Betapa seronok Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng selepas menerima keputusan Mahkamah Rayuan bahawa peruntukan Seksyen 62, Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang mengkehendaki seseorang tertuduh memfailkan pertahananannya sebelum perbicaraan sebagai tidak sah dan terbatal.
Para penyokong DAP pun begitu seronok seakan-akan Setiausaha Agung DAP itu sudah bebas dari tuduhan rasuah. Jangan seronok sangatlah. Ia hanyalah bersifat teknikal sahaja dan pendakwaan ke atas Guan Eng dan Ahli Perniagaan proksinya iaitu Phang Li Koon masih lagi berjalan.
Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan media pada 8 Ogos 2017, menganggap kes mereka berdua tidak terjejas dengan keputusan itu. Agensi itu memaklumkan akan mengemukakan rayuan ke peringkat Mahkamah Persekutuan.
Orang DAP jangan seronok lagi kerana pendakwaan kes kedua-dua individu berkenaan masih berjalan dan tuduhan ke atas Guan Eng dan Phang tidak pun diketepikan oleh mahkamah sebaliknya hanya terbatal melibatkan prosiding memfailkan pembelaan sahaja.
Pendakwaan rasuah pada 14 November ini memang diteruskan. Cuma Lim Guan Eng tidak perlu fail pembelaan sebelum didapati bersalah. Namun, jika hakim mendapati ada "prima facie" baru, maka Guan Eng perlu faikan pembelaan.
Dengan adanya Seksyen 62, sebelum ini tertuduh kena failkan pembelaan terlebih dahulu. Ini menyebabkan pendakwaraya ada kelebihan tahu akan strategi tertuduh
Kalau kita tengok muka Guan Eng pun dah tahu dia memang rasa bersalah. Orang yang rasa bersalah tidak boleh sembunyikan wajahnya yang sebenar. Murung, runsing dan sedih.
Itulah wajah Guan Eng ketika dia menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama SPRM pada Jumaat lepas. Dia tidak ikhlas "sign" IBR itu. Wajah yang sama ketika dia ditahan SPRM di Menara KOMTAR pada tahun lepas. Rakyat boleh menilai, wajah sebenar Guan Eng.
Jika DAP dibiarkan berterusan mentadbir Penang, maka banyak lagi wang dan harta rakyat akan dikebas mereka. Tanah digadai, lereng bukit ditarah untuk projek kroni, 26 kampung Melayu diroboh demi projek kroni.
Semalam, ada lagi yang ditahan kerana rasuah di Penang. Virus rasuah Guan Eng merebak di Penang. Semalam, seorang Ketua Pegawai Operasi (COO) syarikat Rapid Penang didakwa sehingga 41 pertuduhan rasuah bernilai RM438,418.91 yang diterima daripada empat syarikat bermula 2013 hingga 2017.
9 Mei 2017 , seramai 12 individu termasuk CEO Zakat Pulau Pinang, tiga pegawai kanan agensi itu serta lapan kontraktor ditahan SPRM bagi membantu siasatan kes penyelewengan wang zakat untuk projek pembangunan masyarakat ZPP sejak tiga tahun lalu.
Wang zakat pun diseleweng di negeri DAP perintah. Ini bukti virus rasuah Guan Eng amat kronik sekali. Kalau Guan Eng terus pegang jawatan Ketua Menteri, banyak lagi yang dicuri, diseleweng dan digadai.
Sekarang Guan Eng memang tidak senang duduk kerana jadi Ketua Menteri pertama yang didakwa kerana rasuah oleh SPRM dan sehingga kini masih pegang jawatan Ketua Menteri.
Guan Eng tidak layak lagi buat keputusan sebagai Ketua Menteri kerana kes rasuahnya masih lagi belum selesai di mahkamah. Amat wajarlah Guan Eng direhatkan dan letak jawatan sehingga kes mahkamah selesai. Jika tidak virus rasuah Guan Eng akan berjangkit pula pada orang lain di Penang.
Angka 14, iaitu tarikh perbicaraan rasuah Guan Eng beerti "mati". Mungkin kali ini, DAP akan terkubur dan mati di Penang kerana kes rasuah ini. Memalukan sekali parti yang mengaku demokratik pada namanya tetapi bila pemimpinnya terpalit rasuah, mereka bersikap "double standard".
Tulisan :
Beruang Biru
BB529, Selasa
8 Ogos 2017
Post a Comment