18 Disember 2016, 8 pakej pembinaan Lebuhraya Pan Borneo dilancarkan oleh Datuk Seri Najib di Miri, Sarawak. Lebuhraya yang merentas hampir semua bandar dan kawasan di Sarawak.
Lebuhraya Pan Borneo Sarawak ini bakal memperkukuh dan memperluaskan jaringan jalan raya sedia ada dari Telok Melano, Sematan seterusnya ke bandar-bandar lain di Sarawak seperti di Lundu, Kuching, Bau, Padawan, Serian, Sri Aman, Betong, Saratok, Sarikei, Sibu, Selangau, Tatau, Bintulu, Bakun Junction, Miri, hinggalah ke Mengkalap-Merapok/sempadan Sindumin.
Lebuhraya bernilai RM16 billion ini adalah janji BN semasa PRU13. “Dalam manifesto PRU-13, BN menjanjikan Lebuh Raya Pan Borneo bermula di Sarawak. Hari ini, lebuh raya ini sedang pesat dibangunkan.
“Ini bukti bahawa BN adalah kerajaan yang menunaikan janji. We don’t just talk, we deliver! (Kita tidak sekadar bercakap, tetapi kita melaksanakannya),” kata Datuk Seri Najib pada 2 Mei 2016
Semalam, DAP dan PKR baru sibuk hendak merangka manifesto dan janji baru bagi PRU14 di Sarawak. PKR dakwa sudah ada calon berpotensi manakala DAP juga buat dakwaan yang sama. Akhirnya dua parti ini pasti akan bertembung sesama sendiri nanti pada PRU14.
BN sudah tunai janji, PKR dan DAP baru sibuk hendak rangka dan cipta janji baru.
Semalam, 7 Ogos 2017 adalah hari lahir
Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Haji Openg yang ke 67. Semalam juga, Abang Jo umumkan penubuhan syarikat minyak dan gas kerajaan negeri Sarawak iaitu Petroleum Sarawak (PETROS)
Kesemua Ahli Lembaga Pengarah Petros telah dilantik dan melibatkan mereka yang mempunyai pengalaman luas dalam industri minyak dan gas yang langsung tidak terlibat dalam sebarang aktiviti politik.
Berita ini sebenarnya cukup menggembirakan warga Sarawak. Namun, penubuhan Petros yang akan bekerjasama dengan Petronas ini adalah satu berita buruk buat pembangkang di Sarawak.
Sejak PRU11 hingga PRU14 nanti, modal politik pembangkang adalah tentang tuntutan pemberian royalti minyak kepada Sarawak.
Pembangkang berjanji seandainya pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan dan mampu memenangi majoriti kerusi di Sarawak, pakatan pembangkang akan memberi royalti kepada Sarawak.
Ini hanya janji manis sahaja. Belum tentu pembangkang hendak laksanakan. Penubuhan Petros sama sekali akan lenyapkan terus modal royalti minyak pembangkang ini.
Oleh kerana itulah, DAP Sarawak sudah mengaku kalah dalam Facebook mereka. DAP mengakui bahawa hanya parti setempat sahaja yang mampu membangunkan Sarawak dan memahami setiap satu keperluan negeri ini.
Penubuhan PETROS ini akan membuka banyak peluang pekerjaan buat rakyat Sarawak. Sepanjang 1,089 kilometer Lebuhraya Pan Borneo dan dilengkapi dengan stesen Petros bakal membawa harapan sebenar pada semua rakyat Sarawak.
Kesimpulannya, Lebuhraya Pan Borneo dan PETROS ini adalah bukti sebenar BN tunai janji pada rakyat Sarawak. Komitmen yang tinggi dan hubungan baik antara kerajaan pusat dan Sarawak memudahkan segala galanya.
72 kerusi DUN sudah dimenangi BN semasa PRN yang lepas. PRU13 yang lepas BN dapat 25 kerusi parlimen, 1 kerusi PKR dan 5 kerusi DAP. Wakil pembangkang bukan boleh bawa apa apa pun perubahan dan harapan di Sarawak.
Pengundi Sarawak kena beri balik 6 kerusi pembangkang ini kepada BN semasa PRU14 nanti. Sebagai tanda terima kasih, BN merealisasikan Lebuhraya Pan Borneo dan Petros. Ayuh jadikan semua 31 kerusi parlimen milik BN.
Tulisan :
Beruang Biru
BB530, Selasa
8 Ogos 2017
Post a Comment