Nasi Kandar, BR1M, PR1MA : Dato Seri Najib Terus Kerja Untuk Rakyat Malaysia

Minggu ini, pembangkang bergelut memainkan persepsi kononnya selipar dan kerusi dibaling pada Mahathir. Isu yang sengaja dicipta untuk mengalihkan ingatan rakyat pada RCI Scandal Forex yang akan mulakan siasatan 3 hari lagi. Pada Isnin, minggu depan.

Biarpun video dan bukti jelas sudah disebar bahawa tuduhan itu hanya propaganda sahaja, namun pihak pembangkang berhempas pulas mainkan isu itu agar rakyat simpati pada Mahathir dan marahkan Dato Seri Najib 

Lihatlah bagaimana tenangnya Dato Seri Najib. Di sebalik semua tuduhan itu, semalam seramai 21, 380 orang duduk bersila makan nasi kandar bersamanya. Malah turut tercatat dalam Malaysia Book Of Records sebagai rekod jumlah orang paling ramai makan duduk bersila di atas tikar sambil menikmati hidangan nasi kandar.

Ini  kehadiran ikhlas orang ramai dan penduduk dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh yang mahu menunjukkan sokongan mereka kepada Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Niat jahat seramai 18 orang geng pembangkang yang mahu buat "flash mob" menyindir PM di stesen minyak berhadapan Politeknik Seberang Perai terus terbantut. Lebih baik makan "nasi kandaq" bersama PM dari melayan protes tepi jalan pembangkang itu.

Rakyat tolak, kerana pembangkang banyak sangat berpolemik dan tidak buat kerja. Berbeza denga kepimpinan BN di bawah Dato Seri Najib yang terus fokus membantu rakyat. 29 Ogos ini, BR1M akan dapat lagi bagi membantu rakyat menyambut Hari Raya Aidiladha.

Seramai 6,320,769 orang menerima manfaat melibatkan peruntukan RM5.41 billion. Sejumlah RM1,200 diagihkan kepada 3,242,048 penerima isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah, bantuan RM900 kepada 291,918 orang penerima isi rumah berpendapatan antara RM4,000 ke bawah dan bantuan RM450 kepada 2,786,803 kepada penerima bujang berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah.

Semua rakyat merasa, terus masuk ke dalam poket mereka bantuan BR1M ini. Bukan itu sahaja, baru baru ini bantuan rumah untuk rakyat juga diumumkan Dato Seri Najib bagi
golongan yang berpendapatan sederhana.

Di Pulau Pinang sahaja, bermula hujung tahun lepas, kerajaan BN komited untuk membina 10,000 unit rumah di bawah PR1MA di negeri itu. Lim Guan Eng hanya pandai beli banglo Pinhorn sahaja, rumah murah untuk rakyat dia tidak pandai bina.

Daripada jumlah itu, beliau berkata, PR1MA akan membina 1,124 unit di Bukit Gelugor, 1,520 unit di Batu Ferringhi; 9,564 unit di Sungai Pinang, Balik Pulau; 3,944 unit di Teluk Kumbar; 1,017 unit di Permatang Pauh dan 2,387 unit di Tasek Gelugor.

Di seluruh negara, sejumlah RM3.9 billion peruntukan telah diluluskan untuk rumah PR1MA. 500,000 unit rumah telah dibina secara berperingkat, 17,000 unit dijangka sipa pada 2017 dan 35,000 unit lagi dijangka siap pada 2018.

Selain itu semalam di Pulau Pinang, Dato Seri Najib juga melancarkan Blueprint 2.0 untuk Wilayah Ekonomi Utara yang bakal memberi manfaat kepada 4 juta orang di utara.

Semua orang boleh lihat sendiri bagaimna muka Guan Eng semalam yang turut hadir pada program tersebut. Muka yang sama semasa ditangkap SPRM. Tidak puas hati barangkali.

Minggu ini, Dato Seri Najib melakukan banyak sekali kerja untuk rakyat. BR1M, PR1MA dan Blueprint NCER tatkala pembangkang menuduhnya yang bukan bukan. PAS nampaknya lebih matang bila sanggup turun bersama sama makan nasi kandar Nashmir bersama PM.

Lepas Dato Seri Najib "mai ke Penang", Mahathir pula datang malam ini hendak hasut rakyat di Pulau Pinang. Katanya bawa sampai 100 orang "bodyguard", kerana takut selipar dan kerusi terbang.

"Tak dak sapa nak baling aiih" kata seorang pakcik di Politeknik semalam. "Dia saja ja nak buat pasai, akai jenuh Mahathir ni" ulas pakcik itu lagi.

Rakyat kena bersama sama bantu PM. Semalam, Laporan Moody's unjur KDNK Malaysia pada kadar 4.3% - 4.8% dan penarafan Fitch Rating pula adalah "A-". Ini satu petunjuk baik pada ekonomi negara. Bukanlah bankrup atau muflis seperti yang dikata pembangkang.


Tulisan :
Beruang Biru
BB544, Jumaat
18 Ogos 2017

Post a Comment

Video

[Video][video]
[blogger]

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget