Pengerusi PPBM, Mahathir sebenarnya sudah mengakui dalam buku tulisannya Doktor Umum : Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau sebenarnya memang berketurunan India. Namun dalam buku itu Mahathir enggan menyatakan dari bahagian mana di India.
Ketika ini, semua orang sedang berbual dan berbincang tentang keturunan Mahathir selepas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan nama sebenar Mahathir melalui kad pengenalan biru awal beliau.
Datuk Seri Zahid mendedahkan perkara itu semasa merasmikan penutup Mesyuarat UMNO Bahagian Kelana Jaya dengan menunjukkan gambar pengenalan biru Mahathir yang tertera nama Mahathir A/L Iskandar Kutty.
Mahathir cuba membuat helah dengan menyatakan bahawa masa dulu istilah A/L tidak digunakan kepada orang berketurunan India Muslim di negara ini dan mencabar supaya ditunjukkan kad pengenalan berkenaan.
Semalam juga, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed sudah menyatakan bahawa pendedahan Datuk Seri Zahid itu benar dan tidak ada kesalahan atau berunsur jenayah.
"Ramai yang hanya sekadar tahu bahawa 'Mahathir bin Mohamad'...Itu yang awak tahu, yang awak tak tahu?
"Jadi betullah apa yang didedahkan oleh Zahid itu," katanya dalam satu sidang media di Bangsar.
Dalam buku tulisan Mahathir, jelas tertulis dalam Bab 2 tentang Nilai Kekeluargaan, mukasurat 16 di bahagian bawah memetik Mahathir menulis menyatakan bahawa bapanya Mohamad Iskandar adalah berketurunan dari India.
"Bapa saya berketurunan Melayu Pulau Pinang, kebanyakan Melayu Pulau Pinang ada darah keturunan India. Penghijrahan dari India paling banyak berlaku apabila Pulau Pinang menjadi negeri jajahan British.
"Oleh kerana hanya lelaki sahaja (India) yang datang, maka mereka biasanya berkahwin dengan wanita Melayu tempatan," kata Mahathir di dalam buku itu.
Dalam satu lagi bab Mahathir mengaku darahnya adalah dari keturunan India. Di bahagian kedua iaitu di Bab 3 : Saya Orang Melayu mukasurat 28, Mahathir sedar bahawa keturunan beliau sering dipersoalkan.
"Ada yang mendakwa bapa saya seorang Malayalee dan fasih berbahasa Tamil serta Malayalam. Sesetengahnya pula menulis beliau adalah seorang Hindu yang memeluk Islam kerana mengahwini ibu saya.
"Yang lain berkata mereka ada melihat dokumen mengenai keturunan saya.
Saya akui ada darah berketurunan India atau lebih tepatnya Asia Selatan mengalir dalam tubuh saya," katanya.
Kalau betul Mahathir mengaku, ketika zaman sebelum British yang mana penggunaan bin dan binti tidak digunakan lagi, sudah pasti ia menggunakan istilah lain iaitu anak lelaki (A/L). Mahathir juga ada menggunakan nama Kutty yang bermaksud anak.
Mengapa Mahathir rasa malu sangat hendak mengaku berkenaan pendedahan Datuk Seri Zahid itu?
Adakah takut orang Melayu akan tarik sokongan kepada partinya nanti dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti? Atau takut DAP tidak mahu lagi gunakan Mahathir sebagai umpan untuk tarik undi Melayu?
Mungkin kerana bukan darah Melayulah Mahathir selalu tulis buku kecam orang Melayu dan kata Melayu mudah lupa. Yang mudah lupa bukannya Melayu.
Yang mudah lupa adalah mamak Mahathir. Lupa pada keturunan sendiri. Malu mengaku keturunan sendiri sedangkan sebelumnya sudah pun menulis mengenai asal usulnya dalam buku memoirnya.
Hari ini, Mahathir dari Kerala menjadi umpan kepada Kit Siang yang berasal dari wilayah Fujian, China. Dipergunakan oleh Kit Siang dan DAP untuk pecah belah dan dapatkan undi Melayu. Pakatan Fujian-Kerala inilah yang sedang porak perandakan keadaan politik negara sekarang.
Tulisan :
Beruang Biru
BB522, Khamis
3 Ogos 2017
Post a Comment
Dulu-dulu catatan dlm sijil kelahiran di tulis s/o utk anak lelaki dan d/o utk anak perempuan,sbb tu lah Dr Mahathir marah bila timbul soal a/l.
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.