Azhar mengatakan Hafiz didalangi oleh UMNO.
Seminggu kemudian pada 20 Jun 2017, Taufik Abas hadir ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya bersama sekumpulan penyokongnya bagi menyerahkan pelbagai bukti mengenai salah guna kuasa dan rasuah melibatkan Pengerusinya sendiri, Mahathir dan anaknya, Mukhriz.
Semalam pada 13 Ogos 2017, 3 bulan selepas itu, Taufik Abas datang ke program Nothing To Hide dan bertanya soalan mengenai tragedi Memali pula kepada Mahathir.
Namun Mahathir beri jawapan yang kurang memuaskan mengenai tragedi Memali. Selepas itu bermulalah tragedi baling kerusi. Menurut seorang saksi bernama Azrul Asraf ;
"Kejadian baling kerusi itu bermula bila ada seorang hadirin bertanyakan Mahathir pasal kes Memali. Kebetulan, aku hanya duduk beberapa meter sahaja dari penyoal tersebut. Aku nampak sendiri kasut terbang ke arah hadirin yang bertanya itu. Lepas itu mula lah orang baling kerusi, diikuti oleh suar (flair)
Aku tulis ini sebab aku menyampah bila orang kaitkan Umno dengan insiden tersebut. Kami datang dengan berlapang dada untuk mendengar penjelasan Mahathir. Takkan lah bila ada soalan yang berpihak pada kami, kami nak serang pulak individu yang menyoal tersebut. Tidak masuk akal" tulis saksi tersebut di Facebooknya.
Oleh itu, Azmin jangan cepat sangat menuduh UMNO dan Perdana Menteri sebagai punca kejadian ini. Pergaduhan terjadi khabarnya daripada sekumpulan pemuda Armada sendiri yang berada di belakang dewan.
Budak budak baju hitam inilah yang mula baling kerusi kepada budak budak baju merah dalam dewan semalam. Kalau tidak silap budak baju hitam ini adalah pihak keselamatan program, macam mana pihak sekuriti pula yang buat kacau dan ganas?
Tidak percaya? Memang betul, penganjur semalam yang perlu dipertanggungjawabkan kerana keganasan yang berlaku. Pihak yang cedera akibat keganasan itu boleh saman pihak PPBM dan penganjur. Video ini jadi bukti, lihat video di pautan ini.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1708518996124524&id=1455416204768139
Dalam satu video yang dimuat naik ke Youtube oleh seorang yang bernama Faiz Na'aman dua orang suspek yang dikatakan membuat kacau itu tidak mengaku pula mereka buat kecoh. Mereka pun tidak mengaku yang ada sesiapa termasuklah UMNO yang dituduh upah mereka.
Tidak lama kemudian, video yang dimuat naik oleh Faiz Na'aman itu "hilang" dari Youtube. Nampaknya memang ada "something to hide". Kenapa pula tiba tiba video yang dimuat naik oleh geng bunga itu hilang?
Mahu sembunyikan sesuatu? Mana ada bukti UMNO yang terlibat. Itu hanya tuduhan semata mata.
Mana bukti Azmin dan Mukhriz yang tuduh UMNO yang jadi dalang baling kerusi? Jawapannya adalah tiada. Yang ada adalah video pihak sekuriti program sendiri yang baling kerusi dan suar.
Dalam PKR pun pernah terjadi budaya baling kerusi ini. Ramai masih ingat, ianya berlaku sewaktu Azmin lawan jawatan Timbalan Presiden menentang Khalid Ibrahim pada 2014.
Masa itu, Azmin buat drama yang sama seperti sekarang. Tuduh UMNO. Sampai ke sudah memang tiada bukti UMNO terlibat. Namun selepas kekecohan yang berlaku, siapa yang dapat untung? Yang jadi Timbalan Presiden PKR dan Menteri Besar?
Orang itu adalah Azmin. Apakah budaya baling kerusi ini sudah jadi acara "black ops" terbaru PPBM? Taktik propaganda raih simpati dengan cara baling kerusi ini hanya berlaku di Selangor. Tentu cara ini hadir dari idea orang yang sama. Siapa dia?
Rakyat jangan cepat melatah. Pembangkang yang "desperate" akan buat apa sahaja untuk "divert issue" utama. Agar rakyat lupa yang 7 hari sahaja lagi RCI Skandal Forex akan mulakan perbicaraan. Agar rakyat lupa kes tangkapan rasuah Exco DAP di Penang.
Kenapa Kit Siang terlebih dahulu beredar keluar dari dewan sebelum kekecohan berlaku? Kit Siang dah tahu akan apa kerusi terbang untuk tutup kes rasuah di Penang?
Mereka yang gaduh sama sendiri semata mata hendak buat drama simpati. Kemudian bila tuduh pihak lain sebagai dalangnya. Jangan sibuk menyalahkan UMNO, selesailah dahulu masalah parti sendiri.
Tulisan :
Beruang Biru
BB538, Isnin
14 Ogos 2017
Post a Comment