Selama beberapa tahun kebelakangan ini, antara fitnah yang hebat dijaja oleh Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad adalah tuduhan penyelewengan dana RM 2.6 bilion yang kononnya dilakukan oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
Walaupun pelbagai jawapan dan keterangan telah diberikan oleh pihak berkuasa termasuk Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir, namun semua itu langsung tidak dipedulikan oleh Mahathir.
Bagi Mahathir, beliau tetap kekal dengan tuduhan tidak berasasnya dan lebih melucukan, pentaksubnya juga begitu mudah termakan dengan hasutan gila ini.
Namun semalam, disaat ramai yang mendesak Mahathir untuk bertanyakan sendiri dengan Raja Salman Abdulaziz Al Saud berhubung isu dana RM 2.6 Bilion, Mahathir sekali lagi menerima tamparan hebat apabila baginda mengumumkan pelaburan terus kerajaan Arab Saudi terhadap projek Rapid Penggerang.
Siapa menyangka, Raja Salman sanggup melaburkan USD $7 bilion terhadap projek ini dan ianya boleh dianggap sebagai antara pelaburan terbesar dalam sejarah yang dibuat oleh Arab Saudi di Malaysia.
Tidak cukup dengan itu, baginda turut mengumumkan kuota haji yang diperuntukkan terhadap Malaysia juga meningkat daripada 22,700 kepada 30,000 orang jemaah bermula tahun hadapan.
Semua berita baik yang diumumkan ini nyata memberi tamparan hebat kepada Mahathir dan pembangkang secara amnya.
Manakan tidak, selama ini mereka sedaya upaya mengaitkan isu dana RM 2.6 bilion dengan Datuk Seri Mohd Najib, namun kini, secara terbuka Raja Salman mengumumkan pelaburan besar dan ianya boleh dianggap sebagai mimpi ngeri buat Mahathir dan pengikutnya.
Bayangkan, jika benar Datuk Seri Mohd Najib menyelewengkan wang dana RM 2.6 Bilion sebelum ini, mana mungkin Raja Salman sudi menyalurkan peruntukan besar dalam pelaburan di Projek Penggerang?
Ini membuktikan bahawa apa yang dituduh Mahathir dan pembangkang sebelum ini nyata tidak berasas. Keyakinan yang ditunjukkan oleh kerajaan Arab Saudi hari ini pasti memberi tamparan dan mimpi ngeri buat Mahathir.
Tulisan :
Beruang Biru
BB305, Selasa
28 Februari 2017
Post a Comment
Ingatan mesra utk Tun and the team, "Do What You Say, Say What You Do, Don't Do What You Don't Say, Don't Say What You Don't Do"...