KDNK Kedua Terbaik Di Dunia, Rizab Bank Negara Bertambah, Bukti Ekonomi Malaysia Berada Pada Keadaan Baik

Pada tahun 2012, Battersea Power Station di London telah dibeli oleh syarikat dari Malaysia dengan harga £400 (RM2.2 billion). Tidak ada pun pembangkang atau penduduk di London kata negara mereka terjual kepada Malaysia. Ada dengar?

Oktober 2015, di Melbourne, Australia, syarikat dari Malaysia akan membina bangunan setinggi 92 tingkat di sana. Bangunan itu yang bernilai AS$770 juta suatu hari nanti akan jadi bangunan tertinggi di Melbourne. Tidak pula orang di Melbourne kata Australia sudah tergadai pada Malaysia. Ada dengar?

Syarikat dari Malaysia juga banyak terlibat dalam projek pembangunan di Mekah, Arab Saudi. Tidak pula orang Arab kata Arab Saudi sudah tergadai pada Malaysia?

Malah hubungan dua negara menjadi lebih baik bila Arab Saudi turut melabur di Malaysia dengan nilai keseluruhan pelaburan berjumlah RM31 billion. Ini bukti ekonomi negara diyakini akan terus berkembang oleh pelabur pelabur dari luar negara.

Hanya di Malaysia, pembangkang akan mempolitikkan apa sahaja pelaburan yang masuk terutamanya dari China, kononnya negara sudah tergadai pada negara tertentu. Tuduhan ini amat tidak matang dan tidak benar sama sekali.

Pelaburan yang masuk dari China adalah kerjasama ekonomi strategik jangka panjang dal insiatif One Belt One Road. Pembangkang hanya mampu cipta persepsi negatif tentang pelaburan ini. Tujuannya hanya satu sahaja, iaitu untuk sabotaj ekonomi negara.

Pelaburan langsung dari China akan beri faedah dari segi peluang kerja dan manfaat ekonomi jangka panjang. Misalnya, projek ECRL yang bernilai RM144 billion akan bawa peluang pekerjaan kepada 80,000 orang rakyat Malaysia.

Malah Keluaran Dalam Negara Kasar, KDNK Malaysia bagi suku kedua 2017 adalah pada kadar 5.8%. Prestasi ini banyak dipengaruhi oleh perkembangan sektor pembuatan (6%) dan pembinaan (8.3%) serta pembentukan modal tetap kasar yang menggalakkan.

Jepun kekal sebagai pelabur asing terbesar di Malaysia, diikuti Amerika Syarikat. Berdasarkan jumlah FDI mengikut negara, China hanya berada di kedudukan ke 11. Kalau ikut data ini, mengapa pembangkang di Malaysia tidak kata Malaysia tergadai kepada Jepun?

Keyakinan pasaran dan pelabur kepada kemakmuran ekonomi negara telah beri kesan positif kepada pasaran bon tempatan serta prestasi Bursa Saham.

Untuk pengetahuan, kadar KDNK Malaysia pada 5.8% adalah antara yang tertinggi di dunia. Indonesia 5%, Hong Kong 3.8%, Korea Selatan 2.7%, Taiwan 2.1%, Singapura 2.9%, Amerika Syarikat 2.1%, United Kingdom 1.7%, Kesatuan Eropah 2.2% and China 6%.

Malaysia berada di tangga kedua tertinggi selepas China yang mencatat kadar 6%. Semua negara lain termasuklah Amerika Syarikat, United Kingdom, Korea Selatan dan Singapura berada di belakang Malaysia. Ini pencapaian yang amat baik sekali.

Dakwaan pembangkang bahawa Malaysia bakal diheret kemelut ekonomi seperti Sri Lanka dan negara Afrika yang menerima pelaburan besar dari China adalah tidak tepat sama sekali.

Keadaan Malaysia lebih stabil dan kedudukan kewangan Malaysia adalah lebih baik. Buktinya, pada 15 Ogos 2017, rizab antarabangsa Bank Negara melepasi paras AS$100 billion (RM431 billion). Rizab ini meningkat RM4 billion berbanding RM427 billion pada 31 Julai lepas.

Lagi 6 hari, BR1M fasa terakhir bagi hadapi Aidiladha akan dinikmati 6.3 juta rakyat Malaysia. Bukti negara aman makmur dan rakyat menikmati limpahan nikmat secara bersama.

Usahlah tuduh negara hendak bankrap atau muflis lagi. Kalau hendak bankrap buat apa Petron buka 10 lagi stesen minyak baru di negara yang dikata hendak bankrap. Petron ini bukankah milik anak orang yang cakap Malaysia hendak bankrup itu?

Bermakna ekonomi negara baiklah. Kalau negara hendak bankrup, buat apa Mahathir dan DAP bersungguh sungguh hendak tawan Putrajaya?

Akuilah fakta ini, ekonomi Malaysia berada dalam keadaan baik. KDNK kedua terbaik di dunia dan rizab bank negara bertambah. Ini faktanya. Janganlah sabotaj ekonomi negara.

Tulisan :
Beruang Biru
BB550, Selasa
23 Ogos 2017

Post a Comment

Video

[Video][video]
[blogger]

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget